Merungkai Salahfaham Ungkapan Melayu:
"Perempuan belajar tinggi-tinggi akhirnya ke ceruk dapur juga"

Kita sembahyang Maghrib dulu.Nanti malam sikit Abang habiskan cerita.Sementara tunggu, ulang ciap bagi meriah, baru semangat nak cerita.Itupun kalau ada orang nak baca la,kan?
1) Sebagaimana kebanyakan ungkapan Melayu yang sarat dengan kiasan dan maksud tersirat,ungkapan ini juga tidak terkecuali sebenarnya.
2) Bahagian pertama ungkapan ini menunjukkan bahawa kaum wanita sebenarnya tidak dihalang atau dibataskan daripada proses menuntut ilmu hingga ke tahap yang paling tinggi dalam tradisi Melayu.
3)Oleh kerana itu banyak ilmu-ilmu asas agama,kemahiran hidup tertentu pada zaman dahulu diajarkan oleh kaum ibu kepada anak-anak mereka sebelum wujudnya sistem pendidikan yang formal,termasuklah ilmu kira-kira dan ekonomi.
4)Yang dimaksudkan bukanlah kira-kira moden seperti matematik tambahan yang diajar di sekolah,mahupun ilmu ekonomi moden tetapi kemampuan membuat hitungan yang tepat dalam mengendalikan sumber sara hidup keluarga.
Iklan:
Ada beg 'tote' yang menarik untuk anda dapatkan dalam ciaoan di bawah dengan harga yang berpatutan.Jemput lihat, belek-belek ya! https://twitter.com/bimbimmmmmmmmm/status/1338855545407586314?s=19
5)Di sinilah perkaitannya dengan bahagiab kedua ungkapan ini; "akhirnya ke ceruk dapur juga" kerana kemampuan seorang wanita berdasarkan ilmu yang dimilikinya dapat membuat perhitungan yang tepat dalam urusan makan pakai seisi rumah.
6)Lihat sahaja nenek-nenek kita dahulu,berapa ramai yang bertandang ke rumah sekalipun,mereka dengan bersahaja boleh menyiapkan hidangan yang mencukupi untuk semua orang.
7)Bahagian kedua ungkapan ini sebenarnya menggambarkan kemuliaan peranan seorang wanita yang meskipun dengan memiliki ilmu yang luas,namun masih tidak kekok dengan kepandaiannya untuk mengurus rumah tangga.
8)Tidak sekali-kali ungkapan ini bermaksud sia-sia sahaja seorang wanita menghabiskan waktu untuk belajar,namun akhirnya jadi suri rumah sahaja.
9)Tambahan pula di zaman ini,wanita berkemahiran sangat diperlukan,misalnya doktor wanita bagi membantu urusan pesakit wanita terutamanya ketika melahirkan anak dan sebagainya.
10)Salah faham terhadap ungkapan ini sejak sekian lama menyebabkan sebahagian besar wanita Melayu pada suatu ketika terhalang daripada mendapat pendidikan tidak seperti kaum lelaki, sehinggalah berlaku gerakan kesedaran yang dicetuskan oleh berberapa orang tokoh
11)Antaranya Syed Syeikh Al Hadi, Raja Aisyah Sulaiman dan sebagainya yang membakar semangat wanita agar mendapatkan pendidikan melalui karya tulis mereka semisal Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Syamsul Anuar.
12)Justeru wajar dimurnikan kembali pemahaman terhadap ungkapan ini supaya tidak lagi berlaku rasa rendah diri dalam kalangan wanita,mahupun rasa bangga diri tak bertempat kaum lelaki kerana hakikatnya kedua-dua lelaki dan wanita dijadikan Allah untuk saling melengkapi.
Sekian,terima kasih kerana sudi membaca dan sudikanlah untuk mengulang ciap tulisan ini!
You can follow @H_Bakkaniy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.