Viral mengenai Illi Najwa berkahwin dengan kapten pasukan Hoki India. Syukur, laporan media kata beliau tidak murtad seperti yang didakwa. Suaminya telah memeluk Islam. Masalahnya, liberal pertikaikan concern umat Islam. Perkenalkan kisah Natrah untuk jelaskan pov kami.
#thread
#thread
Natrah cuba dimurtadkan oleh penjajah Belanda orang membuatkan orang Melayu sampai berdemonstrasi sampai beberapa orang mati. Tak pernah lagi orang Melayu bersatu seluruh negara pada waktu itu demi mempertahankan akidah seorang Natrah.
Berlakunya rusuhan besar terhadap Inggeris pada 11 Disember 1950 yang disertai oleh ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PKMM, ahli-ahli Hizbul Muslimin, pertubuhan Islam, golongan India Muslim dan perantau dari Indonesia.
Rusuhan ini dianggap sebagai rusuhan membela agama dan membelasah penjajah paling berani dalam sejarah zaman moden sehinggakan ia menjadi perdebatan utama parlimen di England.
Ulama-ulama Melayu yang tinggal di Mekah turut menyatakan sokongan menghantar surat bantahan kepada Menteri Jajajan Inggeris di London. Isi kandungan surat itu: "Adalah menjadi kewajipan semua umat Islam melawan tindakan kejam ini sekalipun dengan jiwa dan harta mereka".
Orang-orang Melayu datang dari seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu ke Singapura bagi menyertai perjuangan ini. Malah ada yang datang dengan berbasikal sejauh Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Sehinggakan ada yang sanggup bergolok bergadai.
Perantau-perantau dari Indonesia dan orang-orang Melayu di Geylang menjadikan Geylang sebagai kawasan "bebas orang putih". Orang-orang putih yang masuk ke Geylang pada ketika itu akan 'dikerjakan'.
Anggota polis yang berbangsa Melayu turut memboikot arahan pegawai Inggeris kerana berkongsikan sentimen yang sama dengan umat Islam yang lain. Mereka tidak menangkap perusuh-perusuh dan membiarkan para perusuh. Ini menyebabkan Inggeris terpaksa menggunakan khidmat polis gurkha.
Akibatnya, beberapa peserta rusuhan ini dijatuhkan hukuman mati. Seorang pegawai polis Melayu yang bernama Bujang bin Tunggal ditangkap dan dituduh bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja gagal menangkap perusuh.
Seorang pemilik restoran India Muslim iaitu Restoran Jubilee yang bernama Othman Ghany dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan memberikan makanan dan minuman secara percuma kepada para perusuh.
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tinggi Kerajaan. Sejurus selepas itu, beliau memulakan usaha mengutip derma untuk membantu mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Inggeris.
Selagi mana Liberal dan Lefties dalam negara ini tak memahami pandangan orang Melayu mengenai betapa pentingnya agama Islam dan semangat persaudaraan sesama Muslim, sampai bila-bila anda tak akan dapat menyantuni sokongan kami
Sampai hari ini, orang Melayu masih menangisi kegagalan mereka mempertahankan akidah Natrah. Kisahnya main didendangkan dalam lagu-lagu, filem, novel dan teater orang Melayu. Ianya adalah peringatan kepada kami, janganlah ada yang dimurtadkan secara terang-terangan.
Jadi, orang Melayu kalau mendengar berita murtad secara terang-terangan, lagi-lagi pada anak gadis kami, ketahuilah nostalgia Natrah akan kembali menghantui. Kami akan cuba pertahankan akidahnya, cuba mencari jalan agar syahadah kembali manis dibibirnya. Kerana kami tahu...
Lukanya lebih menghiris daripada belati, kekal sampai ke akhir zaman.