"Perayaan Krismas Ini Bukan Perayaan Kebudayaan."

Ada beberapa orang pengguna Twitter yang berhujah bahawa perayaan Krismas ini bukan lagi perayaan keagamaan, sekaligus membenarkan pada hukum syarak sambutannya.

Benarkah sedemikian?
Terlebih dahulu, kami di Patriots nak tegaskan bahawa thread ini bukanlah untuk mencari gaduh dengan sahabat-sahabat Kristian. Kami tiada masalah dengan sambutan kalian. Ini cuma perbahasan akidah antara pengganut agama Islam sahaja. Selamat menyambut hari natal daripada kami!
Kepada sahabat Muslim sekalian, ketahuilah para ulama cuma khilaf bab ucapan jer tau. Tapi para ulama tak khilaf bab sambutan perayaan bukan Muslim yang berasaskan AGAMA ini. Memetik hujah ulama membenarkan ucapan bukanlah lesen menyambutnya sekali!
Kenapa? Hujahnya pada asal-usul sambutan Krismas itu sendiri yang sejarahnya kebanyakannya berkaitan dengan simbolik agama Kristian ataupun simbolik pagan. Jadi, kita mungkin boleh mulakan dengan asal-usul sambutan Krismas itu sendiri.
Sambutan ini berasal dari sambutan Saturnalia adalah diwujudkan untuk meraihkan sambutan Dewa Rom iaitu Saturnalia. Asalnya, apabila agama Kristian diangkat sebagai agama rasmi Rom oleh Constantine I, pihak berkuasa ketika itu juga menolak sekeras-kerasnya sambutan Saturnalia.
Hanya pada abad terkemudian barulah tarikh 25 Disember yang ada kaitan dengan perayaan Saturnalia ditukarkan sebagai sambutan kelahiran Nabi Isa A.S.
Namun, bukan semua mazhab Kristian setuju dengan tarikh ini kerana Kristian Ortodoks menyambut Krismas pada setiap 7 Januari kerana mereka percaya bahawa ini ialah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.
Kita umat Islam ada tarikh kita sendiri di mana para ulama membahaskan Nabi Isa A.S. lahir pada sekitar musim panas, berbeza dengan kepercayaan orang Kristian.
Pada hujah pertama pun, kita dah tahu yang asal usul perayaan Kristian itu sendiri dapat dijejak asal-usulnya dengan perayaan pagan, dan kemudian dikristiankan. Bahkan mazhab-mazhab tertentu agama Kristian berbeza pandangan mereka tarikh sebenar Krismas.
Unsur keagamaan yang lain ialah pada pokok krismas itu sendiri. Simbolik pokok Krismas ini mempunyai asal-usulnya yang jauh lebih awal, iaitu seawal abad ke 600 Sebelum Masihi. Simbolik ini terkait dengan dewa Matahari, Mithra, dalam masyarakat Parsi.
Gambar berikut merupakan relief yang terukir pada dinding Persepolis. Salah satu adat istiadat telah dilaksanakan di ibu kota Empayar Achaemenid ini, menggambarkan Mithra dan sebatang pokok yang malar hijau.
Namun, negara seperti Latvia dan Estonia mendakwa bahawa di negara merekalah, tempat wujudnya pokok Krismas yang pertama. Latvia telah mengenal pasti bahawa tradisi pokok Krismas ini telah pun ada pada tahun 1510.
Seorang ahli persatuan saudagar, The House of the Black Heads  membawa sebatang pokok ke bandar mereka dan menghias cantik pokok tersebut, sebelum pokok itu terbakar.
Sementara itu juga, Estonia telah menyanggah dakwaan tersebut, dengan mengatakan bahawa festival yang sama juga telah di anjurkan oleh persatuan yang sama, di pusat bandar Tallinn pada 1441.
Hanya pada abad ke-17, amalan membina pokok pada waktu Krismas ini mula menjadi kebiasaan dan ianya bermula di sebuah pekan di Strasbourg, Germany. Amalan ini dicatatkan oleh Johann Wolfgang von Goethe lalu tersebar ke seluruh Jerman lantas Eropah.
Namun, claim antara kedua-dua negara ini dibantah oleh beberapa sejarawan misalnya seperti Gustavs Strenga dari National Library of Latvia di Riga.
Manakala amalan seperti memberi hadiah pula dapat dijejak seawal amalan pagan di Eropah yang melibatkan pemberian hadiah pada musim sejuk. Cumanya ketika agama Kristian datang, amalan ini di-"Kristian"-kan dengan kisah Three Wise Men.
Kononnya Three Wise Men, The Magi telah memberi hadiah kepada Jesus ketika dia masih lagi seorang bayi. Dan mulai hari itu, pada setiap hari kelahiran Nabi Isa, terutama hari Krismas, maka amalan memberi hadiah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan warga Kristian.
Malah, figura Santa Claus itu sendiri ada kaitan dengan sejarah Kristian yang panjang. Ianya bermula dengan lagenda Saint Nicholas, yang dikatakan sebagai seorang paderi berpangkat biskop pada abad ke-4 di kota Myra, Lycia Yunani.
Myra merupakan sebuah pekan yang kini dikenali sebagai pekan Demre, Lycia pula kini sebuah provinsi yang bernama Antalya. Demre ni pekan yang duduk dalam provinsi Antalya di Turki sekarang.
Saint Nicholas dianggap sebagai pelindung kepada para pelaut, pedagang, pem4nah, pencuri yang bertaubat, pelacvr, anak-anak, pembuat bir, penggadai, orang yang belum berkahwin, dan pelajar di beberapa bandar dan negara di seluruh Eropah.
Reputasinya menyerlah dikalangan golongan Kristian yang ‘beriman’, hingga kedudukannya diangkat ke tahap yang tinggi sebagaimana para pendeta yang dimuliakan ke tahap ‘santo’ pada awal Kristianiti.
Tabiat Nicholas yang sering memberikan hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak menjadikan dia sebagai model tradisional untuk Santa Claus atau Saint Nick melalui pengenalan terawalnya menurut mitologi Belanda, sebagai “Sinterklaas”.
Daripada kisah St. Nicholas inilah lahirnya legenda Santa Claus. Fakta menarik, urban legend mengatakan imej Santa yang asal ialah berwarna hijau. Cuma bertukar menjadi Merah-Putih apabila dikomersialkan oleh Coca Cola.
Idea tentang Saint Nicholas sebagai orang yang selalu turun dan naik melalui cerobong asap rumah orang untuk menyampaikan hadiah dipopularkan...
...oleh Puisi Clement Clarke Moore tahun 1822 yang berjudul “A Visit from St. Nicholas” yang terkenal dengan bait permulaan “Twas the night before Christmas“ l
Jadi, apakah dengan contoh-contoh di atas sudah jelas memberitahu kita pada setiap amalan-amalan yang wujud dan sejarah Krismas itu sendiri dengan jelas bahawa ia adalah berakar kepada amalan keagamaan?
Justeru, kami di The Patriots berpendapat dan senada dengan para ulama majoritinya yang mengatakan tidak ada keperluan dalam menyambutnya atau memakai apa-apa identiti keagamaan yang wujud dalam sambutan tersebut.
Kalau ada keperluan, kami berpendapat bahawa cukuplah dengan sekadar ucapan sahaja. Dan kepada sahabat Kristian yang turut membaca thread ini, sambut Krismas sambut juga, SOP dari kerajaan jangan lupa tau!
Kita mampu mengalahkan Covid ini bersama!
You can follow @thepatriotsasia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.