Sy nak share pengalaman jaga kucing kena sporo. Saya harap @AtukNature boleh kongsi dengan yang lain. Hehehe...😅
Okey, mari saya kenalkan anak jantan saya... iya betul..Oyen namanya. 😚
Sporo ni sejenis penyakit yang boleh jangkit dengan manusia. Jadi ramai yang takut nak jaga kucing sporo dan ramai juga yang sanggup 'tido' kan mereka sbb takut berjangkit. Tapi sebenarnya, semua tu boleh dielakkan kalau pandai jaga mereka.
Salah satu sebab ramai yg x mampu jaga adalah sbb kos rawatan yg mahal. Pernah jumpa owner yg habis dekat ribu2 utk kucing dia yg kena sporo. Tapi sebenarnya, ratus pun tak sampai. 😅
Penyakit ni ambil masa yang lama nak sembuh. Tapi jangan give up.
Kalau betul sygkan kucing korang jangan give up nak jaga mereka.
Mula2 tak tahu pun oyen kena sporo. Ingatkan luka kat siku dia tu sebab kurap je. Jadi bawa lah pergi vet dan cucuk utk kurap, tapi lepas 2 minggu x sembuh pun.
Selalunya kalau kurap, cucuk, dlm seminggu dah nampak hasilnya. Tp ni tak. Kemudian oyen tiba2 demam teruk. Makan x lalu. Badan lemah je. Dan masa tu baru perasan ada beberapa tempat kat telinga dia bengkak2. Bwk lagi pergi vet dan masa tu doktor syak dia sporo.
Tapi doktor tak dapat nk btul2 sahkan sbb mcm kurap, mcm sporo, jadi doktor cucuk lgi utk kurap dn antibiotik, dktr kata kalau masih sama maknanya konfem sporo. Lepas seminggu Oyen baik demam, bengkak makin byk dn besar. Tiba2 ada yg luka dan keluar byk gila darah.
Tiap kali nak cuci, darah sampai menitis2. Dan nampak luka kt siku makin besar, dan mula nampak hidung dia pun start bengkak juga. So mmg konfem dia kena sporo.
Oyen mmg jenis kucing bebas, jadi mungkin dia berjangkit dgn kucing lain yang kena sporo juga.
Macam mana saya jaga dia?

1. Saya pastikan dia sentiasa dikurung dekat tmpt kering. Sbb virus tu senang merebak kt tempat lembab.

2. Sangkar cuci dgn klorok dan detol. Keringkan betul2 bru bg dia masuk.

3. Saya cuma bagi dia ubat inox dgn ubat utk hati je.
Sbb inox tu strong sikit. Boleh rosakkan hati. Jadi saya bg sekali ubat utk hati. Tanya doktor dulu berapa dos yg sesuai utk kucing korg, mcm oyen, saya bagi sebiji inox dn sebiji ubt hati.
4. Tiap kali nak bersihkan sangkar dan cuci luka dia kena pakai glove. Lepas tu buang jangan pakai lagi. Bekas makann semua asingkan. Jgn cmpo dgn kucing lain. Nantinboleh jangkit.
5. Kalau kena ckar cepat2 cuci dgn sabun bersih2. Kalau teruk sgt terus ke hospital dn bgtau kena ckar dgn kucng yg kena sporo. Sbbnya, kalau kena cakar dgn kucing mxm tu, memang cepat jangkit dgn kita. Nanti tmpt yang luka tu naik bengkak2 mcm kucing sporo juga.
6. Jangan letak bekas pasir najis dia dlm sangkar. Sbb nnt pasir tu melekat kt luka2 dia lagi lambat baik. Better guna sangkar besar yg dua tingkat, atas dia baring2, bwh tmpt dia membuang. Klau oyen mmg x letak pasir. Bila dia membuang sy cepat2 cuci.
Dan keringkan sangkar tu.

7. Sabar, doa dn selalu bg semangat kat meow yg sakit. Stiap kali bersihkan oyen dn bagi makan ubat sy selalu cakap "anak mommy strong.. cepat sembuh. Nanti boleh tido dgn mommy lagi. Sikit je ni.."
Ni Oyen yang sekarang. Lepas dua bulan makan ubat inox dn ubat hati tu. Luka kat telinga memang dah bersih. Tp bengkak masih ada. Sekarang luka yang belum kering cuma kat siku tu je. Jangan risau, lepas pegang ni saya cuci tangan bersih2. 😅
Bila dapat kesan awal, rawat awal insyaAllah cepat sembuh. Bila lambat, dan dah teruk memang ambik masa lama sangat2 nak baik. Ada yg sampai 6 7 bulan baru nampak perubahan.
Ubat inox tu boleh dapatkan kat farmasi manusia. Mmg ubat manusia pn. Mahal sikit. Saya beli sepapan Rm9 ada 4 biji. Ubat hati tu susah sikit nak dpt. Tp x kesah ubat hati jenama apa pn. Janji mmg utk hati.
Baru2 ni bawa Oyen pergi vet untuk chek up. Doktor pun terkejut sbb Oyen sembuh cepat. Kemain eksaited dia belek2 telinga Oyen yang luka teruk dulu.
Doktor pesan, walaupn luka nmpk surut, dah x darah2, kena teruskan makan ubat tu smpailah betul2 baik. Sampai bengkak dh hilang sbbnya penyakit tu sng datang balik kalau x kasi setel bagi habis.
Saya bwk pegi vet kerajaan je. Sbb murah. Heheheh...setakat ni x sampai ratus2 pn nak jaga kucing sporo. Korg janganlah give up dn 'tido' kan dorg sbb dorg kena sakit tu. Apa2 pn kena usaha dulu. Kalau betul sayang, kita kena jaga baik2.
You can follow @oliecat4.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.