Saya nak berkongsi tentang suatu kejadian pada sekitar kurun ke-18 di Eropah. Titik mula tentang kepercayaan pontianak (vampire) moden yang menghisap darah untuk hidup. Peristiwa ini memaparkan bagaimana salah faham terhadap sesuatu menimbulkan ketakutan tidak berasas

#UntaianZM
Peristiwa ini berlaku di Serbia, ramai orang mati tanpa diketahui puncanya. Perkara ini bukan terpencil, ramai memberikan laporan yang lebih kurang sama.

Orang jadi panik dan memerlukan penjelasan mengapa perkara ini terjadi.
Siasatan orang tempatan tentang penyakit ini membawa mereka ke kubur. Apabila kubur digali, mereka mendapati mayat seolah-olah masih hidup — mata terbeliak, perut kembung, berbau busuk, mulut mengalir dengan diri, kuku panjang yang memang kelihatan seperti pontianak moden.
Orang tempatan berpendapat, penyakit yang berlaku dalam kalangan mereka mungkin disebabkan mayat ini bangun di tengah malam & menggigit mangsanya sehingga dapat penyakit. Apabila telah diketahui puncanya, kisah pontianak berleluasa dan benda tak ada diada-adakan.
Pontianak boleh terbang, boleh bertukar rupa, takut dengan cahaya dan pelbagai lagi dipopularkan dan keadaan menjadi semakin panik. Orang tempatan mengambil solusi dengan menggali kubur untuk membunuh pontianak ini dengan gunakan bawang putih, paku ataupun dibakar.
Kalau kita biasa tonton kisah pontianak dalam mana-mana filem, api, bawang putih dan paku adalah peralatan yang biasa digunakan oleh hero untuk menumpaskan pontianak. Tidak kisah di pelusuk mana pun, baik Eropah atau Asia, pontianak ini mempunyai corak kelemahan yang sama.
Hal ini sampai ke pengetahuan Maharani Maria Theresa. Untuk redakan kekecohan, beliau menghantar doktor perubatan, Gerard van Swieten untuk menyiasat perkara ini.
Setelah melakukan siasatan, rupanya tiada pun pontianak yang dibesar-besarkan. Apa yang orang tempatan anggap pontianak sebenarnya salah tafsiran mereka terhadap orang yang telah mati. Apabila mayat telah mengurai, tubuhnya menjadi dehidrat, kuku dan rambutnya menjadi panjang.
Kuku dan rambut panjang antara fizikal yang ikonik bagi pontianak. Bakteria dalam tubuh pula menghasilkan gas sehingga menyebabkan perut mayat menggelembung dan memaksa darah keluar daripada mulut. Kadangkala bunyi terhasil daripada mayat kerana hasil daripada gas tersebut.
Penyakit yang diterima dalam kalangan orang tempatan itu pula diperoleh kerana mayat tidak ditanam dengan baik yang menyebabkan penyakit merebak. Akhirnya, Swieten mengeluarkan risalah yang menjelaskan secara saintifik mengenai kejadian yang mereka alami.
"that all the fuss doesn't come from anything other than vain fear, superstitious credulity, dark and eventful imagination and simplicity and ignorance among these people." — Swieten
Ini salah satu kisah bagaimana orang salah tafsir suatu kejadian & mengaitkannya dengan keghaiban. Sebelum munculnya ilmu sains, ini apa yang orang zaman purba lakukan, mereka gunakan mitos untuk menjelaskan kejadian alam. Sebab itulah munculnya watak seperti Zeus, Thor, Ra, dll.
Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu, terlalu banyak kejadian pelik-pelik yang kita kaitkan dengan hal ghaib tetapi rupanya tiada apa pun, sama ada ia palsu/rekaan ataupun terdapat penjelasan saintifik disebaliknya.
Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah, apabila berlaku apa-apa kejadian, jangan cepat sangat menuduh hantu. Jangan cepat sangat mengaitkan dengan hal ghaib. Selidik dulu elok-elok sama ada perkara itu palsu/rekaan ataupun salah tafsir individu itu sendiri.
Tetapi ini bukanlah bermaksud kita menafikan benda ghaib. Benda ghaib itu wujud tetapi jangan cepat sangat mengaitkan pelbagai kejadian dengan ghaib. Jangan cepat sangat tuduh dan label orang tidak percaya pada benda ghaib.
Saya masih teringat begitu ramai tuduh saya tidak percayakan Tuhan kerana disebabkan saya menjelaskan mengapa masjid tidak runtuh ketika tsunami; https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1053213748662435841?s=20
Sekarang ini, dengan kemajuan teknologi dan ilmu saintifik, kita sudah mempunyai kemampuan untuk menjelaskan apa yang berlaku pada diri kita dan di sekeliling kita yang dahulunya kita dimomokkan dengan hal ghaib kerana ketidakmampuan kita untuk memahaminya.
Ada orang cakap, belum kena, belum tahu.

1. Saya pernah saksikan sendiri orang yang mendakwa dirasuk depan mata.
2. Ada ahli keluarga saya yang dakwa dirinya diganggu
3. Saya siap diugut banyak kali untuk dihantar santau/sihir (buat masa ini, belum terima lagi).
Banyak kejadian yang saya jumpa, rupanya bukan masalah ghaib pun, tetapi masalah mentalnya. Jumpa ustaz tak selesai, jumpa pskiatri, bagi ubat sikit, selesai.

Ahli keluarga saya yang diganggu itu, saya nasihat jumpa pskiatri, sekarang dah okey sikit.
Ada kawan-kawan saya tipu ustaz kononnya dirasuk. Tapi ustaz dakwa bukan-bukan pasal hal ghaib, padahal kawan-kawan saya tipu saja ustaz itu. Mendakwa-dakwi ini bukan dalam kalangan mangsa saja, yang berubat pun kadangkala ada yang dakwa bukan-bukan. Kena berhati-hati juga.
Ini antara mitos paling popular di dunia. Bukan di Malaysia saja. Sampai sekarang saya tak pasti sama ada orang percaya lagi ataupun tidak tentang mitos Segi tiga Bermuda tidak boleh dilalui ini. https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1291778118672216064?s=20
Tahun 1996, ujian pernah dibuat ke atas satu ubat yang diberikan nama trivaricane. Penyelidik kata, ubat ini dapat tahan sakit. Selepas subjek minum, jari subjek diketam. Subjek dakwa ubat itu berkesan sebab kurang sakit. Rupanya trivaricane itu bukan ubat pun, cecair biasa saja.
Semalam pun saya telah berkongsi bagaimana sangkaan, persepsi dan ingatan boleh berubah kerana sogokan perkataan. Baru perkataan, belum lagi yang lebih ampu macam media seperti filem, iklan dan propaganda. https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1345346505285066758?s=20
Sekian saja. Boleh teruskan hidup macam biasa.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.