Pandai betul isteri saya cari masa bermain dengan anak. Balik rumah, sambil buat kerja itu ini, sempat juga dia selit buat aktiviti dengan anak.

Satu hari saya tanya dia, “Macam mana boleh selit masa main dengan anak?”

Suka pula dia tengok muka blur saya. Dia kata gini kat saya
Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa.

Tapi dia pula akan “Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.

Terpelanting saya dibuatnya.
Barulah saya faham beza “If I have time, I will play” dengan “I will make time to play”.
Ya Allah, terasa lalai sungguh. Dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Sampai buntu masa nak bersama dengan anak.

Tau-tau je anak dah besar.
Dia cerita lagi yang dia panggil ni sebagai “Special Time” bersama anak.

Syarat-syarat “Special Time” ni ialah :

✅ Kita cuma perlu luang minima 15 minit saja sehari untuk “Special Time” dengan anak.
✅ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✅ Masa ni kita luang hanya untuk diri kita dan anak.
✅ Aktiviti pula mesti ditentukan oleh anak.
Semasa Special Time, tugas mak ayah ialah fokus pada 5 perkara ni.

Jom saya kongsikan.
1) Pujian

Contoh :
“Papa suka tengok kakak main anak patung tu, kakak jaga elok-elok ye”.
Anak terus tahu yang kita sedang perhatikan mereka dan anak dapat rasa diri mereka dihargai bila mereka bermain dengan elok.
2) Beri respon segera

Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa", kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.

Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.
3) Ajuk perlakuan anak

Bila anak mula susun blok, mak ayah pun boleh bina blok binaan sendiri.

Anak-anak akan tahu kita tengah beri perhatian.
4) Perhati dan huraikan perbuatan anak.

Contoh:

"Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”
5) Bersemangat

Penting ni, mak ayah jangan lemau pula.

Contoh :
“Wow! Cantiknya abang mewarna! Ibu sukalah mewarna dengan abang!”
Lepas ni anak pun tak nak cari gajet sebab mak ayah lagi pandai melayan anak berbanding gajet.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ https://t.me/NotaRedzaZainol 
You can follow @DrRedzaZainol.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.