Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe.

Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi.

Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
✅ Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak payah nak main cak cak dengan bayi tu.

Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
✅ Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.

Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
✅ Jangan tegur bayi tu mata dia juling.

Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan. Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.
✅ Kurangkan bagi tips itu dan ini pada ibu muda.

Kalau dia tanya, bolehlah kita kongsi tips dan pengalaman. Yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental. Kita ada di situ, dah cukup untuk buat dia rasa selesa.
✅ Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi.

Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).

Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
✅ Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi.

Memang boleh bikin mak tu naik gila dan stress.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni.

Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang lebih prihatin masa pergi melawat rumah keluarga terdekat.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ https://t.me/NotaRedzaZainol 
You can follow @DrRedzaZainol.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.