dulu, aku pernah jatuh. bukan jatuh tangga. i means, down teruk. rasa useless, tak study, nangis selalu, takda arah tuju, tak fokus belajar & so on. masa tu aku takda siapa then someone came to comfort me.

thread.
at that time, aku macam hilang separuh nyawa. aku jadi lemah, tak semangat nak buat apa apa. result aku semua teruk & takda apa yang aku boleh bagi parent. takda apa yang aku boleh buat to ensure mak ayah aku senyum tengok kejayaan aku. totally zero masa tu.
then, someone came. dia brainwash aku. dia tanya aku, apa niat aku belajar. then i said,

" for sure sebab parent. apa apa yang aku buat semua sebab parent. at least sebelum aku mati, aku nak dorang senyum tengok aku berjaya. sekali pun jadi la. "

she was smiling.
" syaf, do you know what's the meaning of belajar lillahi taala? "

aku senyum. sebab sampai sekarang aku tak pernah faham apa konsep 'belajar kerana allah'.

i ask myself, many times. apa maksud belajar lillahi taala tu? ya, hati kita niat macam tu, tapi apa benda sebenarnya?
sebelum pergi kelas, hari hari niat nak belajar lillahi taala. what's the definition? aku taktahu.

maybe orang lain cakap senang. belajar sebab tuhan. then i ask myself again.

" aku belajar sebab allah, tapi aku tak solat full pun? "

jadi malu nak mengaku. kan?
aku jadi segan nak semat dalam hati yang aku ni belajar lillahi taala. aku tak jaga solat, aku tak jaga aurat, aku tak buat apa yang tuhan nak. shame on me. lagi nak mendabik dada kata belajar sebab rabb?

aku malu.
aku pernah tanya dia, worth it ke aku buat dosa selalu tapi result still gempak? berbaloi ke aku study hard tapi at the same time aku abai tuhan, berbaloi ke?

she said,

" kau nak berjaya, kau cari tuhan. kalau kau rasa kau dah cemerlang sekarang, tu semua rezeki "
aku pernah rasa kosong. sangat sangat kosong. aku dah ada semua. duit, supportive family, kawan semua baik, hidup selesa, senang semua urusan. tapi aku still rasa kosong, rasa nak sesuatu.

then i lost myself. hidup berpaksikan diri sendiri. tak letak tuhan tu sebagai pemerhati.
bila aku jatuh, aku tak boleh nak bangun. dulu, kalau aku lemah, aku tak cari tuhan. aku cari kawan. aku cari orang yang boleh bagi advice, yang boleh tegur aku.

aku tak cari Pencipta, aku cari ciptaan Sang Pencipta.

thats why aku makin lemah dan sakit.
aku masuk hospital, aku still nak kawan. mulut aku tak sebut nama tuhan. masa tu tak sedar apa.

bila dah sembuh, have fun tak ingat dunia. macam hidup ni tak bertuhan. abai semua. suck.
bila nak belajar, aku jadi give up. tak semangat. aku tanya lagi diri aku, dan sampai hari ni aku tanya.

" belajar kerana allah. what is that actually? please, what's the meaning syaf? "

aku biarkan soalan tu tergantung. yang aku tahu, aku nak parent aku seronok tengok aku.
aku lawan rasa malas tu. dalam otak aku fikir mak ayah & A je. bila aku naik stage sebab dapat anugerah & my parent felt happy, aku still rasa kosong. aku tanya diri aku lagi dan lagi.

tak tidur malam fikir.
she came to me. deep talk. heart to heart conversation.

" syaf, kau yakin tuhan tu ada? "

" yakin. "

" then why kau buat perangai macam tuhan tu takda? "

" huh? "

" kau belajar sebab apa? "

" parent "

" yakin? "

" ya "

" kau berjaya sebab apa? "

" sebab aku usaha "
" sebab kau usaha je ke syaf? "

" ya, aku usaha. thats why aku excellent. ada sebab lain ke? "

" so tak salah la kan kalau aku cakap kau buat perangai macam tuhan tu takda. tak salah kan? "

aku diam. lama. then i left her alone. aku nakkan masa.
aku ingat balik apa yang jadi. aku lemah, aku jatuh, rasa kosong, takda hala tuju. aku cari siapa?

aku ingat balik, aku berjaya cemerlang sebab diri aku semata or sebab tuhan tolong?

aku ingat balik, aku belajar beria sebab nak tengok mak ayah aku happy semata or sebab jihad?
i ask myself again and again. and i realized. aku letak tuhan nombor dua. hari hari mulut mengeluh nak give up, letih nak hidup and so on. aku taktahu, bila aku sakit, punca sebenar tu diri sendiri.

tuhan tak zalim. kita yang zalimi diri kita.
one day, aku jumpa jawapan. aku berjaya sebab tuhan tolong. aku ada semua benda, tuhan yang bagi. aku jatuh pun, sebab tuhan yang uji.

kalau aku usaha, tapi rezeki tu takda, still tuhan tak izinkan sekarang.

kalau aku ala kadar je, tapi tuhan nak bagi luck, boleh jadi.
selain usaha diri sendiri, tuhan pun ada. jangan assume hari ni kau berjaya sebab diri kau je. a big no. maybe kau tak nampak & tak sedar, tapi tuhan tu memang maha membantu & maha pengasih.

but still, aku malu nak mengaku aku belajar lillahi taala.

dosa setinggi gunung.
so kenapa aku rasa kosong, i got the answer. hidup macam tak bertuhan. ya, thats it.

angkuh dapat result bagus, assume sebab struggle sendiri tanpa tahu pertolongan tuhan tu lagi utuh dari usaha yang kuat.

belajar macam esok nak mati. bila berjaya, bongkak.
" syaf, got the answer? "

" yes. thankyou beb "

" letak dalam hati. pandai mana pun kita, semuanya sebab tuhan tolong. bukan usaha kita sorang. bila kau tahu tuhan tu ada teman, automatically kau rasa semangat study. and tu la maksud belajar lillahi taala "

i cried.
kita jatuh, tuhan uji. kita gembira, tuhan bagi rezeki.

pokok pangkalnya, kita memang bergantung dekat tuhan. selain usaha, tuhan jugak tolong. jangan berlagak kata kita berjaya sebab diri sendiri je.

bila kita down, at least kita tahu apa punca.
apa apa letak tuhan nombor satu. even dosa tu tak putus putus kita buat, but still, utamakan tuhan. we can improve ourselves to be better, kan? take it slowly.

samada hal belajar, hal kerja or apa apa hal pun, semat dalam hati, tuhan yang tolong kita. kerja kita, usaha & doa.
takda sebab nak rasa kosong kalau kau tahu hidup kau memang bertuhan. cuma kadang kadang rasa jatuh & give up tu normal.

lepas nangis, kena kuat balik.
sebab tuhan tu ada. tuhan tolong, so kau pun kena bersungguh.

takkan nak biarkan tuhan limpahkan rezeki tanpa kau usaha kan?
sometimes malu, tuhan bagi macam macam kesenangan tapi still mengeluh tak cukup. bila lemah, tak cari tuhan. thats why makin hari makin lelah.

tuhan beri rezeki tak putus putus walaupun kadang tu kita tak usaha banyak pun. malu.

and kita still angkuh macam semua tu kita punya.
bersyukur bila turun rezeki. kau berjaya, sebab tuhan. kau tak berjaya pun sebab tuhan.

hari ni turn orang lain, esok lusa turn kau. lain lain kurniaan.

jangan give up, teruskan usaha seiring dengan doa. tuhan ada. tuhan tu memang ada untuk tolong. jangan putus harapan.

adios.
You can follow @nsbnh_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.