PROPEK BANYAK ‘CEKADAK’ TAPI TAK BELI? 3 CARA INI BOLEH BANTU ANDA

Dah bagi details pasal produk.

Dah melayan sampai 3 hari 3 malam.

Prospek tetap tak membeli.

Kenapa?

[THREAD]
Sebelum tu kita kena faham menjual ni apa.

Menjual bukan hanya untuk dapat jualan.

Kita perlu menjual secara manusiawi!

Menjual secara betul dan berhemah.

Menjual sebab nak membantu pelanggan selesaikan masalah.

Jualan dan untung akan datang kemudian.

2/19
Macam mana nak jual secara manusiawi?

Kita hanya perlu menjual macam mana kita nak orang menjual pada kita.

Kita pun tak suka kalau ada jurujual yang:
👉🏻 jual macam memaksa

👉🏻 nampak kebulur sangat nak duit kita

👉🏻 mengganggu kita/ tak beradab

Betul tak?

3/19
Menjual adalah fitrah manusia.

Dari zaman dulu lagi dah ada aktiviti menjual.

Jangan takut menjual & jangan rasa jijik menjual.

Dah jadi lumrah dalam aktiviti menjual ni ada 'objection' dan alasan dari prospek.

Kita kena terima sebab kita pun buat.

4/19
Dalam dunia ni, takde satu bisnes pun yang kalis 'objection' prospek.

Lamborghini jual kereta mewah.

Ramai rasa nak beli sebabkan nak rasa bangga.

Tapi masih akan ada ‘objection.’

5/19
Kalau kita mampu pun...

Sesuai ke dengan keadaan jalanraya di Malaysia?

Sesuai ke nak bawa keluarga?

Sesuai ke untuk pergi kerja setiap hari?

Alasan ni bukan bermaksud kita tak nak beli langsung.

Kita minat dah ada, cuma ada alasan.

Ini yang penjual kena fahamkan.

6/19
Kenapa prospek bagi alasan?

Sebelum tu, kita senaraikan dulu apa jenis 'objection' yang selalu prospek bagi.

Harga.

Kena tanya suami dulu.

Nak whatsapp details.

Tengah busy buat kerja, nanti contact semula.

Macam-macam alasan, tapi sebenarnya ada 3 je sebab.

7/19
1. Prospek tak nampak nilai produk.

👉🏻 Apa kebaikan prospek dapat
👉🏻 Apa ciri-ciri khas yang ada pada produk / servis
👉🏻 Apa USP produk
👉🏻 Apa yang membuatkan prospek rasa rugi tak beli

Bila prospek tak nampak semua ni, memang mereka takkan beli!

8/19
2. Tiada 'URGENCY' untuk prospek beli sekarang.

Prospek mungkin dah nampak nilai produk & dah rasa nak beli.

Tapi bukan nak beli sekarang sebab tak rasa perlukannya sekarang.

Kita kena bagi SEBAB yang kuat untuk prospek bertindak sekarang.

Jangan tangguh, nanti lupa!

9/19
3. Prospek tiada duit / bajet.

Dari respon prospek kita boleh tahu yang dia ni sebenarnya mampu atau tidak untuk beli produk kita.

Kalau tak mampu, kita cari yang lagi mampu.

Jangan buang masa untuk pujuk lagi.

10/19
Apa jadi kalau kita teruskan melayan?

Bila pelanggan tak mampu, dia akan mintak diskaun.

Ada yang sanggup buang harga sebabkan nak ada jualan.

Tak perlu bazir masa untuk melayan kerenah prospek yang memang tak mampu.

Ada ramai lagi pelanggan yang mampu.

11/19
Macam mana nak 'counter' dengan alasan-alasan prospek?

Ha inilah dia menjual cara manusiawi.

Fikirkan tentang masalah prospek, bukan paksa beli.

12/19
1. Empati

Empati bermaksud kemahiran memahami masalah, perasaan dan emosi orang lain. Kita perlu dengar bantahan prospek dan fahamkan.

Silap penjual hanya fikir pasal nak ubah prospek kepada pelanggan.

Golojoh.

13/19
"Saya faham encik mungkin masih ada keraguan untuk beli produk ni.

Encik pun baru je kenal saya harini. Tapi boleh saya tahu apa yang menyebabkan encik susah nak buat keputusan membeli sekarang?"

Much better kan?

14/19
2. Bagitahu manfaat produk.

Macam kita dah bincangkan tadi, alasan & 'objection' dari prospes disebabkan dia tak nampak value produk kita.

Jadi kita perlu bagitahu lebih lagi apa nilai yang mereka dapat.

15/19
Contoh menjual kereta...

Kita kena faham apa tujuan utama dia nak beli baru.

Apa jenis kereta dia pakai sekarang.

Boleh jadi sebab kuat makan minyak atau family makin besar, tak muat.

Jadi kita sesuaikan dengan impian dia.

Menjual = selesaikan masalah pelanggan.

16/19
3. Beri penyelesaian alternatif.

Katakan kita dah bagi semua nilai dan manfaat produk tapi prospek masih lagi ragu-ragu.

Kita boleh tawarkan pada mereka satu tawaran nilai rendah yang senang untuk mereka buat keputusan untuk beli.

17/19
Contoh bisnes spa.

Tawarkan pakej yang susah nak ditolak.

Katakan pakej lengkap urutan badan berharga RM200.

Kita boleh tawaran pakej trial urutan badan berharga RM30 selama 20 minit.

Jadi bila pelanggan dah merasa, kita mudah nak upsell.

Pelanggan pun dah percaya.

18/19
Suka dengan tips ini?

Silakan follow @brcdotmy untuk lebih banyak tips bisnes.

Mohon RT supaya lagi ramai dapat manfaat.

#tipbisnes
#customerobjection
You can follow @brcdotmy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.