Baru lepas tengok video kuliah Ustaz Adi Hidayat cerita tentang surah al-Fatihah.

Rupanya bila kita baca surah al-Fatihah ni dalam solat, Allah jawab setiap ayat yang kita bacakan tu.

Dan Allah janji, setiap permintaan kita akan ditunaikan.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman,

“Aku telah membahagi solat menjadi dua bahagian antara diriku dengan hamba-Ku. Dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”
Jika ia mengucapkan

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Maka Allah berfirman

Hamba-Ku telah memuji-Ku
Dan jika ia mengucapkan,

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ (3)

Maka Allah berfirman:

Hamba-Ku telah menyanjung-Ku.
Jika ia mengucapkan,

(4) مَالِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Maka Allah berfirman:

Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.
Jika ia mengucapkan,

(5) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Maka Allah berfirman:

Inilah bahagian diri-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta.
Terjemahan ayat ke-5:

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Ayat ke-5 ni adalah point utamanya. Ustaz kata yang bila kita lafazkan ayat ke-5 ni;

“Ayat engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah” adalah ayat yang menunjukkan kita sedang memberi laporan pada Allah atas urusan yang kita lakukan sebelum solat yang didirikan.
Satu pembuktian, yang apa2 kerjan# yang kita buat sebelum solat tu hanya sebab Allah sahaja.

Kerja ke, ibadah fardu ke, amalan lain ke. Semua memang kita buat kerana Dia.
Pastu pada sambungan ayat,

“kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”

Adalah ayat penggantungan harap yang kita letak pada Allah. Supaya Allah menyelesaikan segala permasalah atau persoalan yang muncul dalam hidup kita.
Ustaz kata, sebab tu kalau boleh sebelum solat kita kumpul segala masalah kita dan minta pada Allah untuk diselesaikan.

Pastu bayangkan lah eh.
Kita tengah merayu kat Allah kan,

Ya Allah, aku ada masalah ni. Kau je boleh tolong aku.

Pastu Allah jawab,

“Inilah bahagian diri-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta.”
Begitulah. Satu ilmu baru buat aku dan mungkin sebahagian daripada kalian yang belum pernah dengar.

Mudah-mudahan Allah terima segala amal kita 😊
Btw saya buka ustaz tau. Saja tulis lepas tengok video Ustaz Adi Hidayat.

Sekadar menunaikan hak ilmu. Perlu dikongsi-kongsi.

Moga ada manfaatnya buat kita semua.
You can follow @aslamisme.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.