Kecoh lagi fasal JAKIM.
Kali ni fasal kek bertulisan 'Merry Christmas' dan seumpamanya.
Sebelum gaduh-gaduh panjang.Mari semak dulu Manual Prosedur Pensijilan Halal JAKIM 2020.
Kali ni fasal kek bertulisan 'Merry Christmas' dan seumpamanya.
Sebelum gaduh-gaduh panjang.Mari semak dulu Manual Prosedur Pensijilan Halal JAKIM 2020.
Kalau rujuk dalam gambar di atas memang unsur-unsur keagamaan termasuklah yang menggunakan agama Islam sekalipun dilarang,seperti dalam perkara 6 (C).Maka tak dibenarkan pengiklanan dan pameran produk berunsur keagamaan bagi pemegang sijil halal,bukan terhad pada Krismas sahaja.
Sebab awal-awal lagi telah diterangkan pada perkara 11, kriteria permohonan yang tidak layak mendapat persijilan.
Tapi sekiranya ada tempahan atau permintaan khas,tanpa perlu kepada pengiklanan atau pameran terbuka produk tertentu untuk ditulis tulisan semisal 'Merry Christmas' dan sebagainya maka tak jadi masalah sampai boleh menyebabkan persijilan halal ditarik balik.
Ini yang diterangkan Dato' @drzul_albakri dalam menjelaskan kekeliruan laporan sebuah portal berita yang menyebut seolah-olah kalau tulis juga ucapan pada kek tanpa mengira ada permintaan khas mahupun memang untuk dipamer dan diiklan,maka sijil halal boleh ditarik terus.
Kalaupun tidak disalahertikan sedemikian sekalipun, persijilan Halal lebih kepada nak membantu umat Islam mencari produk Halal,bukan untuk mendiskriminasi pengguna bukan Islam yang ternyata lebih luas pilihan mereka baik produk bersijil Halal ataupun tidak.Faham?