"Jangan Normalisasikan Dapat 8G."
Kejayaan ni hanya berdasarkan wang ringgit sahaja ke? Ya, saya tahu awak dah dapat 8G, tapi awak berjaya membina kekayaan. Tetapi...
#Thread
Kejayaan ni hanya berdasarkan wang ringgit sahaja ke? Ya, saya tahu awak dah dapat 8G, tapi awak berjaya membina kekayaan. Tetapi...
#Thread
Kita sekarang kan nak membina tamadun yang hebat. Nak teruskan keagungan yang dicipta oleh nenek moyang kita. Justeru, dalam menyambung legasi tamadun silam, kita kena normalisasikan ilmu itu haruslah diangkat dalam hidup.
Nak mencapai kejayaan ini, kita perlukan ulama-ulama hebat seperti Imam Syafie, Imam Ghazali dan juga Imam Abu Hassan Ashaari.
Tokoh-tokoh hebat ini lahir dengan akal yang cerdas, yang tak mungkin mampu lahir dari orang yang berbangga dengan keputusan 8G dalam SPM.
Nak teruskan keagungan yang dicipta oleh nenek moyang kita, kita perlukan perdana menteri seperti mana Bendahara Tun Perak.
Jadi seorang perdana menteri harus bijaksana dalam segenap perkara yang tak mungkin akan lahir dari orang yang bangga dengan 8G SPM.
Nak teruskan keagungan yang dicipta oleh nenek moyang kita, kita perlukan ahli-ahli falsafah hebat seperti Prof Ungku Aziz dan juga Prof Syed Naquib Al-Attas, dan tak mungkin pelajaran 8G dalam SPM mampu melahiran tokoh-tokoh falsafah seperti ini.
Nak teruskan keagungan yang dicipta oleh nenek moyang kita, kita perlukan saintis hebat seperti Ibu Sina dan juga Ibn Nafis. Tak mungkin result 8G dalam SPM mampu kembalikan figura-figura saintis hebat seperti ini.
Nak teruskan keagungan yang dicipta oleh nenek moyang kita, kita perlukan lebih banyak hasil seni yang hebat seperti Beethoven dan juga Da Vinci dalam tamadun kita. Tak mungkin result 8G mampu menghasilkan tokoh-tokoh seni yang genius.
Nak teruskan keagungan yang dicipta oleh nenek moyang kita, kita perlukan karya-karya sastera dan fiksyen yang kreatif.
Nak capai ni perlukan penguasaan bahasa pada tahap maksima, dan tak mungkin result SPM 8G mampu melahirkan penulis-penulis hebat seperti Usman Awang dan William Shakespeare.
Dan paling penting, kita perlukan seorang guru juga! Gurulah yang membentuk semua manusia-manusia hebat aku sebutkan di atas, dan tak mungkin ia mampu dicapai kalau merendahkan martabat ilmu dengan berbangga pada keputusan SPM 8G.
*pembetulan: 7G
Penegasan: Thread ini bukanlah nak merendahkan sahabat-sahabat yang tidak bernasib baik dalam pelajaran, tetapi nak menegah budaya normalisasikan dapat keputusan kurang baik dalam pelajaran. Takut mempengaruhi anak-anak kita yang tidak mahu menuntut ilmu kelak.