Saya memulakan tanda pagar (hashtag) #MasyarakatPerluTahu bagi membetulkan beberapa salah faham dalam isu agama yang masih bertebaran.

1- #MasyarakatPerluTahu bahawa seorang suami tidak menanggung dosa isteri. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung dosa anak gadisnya.
2- #MasyarakatPerluTahu bahawa doa yang mustajab itu ada pada setiap sujud solat. Ia tidak terkhusus kepada sujud terakhir sahaja.

Rakan-rakan juga boleh tambah menggunakan tanda pagar yang sama. Jika saya setuju dan rasakan sesuai, saya akan masukkan dalam senarai bebenang ini.
3- #MasyarakatPerluTahu bahawa bacaan Al-Fatihah di dalam solat perlu dibaca dengan suara yang didengari oleh telinga sendiri. Bukan baca Al-Fatihah dalam hati.
4- #MasyarakatPerluTahu bahawa perkataan silaturrahim merujuk kepada hubungan kekeluargaan atau kaum kerabat sahaja. Kawan-kawan atau jiran tetangga tidak termasuk dalam rahim.
5- #MasyarakatPerluTahu bahawa bukan menjadi satu syarat untuk jawapan istikharah yang kita lakukan itu, diperoleh menerusi mimpi.

Bahkan, selama kita dilapangkan dada dan dipermudahkan untuk membuat sesuatu urusan dan keputusan, itulah petunjuk dari istikharah yang dilakukan.
6- #MasyarakatPerluTahu bahawa menjulurkan / menghadapkan kaki ke arah kiblat itu bukanlah suatu yang dilarang di sisi syarak.

Ia tidaklah haram dan tidak pula makruh.

Bahkan hukumnya adalah harus.
7- #MasyarakatPerluTahu bahawa amalan sunat adalah amalan yang dituntut untuk dibuat. Bukan dijadikan alasan :

“Alah, tak buat pun tak apa, kan sunat sahaja”.

Sedangkan tuntutan syarak itu hukumnya dua, iaitu wajib dan sunat.

Terima kasih sahabat saya Ustaz @_muhaimin26
8- #MasyarakatPerluTahu bahawa TIADA DALIL yang jelas bahawa digalakkan hubungan seks antara suami isteri pada malam Jumaat.

Yang ajaibnya, gol. LGBT pun saban minggu nak dapat ‘fadilat’ malam jumaat.

Bahkan Imam Al-Nawawi kata, pendapat tersebut adalah lemah atau batil.
9- #MasyarakatPerluTahu bahawa sebutan yang betul adalah “bukan mahram”. Manakala sebutan “bukan muhrim” dalam konteks tersebut, tidak betul.

Mahram - orang yang haram kita berkahwin dengannya. Bukan mahram - halal berkahwin dengannya.

Muhrim - Orang yang sedang berihram.
10- #MasyarakatPerluTahu bahawa tidak ada iktikad atau kepercayaan berkenaan KARMA di dalam agama Islam.
11- #MasyarakatPerluTahu bahawa maksud fitnah dalam ayat : Dan fitnah lebih besar dari membunuh, adalah : Syirik.

Iaitu dosa syirik lebih besar berbanding dosa membunuh.

Ia bukan fitnah yang difahami masyarakat iaitu : Mengatakan sesuatu kepada seseorang, apa yang dia tak buat.
12- #MasyarakatPerluTahu bahawa Al-Quran fungsinya sebagai panduan hidup. Ia bukan diturunkan sebagai “spells” yang apabila dibaca surah tertentu, jadi kaya. Baca ayat tertentu, jadi cantik & kacak.

Boleh rujuk Al-Baqarah ayat (2), & (185) untuk faham sebab Al-Quran diturunkan.
13- #MasyarakatPerluTahu bahawa ‘Ayat 1000 Dinar’ bukan bermaksud apabila dibaca, digantung di rumah @ kedai, maka seseorang itu jadi kaya.

Tidak sama sekali.

Intipati ayat itu suruh supaya kita bertakwa. Apabila kita bertakwa, rezeki akan datang dari jalan yang tak disangka.
14- #MasyarakatPerluTahu bahawa perkataan rezeki itu tidak terhad kepada harta benda @ material semata.

Sebaliknya, kesihatan yang baik, makanan yang halal, masa yang terisi dengan manfaat, zuriat yang baik, harta yang berkat, semua ini termasuk dalam rezeki.
15- #MasyarakatPerluTahu bahawa BOLEH membaca Al-Quran meski aurat terdedah.

BOLEH baca Al Quran dalam keadaan berbaring.

BOLEH baca Al Quran tanpa menghadap kiblat.

BOLEH baca Al Quran tanpa wuduk sekiranya membacanya tanpa memegang mushaf.
You can follow @fahmirusliMFR.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.