[ASB 4.25% + 0.75% 30 000 UNIT PERTAMA]
Amanah Saham Bumiputera(ASB) adalah satu-satunya dana dalam Malaysia selain fixed deposit yang menjaminkan pulangan modal.
Senang cerita, kalau letak RM100 000 sekali pun, tahun depan atau 10 tahun lagi RM100 000 yang kita labur tidak akan hilang malah berganda dengan dividen. (jangan cakap dividen sikit nanti lambat kaya, aku tampaq satgi😆)
Dalam keadaan saiz dana ASB makin meningkat kepada RM173billion, agak susah sebenarnya ASB nak kekalkan pulangan yang tinggi. Ibarat saiz kolam yang sama tetapi ikan makin banyak untuk diberi makan atau saiz Pizza yang sama tetapi kena potong dengan slice yang lebih kecil.
Antara usaha ASB untuk tingkatkan performance adalah dengan meningkatkan exposure kepada pasaran ekuiti global. Public Equity International bertambah dari 3.6% kepada 5.9%
Contribution to gross income ASB from International Public Equity meningkat from 6.3% Nov 2019 kepada 24.2%. Offset poor performance from domestic public equity.
Ini menunjukkan strategi GLOBALKAN DANA semakin berjaya dan mula membuahkan hasil. It’s actually good for ASB sebab saiz fund mereka terlalu besar untuk pasaran saham Malaysia. I expect a better performance in the coming years. Tak mustahil lepas ni dividen ASB kembali ke 6-8%
Kesan kepada ASBF? 🤔
Untuk yang gunakan teknik compounding ASBF, anda sebenarnya dah untung berlipat ganda tahun ini kerana moratorium.
Saya ambil contoh ASBF RM100k :
✅Dividen 4.25%+0.75% 30 k unit pertama = RM4250+RM225 = RM4475
✅Monthly payment RM430+-, total payment 6 bulan adalah RM2580
✅Hanya dengan bayar RM2580, anda dapat RM4475 untuk tahun 2020. RETURN ANDA ADALAH 73% !!
Itu tidak kira compounding effect in a long run lagi. Saya tak cerita details dekat sini tetapi apa yang saya boleh katakan, dengan strategi yang betul, anda boleh maximumkan profit dan capai objektif kewangan yang anda inginkan.
Yang mana guna ASB biasa, anda tidak rugi apa-apa hanya kurang untung. Berbaloi dengan risk yang ada di mana modal anda terjamin! Kalau nak lebih ada beberapa instrumen pelaburan yang lain seperti unit trust, wahed invest, saham, sukuk dan sebagainya.
Saya sendiri sebenarnya dah 3 tahun bersama ASBF dan dah mula reap the fruits. Ingat, bila return anda dah mula COMPOUND, nothing can stop you in your wealth creation. Hanya perlu sabar sedikit sahaja dan kena ingat, amalkan delayed gratifications.
You can follow @najibfazail.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.