BEBENANG/ Ku Li mengusulkan konsep kerakyatan Melayu dilihat semula baru-baru ini. Perlu diingatkan bahawa konsep ini bukanlah sesuatu yang baru-ia pernah diperjuangkan oleh PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 dalam Perlembagaan Rakyat yang dirangka & ditolak bulat-bulat oleh British.
2/ Apa yang Ku Li gagal untuk nyatakan adalah konsep kerakyatan Melayu yg digagaskan oleh gerakan kiri ini memberi jaminan hak sama rata/kebebasan bagi kaum bukan Melayu. Ini secara efektif menolak tuntutan ke atas hak istimewa (bandingkan dgn Perkara 153 Perlembagaan sekarang).
3/ Peruntukan tersebut menyebut "Akan diwujudkan satu kewarganegaraan buat Malaya. Kewarganegaraan ini ditakrifkan sbg kebangsaan yg dipanggil "Melayu" & dibawa bersamanya kesetiaan kpd Persekutuan Tanah Melayu." Terma ‘Melayu’ sbg warganegara tidak mempunyai implikasi agama.”
4/ Penakrifan "Melayu" merangkumi kewarganegaraan dan kebangsaan. Takrifan ini secara langsung menolak perkaitan antara "bangsa" dengan amalan pengkategorian kaum "Melayu", "Cina", "India" yang sempit oleh British sepertimana termaktub dalam bancian kolonial.
5/ Pentingnya untuk dinyatakan disini bahawa Perlembagaan Rakyat turut menyatakan kerakyatan Melayu itu tidak membawa sebarang kesan agama (bandingkan ini dengan Perkara 160 Perlembagaan yang digunapakai sekarang).
6/ Untuk memahami aspek peruntukan ini secara mendalam, kita perlu merujuk Perkara 160 dalam Perlembagaan sekarang yang menyatakan, seorang melayu ditakrifkan sebagai, "seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu."
7/ Perkara 160 telah menjadikan "Melayu" itu bukan sahaja indentiti kaum tetapi juga satu identiti agama. Formulasi ini secara jelas mengukuhkan penetapan/pengkategorian sempit yang lahir dari idea penjajah yang menyebabkan terjadinya pepecahan dan pengasingan.
8/ Menurut laporan British seperti yang ditulis oleh W. Linehan:
9/ Ternyalah anggapan mereka salah. Sokongan meluas pada gabungan PUTERA-AMCJA terbukti dalam rapat umum yang dijalankan serata Malaya. Malah kaum bukan melayu dalam gabungan tersebut turut bersetuju dengan takrifan "Melayu" semasa ia mula diusulkan.
10/ Ketua Regimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya Abdullah CD ada menyebut:
11/ British tidak berdiri sendiri dalam usaha mereka untuk meranapkan pengaruh besar gerakan anti-penjajah haluan kiri yang menjalar dibahagian akar umbi terutamanya di kalangan orang Melayu.
12/ Demi menjaga kepentingan bersama, British dan UMNO bertindak membentuk perikatan bagi menghancurkan ancaman dari gerakan musuh mereka yang pada masa itu mengabdikan diri berusaha untuk membentuk satu kedaulatan rakyat.
PUTERA (Pusat Tenaga Ra'ayat) terdiri daripada pertubuhan Melayu berhaluan kiri antaranya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Kesatuan Petani.
AMCJA terdiri daripada pertubuhan berhaluan kiri berbilang bangsa antaranya Kesatuan Demokratik Malaya (MDU), Kongres India Malaya, dan 12 Federasi Wanita Malaya.
Terima kasih @aymanpsycho yang membantu menterjemah bebenang ini! Jasamu sentiasa dikenang!
You can follow @FadiahNadwa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.