Kalian tahu kisah Atlantis yang tenggelam lalu diadaptasi dalam Aquaman, maka anda juga seharusnya perlu tahu kisah kerajaan bawah laut yang ada di Nusantara ini. Bumi Dika.

RAJA SURAN TURUN KE LAUT.

Mohon RT utk sebarkan mitologi nusantara ini.
Lagipun ilmu perlu dikongsikan.
Kisah ini aku olah semula dalam bentuk prosa moden utk santapan... mohon kongsikan.
.
Perkongsian anda sumber semangat saya utk menulis.
.
Mari! Kita mengembara ke masa silam! Mitologi lama hiburan anak sebelum beradu di kala malam.
Suatu ketika, dunia masih lagi gamat dengan perebutan jajahan takhluk demi meluaskan empayar sendiri. Dalam gamat dunia, tetap juga wanita menjalankan tanggungjawabnya untuk melahirkan penyambung legasi empayar gemilang itu. Amdan Negara.
Sungguhpun kini suaminya datang daripada wilayah lain, puteri Raja Sulan itu tidak ada pilihan lain selain daripada mengeluarkan isi rahimnya yang sudah sarat itu. Kali ketiga sakit ini dia rasai selepas puteri tersebut disatukan dengan Raja Tersi Berderas dari Kida Hindi itu.
Hiran, Suran dan Fardin. Tiga putera akhirnya bernafas di dunia. Salah satunya akan meneruskan kegemilangan keturunannya. Jika ditarik jauh ke belakang masa, sebenarnya mereka ini berdarah Raja Iskandar dari Makadunia.
Tumbuh besar tiga anak raja, Raja Suran dipilih menjadi raja Amdan Negara setelah mangkatnya Raja Sulan. Layaknya seorang raja, angan keturunan mereka diteruskan untuk melihat negara matahari terbit.
Wilayah mereka yang tidak jauh dari pusat dunia bukanlah wilayah pertama yang menerima simbahan mentari. Mereka perlu menjadi Yang Pertama. Maka China perlu dijarah.

“Tetapi perjalanan ke China itu sangat panjang!”
“Sebutir batu di tangan, bukan seekor pipit yang menjadi korban!” galak Raja Suran bertitah. Waja semangatnya menjarah wilayah mentari terbit belum sirna.

“Hancurkan Shah Johan dan Chulan! Biar Gangga Negara dan Langgiu sembah Amdan Negara!”
Sungguh berkobar jiwa Raja Suran, kecundang akhirnya tatkala melihat luasnya lautan mencapai wilayah China yang diidam-idamkan itu.
Sedang berlayar di atas laut, di hujung tanah; menuju ke China, kapal mereka mula dihambat seram. Mata sedikit buta tatkala kabus selimut malam. Berbalam-balam kapal usang hampir melanggar kapal mereka. Diarahkan anak kapalnya menyelongkar kapal usang itu.
Paku-paku yg menyatukan kapal itu sudah berkarat seribu. Pasti sudah terlalu lama kapal ini. Menanti roboh hendaknya.

Dalam pekat malam berkabus, tidak tenang suasana laut dek bisingnya angkatan Raja Suran menjejalajah kapal usang itu. Terkejutlah penghuni kapal usang.
Terkedek keluar dari perut kapal, dua orang tua yang sepet matanya. Lelaki dan wanita jantinanya.Terbongkok-bongkok dengan tongkat patahnya. Compang sungguh busana mereka. Lebih hina daripada pakaian hamba-hamba Amdan Negara.
“Siapakah kalian?”

“Kami datang dari wilayah mentari terbit,” lelaki tua menjawab.

“Pacal tua seperti kalian ini asal China?"
"Wah, lemah sungguh China! Pasti ramai tua seperti kalian juga!” sedikit bongkak dan gembira Raja Suran berujar tatkala melihat semakin ramai warga tua timbul di atas dek kapal.
Ramai yg berteduh di sebalik kayu kesmak dan bidara yang lebat buahnya. Buah ditanam di atas kapal!

“Asal pelayaran, kami tidaklah setua ini!” wanita tua membidas ujaran Raja Suran. “Lihat jarum2 ini. Sudah karat kami gunakan. Banyak kain dijahit, tidak berguna lagi!
"Kami tidak akan sampai ke Hindi.”

“Apa maksud kalian?”

“Dari China kami muda pada awalnya. Punya tenaga membelah laut dan menempuh badai. Kini kudrat sudah dimamah usia, terpaksa kami menanam pokok utk dijadikan santapan. Sudah tiada daya menangkap ikan!” lelaki tua menjawab.
Jawapan yg menggugah semangat Raja Suran.

‘Aku tidak mahu tiba di China tua sedemikian. Tiada kudrat, tiada daya. Akhirnya sia. Sukar ku tundukkan China jika aku tua sedemikian rupa!’

Atas titah raja, dibiarkan kapal usang itu pergi. Biar tenggelam sendiri kerana usangnya.
Nakhoda diminta labuhkan sauh ke daratan berhampiran. Temasik. Bersemayam seketika Raja Suran cuba menyusun akad baharu setelah melupakan wilayah mentari terbit.
Berdiri tegak melihat mentari terbit di pinggir laut Temasek. Raja Suran membiarkan sepatunya basah digigit ombak laut
.
‘Wilayah mana lagi yang perlu aku jarah? Wilayah yang belum dijelajah?’ tunduk seketika Raja Suran mengutip batu pantai lalu dilambung-lambung ke udara.

‘Aku perlu menjadi pertama!!’ dengan geram batu pantai itu dilempar di atas laut.
Terlompat-lompat menuju ke arah mentari terbit. Lalu tenggelam ke dalam laut.

Tenggelamnya batu itu membawa terbitnya impi di minda Raja Suran.

‘Aku boleh jadi raja pertama yang menjelajah laut!’
Tanpa panjang akal dipintal, Raja Suran menempa peti kaca kejap berpesawat daripada tukang di Temasek itu. Lalu diarahkan kapalnya ke tengah laut, menghala ke China.

Dengan peti kacanya, Raja Suran turun sendirian ke laut dalam. Menjadi Raja Pertama yang menjejalah lautan.
Bangga Raja Suran tiada perinya. Dibiarkan anak-anak kapalnya di muka laut menantinya. Katanya, sehari cuma Raja Suran dalam lautan. Kelak baginda akan timbul ke permukaan sebelum terbenam mentari.
Lama menanti, hilanglah mentari. Masih tiada Raja Suran di permukaan. Gundah hatinya anak-anak kapal dari Amdan Negara itu. Segera terjunlah ke dalam laut mencari Raja Suran. Belasungkawa, hanya peti kaca kelihatan. Kosong. Tiada gerangan Sang Raja.
Dengan walang hati awang-awang, terus juga mereka menanti. 300 tahun lamanya dikira hati. Entahkan mimpi atau ilusi. Yang pasti, Raja Suran Turun Ke Lautan!
Bersambung….!
Sorry.. nak hantar member ke TBS.. nanti aku sambung malam ini.. teruskan tolong ciap semula..
Jap gi kita sambung di Bumi Dika... kalau ada sapa2 yg nak parking... parkinglah... free tanpa bayaran...
.
nanti aku habaq kat jejalur lengkap..
RAJA SURAN TURUN KE LAUT
(tiba di Bumi Dika).
.
Jauh tenggelam dalam lautan, pesona mata tiada perinya. Raja Suran terlopong melihat indahnya dunia bawah laut itu. Sang ikan bermacam warnanya saling berkejaran. Terundur-undur sotong berenang ke belakang.
‘Aku kini raja pertama yang jelajah bawah lautan!’
Tidak puas kerana pandangan dihalang batu karang, peti kaca Raja Suran gerakkan ke hadapan.

Terkejut bukan kepalang, apabila dari kejauhan kelihatan mukim yang bercahaya. Tertutup dalam kubah buih gergasi.
Di pusat mukimnya ada istana yang tinggi ke atas. Ibarat Menara yang dipagari bongkah-bongkah rumah yang putih juga rupanya. Dari kejauhan, seperti mukim itu terletak di dalam tiram. Seperti dalam mutiara kerana kilaunya sungguh mempersona mata.
Digerakkan lagi peti kaca ke hadapan; dekat dengan kota itu, lalu masuk ke dalam gelembung kubah buih. Dihambat rasa hairan dan kagum, Raja Suran membuka pintu peti kaca; melangkah keluar.
Terasa angin bertiup dicelah-celah jemarinya. Membelai wajahnya, hampir terjatuh mahkota di kepalanya. Takjub apabila nafasnya tidak tersekat di mukim ini. Lancar seperti berada di permukaan.

Tidak pernah terduga dek akal rajanya, akan ada mukim seindah ini di bawah laut.
Baru beberapa langkah diatur, Raja Suran kini dikelilingi beberapa susuk lelaki lengkap bertombak dihalakan ke arahnya.

“Siapakah tuan hamba? Apakah tujuan tuan hamba ke Bumi Dika?”

“Aku Raja Suran dari permukaan. Bawa aku bertemu raja kamu.”
Lalu diiring Raja Suran ke perut istana yang tampak seperti menara putih bertatah emas, tinggi ke atas itu. Raja Aktabul Ard nama pemerintahnya. Punya puteri yang menggoda hati Raja Suran sehingga terlupa dua isterinya di permukaan.
“Tidak pernah walau sekali raja dari permukaan datang bertandang ke Bumi Dika ini,” Raja Aktabul Ard menyambut tamu dari daratan itu dengan hati yang lapang.

Semakin megah hati Raja Suran. Megah kerana dia akhirnya menjadi Yang Pertama. Raja Pertama turun ke Bumi Dika.
“Kaum Bu Sum ini sudah lama ingin bersaudara dengan kaum-kaum dari daratan. Bukan sekadar saudara seagama.”

“Maksudnya, Kaum Bu Sum ini juga Islam?”

“Tidak semua.”
Berdiam di Bumi Dika, tanpa mentari terbit, Raja Suran hilang perkiraan sudah berapa lama dia di mukim bawah laut ini. Apa lagi setelah dijodohkan dgn puteri Raja Aktabul Ard. Puteri Mahtabu'l-Bahri namanya. Molek parasnya seindah Bumi Dika.
Bahagia dan bangga kerana dia jadi Raja Pertama yang memiliki waris hasil gabungan dua dunia. Dunia bawah laut dan permukaan. Bukan satu, tetapi tiga. Molek parasnya semolek wajah bonda mereka. Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita.
Suatu hari, janggut sudah putih di bawah dagu, Raja Suran riang melihat putera2nya saling beradu kekuatan di laman istana. Beberapa ekor ketam berjalan ke tepi kerana tidak mahu mati dihentak kaki putera perkasa. Pasir-pasir putih berterbangan, sedikit menutup pandangan mata.
Tertutup mata Raja Suran, terbuka hatinya. Mindanya segar semula. Teringat akan rakyatnya yang menanti di permukaan. Teringat akan Amdan Negara yg diperintahnya. Teringat akan permaisuri-permaisurinya di daratan.

Sudah menjadi Yang Pertama, Raja Suran harus kembali ke daratan.
Tetapi dia tidak boleh meninggalkan putera-puteranya di dalam lautan ini. Putera perkasa yang kelak mengubah dunia. Tidak boleh dibiar diam dan tenggelam di dalam lautan.

Didayung jauh akal Sang Raja, lalu dihasilkan tiga mahkota sakti untuk putera2nya.
Bangsa Dika, yakni Raja Jin Asmaghiah Peri membantunya. Dipersembah mahkota sakti itu kepada Raja Aktabul Ard.

“Ingin kembali ke daratan anakanda. Sebagai raja, tidak molek jika anakanda meninggalkan Amdan Negara terlalu lama.”
“Baiklah. Tetapi Mahtabu'l-Bahri tidak boleh ke daratan bersama anakanda. Dia tidak mampu hidup di sana. Tidak seperti putera2 kalian...

dan anakanda juga tidak boleh kembali ke Dika setelah anakanda meninggalkannya..!"
“Kurniakanlah mahkota sakti hasil tangan Raja Jin Asmaghiah Peri kepada putera2 anakanda tatkala mereka dewasa kelak. Kirimkanlah mereka ke daratan agar tidak tenggelam perkasa mereka dalam lautan. Biarkan dunia tahu hebatnya Dika. Biarkan dunia tahu Dika ada di dalam dunia.”
Gundah-gulana hati Sang Raja meninggalkan zuriat saktinya di dalam lautan. Galau hati Puteri Mahtabu'l-Bahri kerana hilang pujaan hati. Namun, inilah suratan diri. Bumi Dika dan daratan sana memang pasti terpisah. Selamanya.
Dengan kuda sembrani, terbanglah Raja Suran ke permukaan. Raja pertama menunggang sembrani dari bawah lautan. Setibanya di tanah Keling, terkejut bukan kepalang kerana sudah tua semua rakyatnya. Entah dimana permaisuri2nya. Hendak kembali ke Bumi Dika, sudah ditegah.
Hendak gundah tiada gunanya. Maka Raja Suran enggan bermuram. Darah raja tetap mengalir, daulat tetap dijunjung. Dibangunkan pula negara jaya di tanah lama. Bijaya Negara diberi nama.
Yang pasti, putera-puteranya yang kelak tumbuh besar di bawah laut akan naik ke daratan. Akan membawa kesaktian. Akan memberi kekayaan kepada sesiapa yg mengikutinya. Putera-putera perkasa itu akan mengubah dunia.
Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dari Makadunia sudah lebih sakti dengan campuran darah Bumi Dika. Raja Suran akhirnya mangkat dengan senyuman. Putera-puteranya akan terbit di daratan ibarat mentari terbit di dada langit. Ajaib.
.
SELESAI.
.
Kisah ini akan disambung dlm jejalur 'ASAL USUL DAULAT KESULTANAN MELAYU' yang akan disiarkan kelak.
.
makanya, ketik butang 'follow' deh!
Trivia :

Di Singapura (Temasek), Stamford Raffles pernah menemui Prasasti Raja Suran Turun ke Laut. Malangnya prasasti itu telah diletupkan oleh Stamford Raffles selepas menyalin tulisannya.

Mengapa?
(gambar : pecahan prasasti. drpd @warkahwijaya )
SUMBER :
Sulalatus Salatin
.
DAN MINDA SENDIRI...
Saya cuba bersemangat utk menulis bebenang sejarah di Twitter ini.. Jemput follow dan ciap semula.
.
Silakan dibaca bebenang yang lainnya. https://twitter.com/seketulawan/status/1335567985633738753?s=21
https://twitter.com/seketulawan/status/1342406394037714944
You can follow @seketulawan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.