Kucing berak kencing.
Manusia berak kencing.
Adakah kucing=manusia=kucing?

Islam seru ke arah kebaikan.
Kristian seru ke arah kebaikan.
Adakah Islam=Kristian=Islam?

Berkongsi persamaan tak menjadikan dua entiti itu sama. Perbezaan akan memisahkan.

Rasulullah SAW bukan feminis.
Di samping perbezaan akidah antara Islam dan Kristian yang menjadikan kedua-duanya jelas tidak sama, konsep/makna ‘kebaikan’ juga tidak sama walau dua-dua agama menyeru kebaikan.

Lagi?
Islam menegakkan keadilan, begitu jua feminisme. Namun, samakah maksud keadilan kedua-duanya?
Adakah keadilan seruan Rasulullah SAW serupa dengan keadilan seruan feminisme?

Terlalu banyak percanggahan ajaran kedua-duanya. Apabila ditegah, mereka kata, “Ambillah yang baik daripada feminisme, yang selari dengan Islam” atau “Itu bukan feminisme, feminisme begitu begini”.
Kalau dalam 100 mesej Islam, ada 5 yang sepadan dgn feminisme lalu kamu ambil yang 5 itu sahaja, sebenarnya kamu ikut Islamlah, kan?

Atau kalau ada 50 mesej feminisme, hanya 10 selari dgn Islam lalu kamu tinggalkan lagi 40, kamu ikut Islamlah, kan? Kenapa gelar diri feminis?
Ada pula yang apabila diketengahkan percanggahan Islam dan feminisme, mereka kata, “Feminisme ada banyak. Saya ikut yang sekian sekian. Feminisme yang sebenarnya begini begini.”

Maaflah, kalau semua orang boleh mendefinisikan ‘feminisme’ sendiri, ‘feminisme’ telah dirosakkan.
Sesuatu ideologi tidak boleh suka-suka ditakrifkan. Secara kasarnya, pengertian istilah seumpama ‘feminisme’ yang paling terpakai adalah sebagaimana yang tercatat pada karya akademik, bukan di bibir awam. Dan berbekalkan konsep tulen ini, feminisme tidak sepadan dengan Islam.
Saya sudah lama tidak sentuh perihal feminisme kerana saya sudah habis ceritakan semuanya sebelum ini. Berpuluh-puluh tulisan telah saya karang, sehingga tiada hal baru lagi untuk dikongsi. Yang di atas ini juga cuma ulangan. Kali ini saya cuma rasa terpaksa (tiada yang memaksa).
Perbandingan kucing dan manusia menerusi berak kencing nampak remeh tapi begitulah antara kaedah linguistik dalam memberi makna pada konsep. Contoh itu sengaja diberi supaya jelas—perkongsian sifat tidak menjadikan dua perkara itu serupa.

Contoh ringkas yang lain👇🏻
(Ada pembetulan kecil. Penting pembetulan ni. Ada beza makna dengan yang asal.)

Kalau dalam 100 mesej Islam ada 5 yang sepadan dengan feminisme lalu kamu ambil *yang 5 sahaja daripada feminisme itu dan buang mesej feminisme selain yang 5*, sebenarnya kamu ikut Islamlah, kan?
Boleh baca tulisan @aqilazme yang sangat baik👇🏻 Aqil ada sentuh perkara yang saya pernah sentuh dulu-dulu dengan lebih mendalam.

(Maaf kalau tak balas apa-apa di untaian ni sebab dah bisukan sejak hari tu.) https://twitter.com/aqilazme/status/1342977362384670720
You can follow @MiraLyana.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.