[ TOP 4 PEN ]
a full long thread
LETAK IDEA KORANG UNTUK MY NEXT THREAD DEKAT REPLY SINI !!
hai gais !! Aku dapat banyak dm + reply tanya pen apa aku guna untuk journaling, studying and so on !! Haa, la ni ceq nak habaq kat hgpa semua about my top 4 fav pens 🖊 yang aku selalu guna !!
DISCLAIMER: ini hanya pendapat aku semata-mata sebab lain orang lain citarasa !! aku dah mendalami dalam "dunia stationery" ni lama jugaklah !! okay enjoy 😊
// Kalau korang seorang penyabar dan pemalas untuk cari dekat bookstore, dekat shopee pok menimbun je seller yang jual !!
1. PENTEL ENERGEL / ENERGEL X RETRACTABLE GEL ROLLER
variation : 0.4, 0.5, 0.7, 1.0
harga : RM 3.00 - RM 5.00 ( harga dia berbeza sebab ada banyak series and design !! )
rating : 9/10
pros :
1. Ink tahan lama
2. Ink cepat kering
3. best untuk orang yang tulisan dia besar sebab selesa pakai kat tangan
4. Sesuai untuk orang tangan kidal sebab ink cepat kering ( ambil masa 0.3 saat untuk kering )
5. Refill murah ( RM2.90 )
6. Banyak variasi warna
cons :
1. Body pen tak selesa sebab takde soft grip utk capped ver
2. Susah nak cari dekat bookstore ( yang ada aku pernah nampak dekat popular je )
3. Kadang2 ink boleh tersekat ( tapi jarang sekali berlaku )
4. Kalau guna Cor. Tape, ink pen boleh terjejas jadi warna kelabu
TAKE NOTE :
- depa ni ada 2 version, satu yang capped version and satu lagi normal pen version !! Tapi sama je refill dia 😅 aku pon tak tahu kenapa company dia buat banyak version lmao
korang boleh dapatkan pen ni dekat Popular !! MPH Bookstore takda rasanya !! Bookstore lain aku tak sure sebab jarang tengok pen ni dekat bookstore biasa 😅😅
2. PILOT JUICE UP
variation : 0.3, 0.4, 0.5 ( kalau tak silap )
harga : RM7.90
rating : 6/10
pros :
1. Ink dia cepat kering
2. Body yang slim
3. Tak makan banyak ruang dalam pencil case
4. Ink yang high quality ( tak cepat habis )
5. Banyak variasi warna
6. Ink tak tembus kalau tekan kuat sangat waktu tulis
cons :
1. Mahal nak mam*** ( better beli pilot friction, baru RM6.90 )
2. Refill dia mahal ( sekitar 3.90 - 5.90 )
3. Correction tape tak membantu pen untuk kering dengan cepat
Fun fact : Pen ni orang selalu guna dalam exam hall dekat jepun sebab consistency ink dia tahan lebih lama berbanding ball point pen !! Sebabtu pen ni popular dekat Jepun "suatu ketika dahulu"
kalau korang nak dapatkan pen ni, semua bookstore aku rasa dah start jual !! and jangan beli pack sebab korang tak tahu selama bila korang boleh pakai pen ni !! Bila satu-satu cukuplah sis 😅👍🏼
3. PILOT POPLOL/ JUICE GEL INK PEN
variation : 0.5, 0.7, 1.0
harga : RM3.90
rate : 9/10
Ha mai ceq habaq sikit pasai benda ni sebab dulu pen ni pernah menjadi controversy dalam studygram community waktu dulu !! Pen ni dekat luar negara tak panggil Pilot PopLol tetapi Pilot Juice !! Hanya sesetengah negara sahaja yang dapat version Pilot PopLol!!
Setahu aku Malaysia, Thailand, Sepanyol, Utara Amerika dengan segelintir negara Eropah saja ada PopLol ni !! Negara lain semua Pilot Juice !!
Ada beza ke ? Yes !! Totally ada beza !! Yang membezakan dia hanyalah NAMA, LABEL STICKER dan VARIATION sahaja !! Other than that, ink ke, body pen ke, semua sama !!
Ni adalah contoh Pilot Juice and Poplol !! Kalau nak dibangkan, Pilot Juice lagi banyak variasi dan lagi mahal sebab pen ni terlalu popular dekat Jepun !!
Pros :
1. Ink tahan lama
2. Gel pen yang berbaloi harga
3. Boleh dikatakan high quality (?)
4. Sesuai untuk orang tulisan normal & kecil
5. Recycle Material ( green product )
6. Banyak variasi warna
Cons :
1. Lambat kering
2. Tak ada refill
3. Ink boleh leaked
4. Ink kadang2 tersekat
5. OVERRATED
6. Terlampau mahal ( kalau beli pack )
7. Tak sesuai untuk tangan kidal
Funfact : Ini adalah pen yang paling popular dalam kalangam studygrammers dekat luar sana 🤣👍🏼 tak percaya tanya kawan2 korang yang stationery addicts tu 😗
4. MUJI GEL INK / ROLL BALLPOINT PEN
variation : 0.38, 0.5, 0.7
Harga : RM4.90-5.90
rating : 5/10
okay, raja segala pen dalam komuniti STUDYGRAM 🤧💔 pen ni merupakan pen yang terlampau overrated dan selalu dipuji oleh kalangan dalam komuniti !! Aku tak tahu kenapa tapi yes memang overrated !!
Ada sebab kenapa pen ni best and ada sebab kenapa pen ni tak best dipakai lagi-lagi orang yang cerewet tak suka tengok pen mahal-mahal 🤣
Pen ni dulu design dia macam Zebra Sarasa !! Tapi diorang dah redesign balik pen diorang !! Aku tak tahu kenapa tapi aku lagi suka design depa yang dulu 😭💔
depan sekali, capped version !! Yang gambat tengah adalah design lama dan gambar last design baru !!
Pros :
1. Ink tahan lama
2. Sesuai untuk orang tulisan normal dan besar
3. Ink dijual
4. Bukan material plastik tapi polypropylene
5. Sesuai untuk bullet journaling
6. Ada 12(?) / 15(?) variasi warna
Cons :
1. Hanya jual dekat muji
2. Ada banyak fake / clone
3. Mahal nak mam*** ( walaupun high quality )
4. Takda jual dekat kedai buku biasa
5. Tak mesra kidal
6. Ink lambat kering
7. Body pen tak selesa pegang
8. Paling Penting OVERRATED
Korang hanya boleh dapatkan pen ni dekat MUJI !! MUJI store dekat Malaysia tak banyak 🤧 ada beberapa dekat Klang Valley and 2 dekat Johor !! MUJI ada online store dekat Shopee jugak (mujimy_os)
Macam aku cakapkan, review adalah sekadar pandangan aku semata-mata !! Yang lain korang judge sendiri !! Itu sahaja daripada saya !!
You can follow @syarminaiiman.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.