Wangi-Wangian Alam Melayu.

Orang Melayu sebenarnya gemar berwangi-wangian,dengan memanfaatkan sumber alam di sekeliling mereka.Tulisan ringkas ini akan menyenaraikan beberapa kaedah serta bahan yang biasa digunakan sebagai wangi-wangian Alam Melayu.

Ini adalah bebenang.
Terdapat berberapa cara orang Melayu memanfaatkan bahan-bahan haruman alami untuk berwangi-wangian.Antaranya ;
i.Merenjis wangian atau berminyak
ii.Mewukok atau Mengasapkan
iii.Melangir.
iv.Menyisip atau menyelit.
1)Merenjis wangian atau berminyak, sememangnya cara kebiasaan orang memakai wangian,tidak terhad kepada orang Melayu sahaja.Namun ada catatan bahawa kebiasaan berminyak wangi ini sudah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi,sebagaimana catatan Sulalatus Salatin:
"..Jikalau sudah ia memakai akan berjalan, sepasu minyak wangi digosokkannya pada tubuhnya..."

Petikan berkenaan tabiat Bendahara Lubuk Batu.
2)Mewukok atau mengasapkan juga menjadi pilihan orang Melayu bagi mewangikan kain,senjata atau kediaman.Setanggi atau campuran bahan-bahan wangian tertentu akan dibakar untuk menghasilkan asap yang harum sebelum dibiarkan lekat pada fabrik,barangan atau ruangan yang diperasapkan.
Berikut tulisan terdahulu Abang berkenaan teknik 'Wukok Kain' https://twitter.com/H_Bakkaniy/status/1336869102942502917?s=19
3)Melangir
Proses ini biasanya dilakukan semasa mandian dengan menggunakan limau,akar sintok, bunga-bungaan dan sebagainya.Proses melangir ini juga sebahagian daripada proses mencuci keris.
4)Menyisip atau menyelit kebiasaannya dilakukan dengan mengambil tumbuhan tertentu yang berbau harum samada dalam bentuk segar atau kering dan diselit pada pakaian, kelengkapan atau ruangan tertentu supaya kekal wangi.
Berikut pula antara bahan-bahan wangian Alam Melayu.

1)Bintil atau Pundi Kijang
Bahagian ini terhasil pada tubuh kijang dan bahagian isinya dijadikan pati minyak,yang disebut sebagai kasturi atau Ambar
2)Ambar
Selain daripada bintil kijang,ambar juga berasal dari damar sesetengah pohon dan juga dari muntah ikan paus,dan biasa didapati termpar di pesisir pantai.Ambar dari tumbuhan berwarna sedikit kekuningan dan terkadang mengeras seperti batu
Ambar paus pula berwana kelabu keperangan atau terkadang berwarna putih serta dianggap paling bernilai berbanding ambar kijang dan tumbuhan.Ia dijadikan hadiah dan anugerah oleh Sultan dalam catatan Hikayat Raja-Raja Pasai.
3)Daun Pandan
Kebiasaannya digunakan untuk mewangikan ruangan dengan cara diracik halus dan dibiarkan menempati ruangan.Ia juga berfungsi sebagai penambah aroma masakan dan pewarna.
4)Setanggi atau Kemenyan.
Setanggi atau kemenyan adalah campuran kayu,getah atau damar pokok tertentu yang dibakar bagi menghasilkan bau yang harum.Yang paling kerap digunakan adalah gaharu dan cendana.Boleh rujuk : https://twitter.com/H_Bakkaniy/status/1330033816635904001?s=19
5)Bunga Mala atau Melur
Kebiasannya diselit atau disisip di bawah baju,terkadang juga direndam dalam air sebagai mandian untuk berlangir bersama limau dan sintok.
6)Bunga Cina, juga dengan cara disemat ke rambut atau diselit di bawah baju. https://twitter.com/H_Bakkaniy/status/1313514733195071489?s=19
7)Narawastu/Narwastu atau nama lainnya, 'Vetiver'.Sejenis serai wangi yang dimanfaatkan bahagian akarnya untuk menghasilkan pati minyak wangi.Narwastu ada disebut dalam 'Hikayat Raja-Raja Pasai' dalam kisah pengislaman Merah Silu.
8) Kumkuma/Komakoma atau lebih dikenali sebagai 'Za'faran' atau 'Saffron' ang dibawa oleh pedagang India ke Tanah Melayu.Ia biasanya dijadikan minyak atau bahan celupan untuk fabrik.Fabrik yang dicelup komakoma akan berwarna kuning terang serta mempunyai aroma yang harum.
9)Limau purut,biasanya digunakan untuk berlangir bersama-sama akar sintok.Daunnya pula dikunyah untuk mewangikan tubuh dari dalam,menurut berberapa sumber lisan daripada pakar herba.
Demikianlah secara ringkas berkenaan wangi-wangian Alam Melayu sejak zaman dahulu lagu.Pun begitu masih ada berberapa bahan lain yang tidak dapat Abang lampirkan kerana sumber rujukan yang agak terhad.Terima kasih kerana sudi membaca dan mengulang ciap tulisan ini.
Dan sekiranya kalian berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang wangian di pasaran,boleh ikuti saudara @AusMeshi yang sering membuat ulasan berkenaan produk wangian di pasaran dalam saluran Youtubenya:
https://youtube.com/c/AusMeshi 
You can follow @H_Bakkaniy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.