Anxiety

Macam mana nak cakap eh. Orang yang tak rasa dia takkan paham. Sakit dia lagi perit. Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat. Rasa dia memang rasa nak mati. Memang sakit dia tidak ada luka, lebam ,tak ada apa-apa pon

Bagaimana nak atasi anxiety?

Thread
penyakit anxiety attack ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami kelemahan dari segi mental dan fizikal. Malah, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit ini.

+
Sebelum ini turut dikongsi beberapa artis yang mengalami pengalaman sedemikian termasuk Diana Danielle dan Maya Karin.

Ramai antara kita tidak tahu cara untuk meringankan dan menghindari anxiety attack ini.

+
Orang akan cakap kita gila

Macam mana mahu cakap eh. Orang yang tak rasa dia takkan faham. Sakit dia lagi perit  Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat. Rasa dia memang rasa nak mati. Memang sakit dia tidak ada luka, tidak ada lebam, tiada apa apa pon.

+
Bila pergi jumpa doktor, check memang tak ada apa. Malah ada yang anggap anxiety ini sakit jiwa lah, gila lah mental lah. Sebab tak rasa kan? Kalau dah rasa barulah tahu ye. Sakit ini bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint. Sesiapa je boleh kena sebenarnya

+
Yon terangkan dengan ringkas dan mudah faham. Anxiety ini dia akan buat seseorang itu cemas tanpa sebab, sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tak boleh tidur, terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa, fikiran kacau bilau, yang paling takut ialah selalu

+
fikir tentang kematian.

Dengar memang orang akan ketawa. Tak dinafikan. Kalau cerita pada orang pun orang akan cakap gila. Gila itu lain, tekanan itu lain. Rata-rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan dan

+
banyak faktor juga.

Anxiety ini nak pulih memang ambil masa. Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa. Ada yang hidap bertahun tahun. Ada yang meninggal dunia. Ye, orang tengok sebelah mata tapi janganlah rasa.

+
Memang kalau dilihat dengan mata kasar, penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk. Selalu menangis tanpa sebab kerana ketakutan dan cemas.

+
Jauhi dari perkara negatif

Bila nak tidur takut, semua takut. Keluar rumah takut. Senang cerita semua takut dan cemas. Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering. Tidak keluar rumah seolah-olah merasakan ada sesuatu akan terjadi padahal tak pun.

+
Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku. Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku. Pesakit yang hidap anxiety ini boleh pulih tapi dia takkan pulih 100%. Bergantung pada seseorang itu jugak. Yang menentukannya ialah MINDSET.

+
Tak ada seorang pun yang mahukan jadi macam ni,kan? Malah saya juga. Ada yang tak faham mereka akan cakap macam-macam? kurang iman lah, kurang agamalah dan memacam lah. Salah. Saya bagitahu sikit ye. Apabila pesakit anxiety mahu solat, solatnya pun memang tidak akan khusyuk.

+
Macam mana saya tahu? Saya juga pernah alami anxiety jadi saya sangat memahami. Di sini saya nyatakan cara mengubati anxiety secara umum. Kalau ada yang nak tambah pun boleh. Pertama, dekatkan diri dengan Tuhan. Banyakkan istighfar, selawat, inshallah…

+
Kedua, tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif. Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety. Ketiga, mindset.

+
Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat, tak takut “. Kadang sebab mindset kita lemah. Betulkan mindset.

Seterusnya, jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.

+
Kelima, buat aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan, suami, anak-anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu.

+
Mental fizikal penat dan lemah

Keenam, jangan tidur keseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Cth pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan

+
. Ketujuh, jika perlu dapatkan nasihat doktor psy. Anxiety bukan gila. Jangan takut  Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami, dapatkan nasihat mereka. Seterusnya, makan maknan yang sihat. Banyakkan minum air masak.

+
Terakhir, cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut c Contohnya takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin. Tukar mindset. Sokongan moral mental dan fizikal. Sokongan dari keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang faham apa itu anxiety.

+
Sentiasalah bagi dorang support.

Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety?”. Hmm… seperti apa yang saya tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat, lemah, kerap berfikir, stress sebab jaga anak, kerja, bisnes, stress pasal orang, dan sebagainya (sila rujuk pakar).

+
Kalau benda nak datang kita pun tidak akan jangka. Sesiapa akan kena. Artis pun kena apatah lagi kita orang biasa.
Akhir kata, anxiety ini datang tanpa bagi hint.

+
Yon percaya semua orang tak mahu rasakan sakit “misteri” ni. Sesetengah pesakit anxiety tak dapat kawal, boleh mengakibatkan kematian. Anxiety bukan gila. Pleaselah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ni. Bagi support dan inshallah semua akan jadi sedia kala.
You can follow @Amrlamnnn.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.