Saya mahu berkongsi satu eksperimen melibatkan 45 orang subjek ditayangkan video kemalangan. Eksperimen ini sebenarnya berkait dengan kes pemuda yang musnah hidupnya akibat salah laku di mahmakah dan polis. Eksperimen mengupas tentang bagaimana kita dimanipulasi.

#UntaianZM
45 orang pelajar dijadikan subjek uji kaji dan tujuh buah
video kemalangan ditayangkan. Bagi setiap video yang ditayangkan, subjek akan diberikan soalan tentang kemalangan dalam video tersebut.

“About how fast were the cars going when they hit each other?”
Soalan ini ditanya kepada semua yang terlibat. Soalan yang sama. Tetapi perkataan "hit" ditukar dengan perkataan sama ada "smashed", "collided", "bumped" dan "contacted".

Hasilnya? Keputusan mendapati, setiap perkataan memberikan jawapan kelajuan kereta yang berbeza.
Keputusan mendapati, setiap perkataan memberikan
jawapan kelajuan kereta yang berbeza. Perkataan "smashed" mendapat jawapan kelajuan yang tinggi. Kemudian diikuti dengan "collided", "bumped", "hit" dan paling perlahan adalah bagi perkataan "contacted".
Perkataan "smashed" itu sendiri dapat membuatkan manusia melihat kemalangan itu lebih teruk daripada apa yang terjadi sebenarnya. Ia membuatkan subjek “teringat” benda lain yang dapat menguatkan hujahnya sewaktu melihat kemalangan tersebut walaupun benda itu tak berlaku pun.
Eksperimen tidak berhenti setakat itu. Ia dilanjutkan lagi tetapi ditambah subjek seramai 150 orang. Soalan yang sama berulang. Kemudian, subjek pulang ke rumah masing-masing dan akan dipanggil semula selepas 10 hari untuk eksperimen selanjutnya.
Selepas 10 hari, 150 orang ini diminta untuk ingat kembali pasal video kemalangan tersebut. Mereka diberikan soalan. Soalan yang menarik ialah, “Did you see any broken glass?”

Subjek diminta untuk menjawab “ya” ataupun “tidak”. Nak tahu apa jadi?
Kelompok yang disogok dengan perkataan "smashed" menyatakan cermin kereta pecah dalam video kemalangan tersebut walaupun hakikatnya cermin tak pecah langsung pun!
Ini antara kejadian sebenar berlaku yang mana mangsa tersilap menghukum akibat persepsinya tercemar sepanjang siasatan. https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1194887576005595136?s=20
Sebenarnya, benda ini berlaku di sekeliling kita. Berlaku di mana-mana pun. Apabila kita disogokkan dengan itu dan ini, budaya dan persekitara kita pula ada corak itu dan ini, maka kita akan dakwa teringat itu dan ini, ternampak itu dan ini, walaupun sebenarnya tak berlaku pun.
Saya teringat kenalan saya dalam bidang forensik pernah berkata, kalau berlaku apa-apa kejadian jenayah, saksi kena cari dan siasat cepat. Kalau lambat sangat memang biasanya kenyataannya boleh jadi salah dan tidak betul kerana ingatannya tercemar dengan benda-benda lain.
Saya muatkan kupasan ini dalam karya saya, The Human's Complex dengan lebih terperinci. Banyak eksperimen sosial yang saya kongsikan dalam buku ini. Boleh dapatkan pada pautan di bawah;

https://shopee.com.my/The-Patriots-The-Human%E2%80%99s-Complex.-i.238336777.7938249293
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.