Return Of Investment ASBF adalah 20%, bukan 4.25%

PNB dah umumkan dividen + bonus untuk ASB which is 4.25, tambahan 0.75 for for the first 30,000 unit.

Bagi sesiapa yang buat ASBF, ramai cakap rugi. Betul ke rugi? Jom kita tengok.
Contoh kiraan ni berdasarkan :-
☑️ ASBF 100k
☑️ Tempoh pinjaman 40 tahun
☑️ Interest rate 3.55%
☑️ Kiraan setahun penuh

Untuk pinjaman ASBF 100k, monthly yang perlu dibayar adalah RM390.40/bulan. Jumlah dibayar dalam setahun adalah RM4,684.80.
Dividen yang dia dapat pulak :-
100k x 4.25% = 4,250
30k x 0.75% = 225
Total dividen = 4,475

Kalau ikut jumlah dividen, yes memang rugi. Sebab dividen lebih rendah berbanding jumlah bayaran setahun.
Tapi kena ingat, dalam ASBF ada surrender value. Dimana bila kita terminate sijil kita, kita akan dapat surrender value. Berapa surrender value kita akan dapat?

Formula dia, 100k - tolak baki pinjaman.
100k - 98,846.55 = 1,153.45
Berapa total yang kita dapat?
Dividen + Surrender Value
4,475 +1153.45 = 5628.45

So untung ke rugi buat ASBF? Ni adalah dia punya Return Of Investment (ROI). ROI dia adalah 20.14% . Ok ke ok?
Kesimpulannya, sesiapa yang jadikan ASBF sebagai medium simpanan memang sangat2 ok. Tapi bagi sesiapa yang jadikan ASBF tempat untuk kaut keuntungan yang besar, memang dia akan rasa rugi sedikit.

Jangan tamak dalam buat simpanan/pelaburan. Gunakan 10% je daripada income kita.
Bagi mereka yang berminat nak cuba medium pelaburan yang lain, cuba dulu ASBF. Kalau risiko ASBF yang rendah pon kita tak boleh nak hadap, apatah lagi instrument pelaburan yang lain.

P/S : Kiraan adalah berbeza bagi jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan interest rate yang lain.
You can follow @adli_zikri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.