Kes Kartel Daging Haram ini ada berberapa perkara kita kena faham.

1)Daging atau apa-apa makanan import memang tidak pernah akan dapat persijilan halal daripada JAKIM.Faham ini elok-elok,semat dalam kepala.

2)Yang ada ialah persijilan halal badan² luar negara diiktiraf JAKIM
3)Untuk perbekalan daging tempatan pun,persijilan halal hanya diberi sekiranya sembelihan mematuhi piawai Jabatan Veterinar dan JAKIM.Bukan JAKIM semata-mata.Premis sembelihan dan rumah sembelihan ada pegawai pemantau dari Veterinar dan JAKIM
4)Daging Import pula pemantauan itu berlaku pada peringkat Jabatan Kastam dulu,baru melalui Veterinar dan JAKIM.Dekat sini yang isu besarnya sebab pemalsuan sijil,cop halal badan luar negara dan kertas kerja boleh berlaku sebelum masuk ke tapisan Veterinar dan JAKIM.
5)Yang terlepas masuk selepas tapisan pertama ini yang jadi masalah,sebab daging-daging haram yang bercampur bukan semata-mata antara daging lembu dan bukan lembu sahaja yang boleh disah tentu melalui ujian DNA,tapi termasuk daging lembu tak diketahui status sembelihan.
6)Tak ada lagi teknologi untuk mengesan sah tentu status daging yang sudah tambahan pula daging yang sampai berbentuk karkas yang siap diproses.Kepala pun dah tak ada.Lainlah kalau disembelih di sini.
Jadi bila tiba-tiba kau gelabah serang JAKIM,maksudnya kau tak pernah faham proses ni semua.Bukanlah kata pegawai JAKIM semua maksum tak berdosa tapi biar tahu proses dulu sebelum nak kritik pun.
You can follow @H_Bakkaniy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.