Kalau kau stuck dalam business, life, relationship, hatta apa masalah sekali pun, ada satu thinking principle yang kau boleh adopt.

First-principle thinking.

Elon Musk guna cara berfirki ni untuk selesaikan masalah funding Space X.

Bebenang.
5-10 years ago, space tech ni adalah satu tech-industry yang sangat advance dan memang every year, kos untuk bina satu roket atau spaceship ni memang telan ratusan juga dollar.

So kalau kau tak ada duit, kau tak boleh buat apa.

Lagipun, NASA kot. Kau nak challenge?
EM bukan orang pertama yang spot trend ni tapi dia adalah antara orang yang pertama react to the trend.

Kos nak bina roket ni terlampau mahal disebabkan oleh teknologi, material dan juga kos pembinaan.

Nak dapatkan satu tech, basically banyak sub-con. Sampai makan 5-6 level.
Boleh bayang markup berapa level kan?

Dan apabila EM pitch pasal space travel ni kepada VC, memang VC tak mau sebab luar comfort zone mereka.

EM tak bagi juga kawan2 invest sebab chance untuk success adalah 10%. 90% - gagal.
Even after pergi Russia, cuba nego-nego dekat sana, vodka sana sini, dapat figure 20 million untuk satu rocket pun dah terlampau mahal bagi dia.

Kenapa?

Back in those days. Ibarat ko beli satu Boeing 777, ko guna sekali, pastu kau bakar.

Nak pergi lagi skali, buat benda sama.
Then... first-principle kick in.

EM fikir, apa yang dia perlu untuk develop satu roket ke bulan ni?

Dia breakdown sampai ke subcomponent dan juga raw material of each of the component.

Dan dia figure out yang kos raw material vs ready product adalah 2% sahaja. Sangat2 murah.
Oleh itu, depa semua start from scratch. Break down semua component, apa yang perlu untuk each of the components, breakdown yang sangat details.

Long story short - jadilah apa yang SpaceX sekarang. Reusable rocket, jimat, efficient etc.
Aku pendekkan cerita untuk terus masuk bab first principle thinking ni.

Benda ni dated way back dengan Aristotle lagi - "the first basis from which a thing is known'

Secara asasnya, kau breakdown apa2 knowledge tu kepada akar umbi.

Contohnya, nak buat nasi goreng.
Apa kau perlu ada? Nasi, pastu bahan2.

Bahan-bahan tu bahan apa? Sayur, ayam,kuali nak masak, minyak masak, etc etc.

You get my point.
Dalam business, kalau nak buat business atau apa2 sekali pun, mesti ada benda yang kita kena trade.

Contohnya : Produk atau service kita.

Kenapa orang perlukan produk atau servis kita?

Dua sebab:

A) Reduce pain
B) Increase joy
Untuk bakal pelanggan dapatkan produk kita, apa yang dia perlu tahu?

Apa info yang selepas dia tahu, dia kata, aku nak produk kau ni.

Apa keadaan semasa atau state of mind yang dia perlu ada untuk dia buat keputusan.
Sama juga dengan nak buat marketing.

Apa yang kau perlu tahu?

Customer or buyer journey, Maslow's hierarchy of need, media buying, copywriting, creatives

Nampak macam complicated, tapi kena break it down satu-satu, then go through each of the stage tu tanpa rushing.
Ini tread buku yang aku mula baca dulu. https://twitter.com/m0d0/status/1308345102981496835
In relationship, pun sama. Based on aku punya failed relationship dan selalu kena ditch ni dulu2, sebab aku demanding. Haha

Tu dulu lah. Budak2, tak tahu apa.

Jenis perlu attention memanjang, jenis perlu reply msg perlu laju2, tak boleh delay.

Fikir2 balik macam bodo pon ada
But people change and make me realize that..

Sebelum apa2 jadi, memang kena analyze dulu, what is actually going on. Dekat mana silap, dekat mana salah.

Can i fix it? If not, can someone help me to fix it?

Atau can you show me how I can fix it?
Once kau dah mula self-actualization terhadap apa yang berlaku, once kau dah mula break-it down guna first-principle thinking kepada benda2 yang kau dah mula faham.

Kau boleh cantum-cantumkan ilmu dan knowledge yang kau ada ni, untuk create something else.
So apa2 benda yang kau nak capai atau kau inginkin, in particular, 2021 ni, kalau boleh, cuba adopt first-principle thinking ni.

then cuba tengok dari perspective yang broad to narrow.

See what it take to get there dan mula cari cara untuk sampai ke sana.
At the end of the day, it's all in our mind. Kalau kau susahkan benda nak fikir, maka susahlah ia.

kau permudahkan, kau simplify, dengan sedikit unknown, kau tak perlu pon 100% certainty dalam setiap keputusan, it will help you to get through.
Dulu aku pernah fikir, nak bagi apa la anak orang makan nanti kalau aku tak kerja kuat, tak kerja betul2.

Sampai takut2 untuk cuba benda baru.

Not until aku fokus apa benda yang ada depan mata, fokus benda short term yg allign dengan long term, i feel much much better.
Aku sampai dulu fikir.

Nak work hard atau work smart? Orang cakap kena work smart. Ada orang cakap kena work hard.

Benda macam ni pun aku Google. Sebab terlampau banyak fikir.

Then aku realize. It doesn't matter.

Just get the shit done. Itu je penting.

Sekian.
You can follow @m0d0.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.