Recently aku berjumpa dengan kawan lama aku, lama tak contact. Kemudian biasala dah borak panjang, dia tanya la aku kerja apa.

-Thread-
Long story short,
Jadi la perbualan hingga ke pelaburan saham. Dia kerja dekat dalam bangunan Bursa, tapi tak ada CDS akaun.

Dia berurusan dengan sifu "Tak hensem tak apa, janji kaya"

Tapi tak pernah terfikir nak melabur
So bila dah cerita panjang, sambil tunjuk portfolio and position aku.

Aku siap share OV Soybean aku, dia jadi minat nak ambil tahu. Lepas tu aku cakap dekat dia.....
Sebab ada satu soalan dia tanya,

"Asal ko rajin sangat buat free ajar orang saham dekat YT channel ni"

So aku cakap dekat dia,
Masa aku mula start saham, tak ada orang guide aku. Ilmu TA setakat tahu candlestick pattern dengan market yang banyak telan duit orang.
Dalam pasaran saham ni,
Kalau 100 orang yang melabur, maybe 20-30 orang sahaja yang berjaya dan betul2 berjaya kembangkan kewangan.
Reason dia?
1) Wujudnya banyak group buy call yang menarik minat orang untuk follow trading idea. Out of 30 (let say) group, maybe 3-5 group yang genuine, yang lain semua jual call sebab nak dump stock.
Aku tak ada la otai sangat dalam market, tapi pengalaman aku ni dah cukup dah untuk observed which group yang dump and which stock genuine.
2) Orang baru dia suka dengan instant gain, jadi apa yang dibuat adalah bila beli, kalau boleh hari yang sama juga nak naik.
Ni nasihat dari seorang otai lama, yang dah 30yrs experience in trading. So aku sampaikan nasihat ni dekat korang.

Kalau betul korang nak kaya, jangan buang masa berjudi dengan duit dan nak test-test market. Beli dan simpan saham kau beli.
Jangan pegang seminggu dua, tapi pegang 2-3 bulan.

Lagi baik pegang setahun dua tahun. Tapi beli saham yang kau percaya dia ada good business.
Lagi satu dia nasihat,

Nak intraday boleh, tapi kau kena pecahkan modal kau. Katakan kau ada RM10,000, then bahagi la dua dan asingkan kedua akaun tersebut.

Kalau tak, nanti kau mesti tak jadi pegang lama stock, mesti nak jual.
Aku ikut advise dia ni,
Aku nampaklah portfolio aku banyak gila compounding. Intraday memang fast gain, tapi kalau 3 stock kau win big. One stock kau loss big.

Settle semua winning profit kau.
Sebab tu aku cakap, orang baru

JANGAN INTRADAY.

Sebab korang baru, dan belum betul2 familiar dengan market. Belajar dulu pegang, biar merasa dulu ride untung rugi dari satu stock before start intraday.
3) Masalah paling besar dalam pelaburan saham ni, adalah masalah psikologi. Kita ada perasaan FOMO.

FOMO ni yang contribute big % dalam portfolio trading seseorang.
Kita takut nak beratur tunggu harga support sebab 'risau tak dapat', dan prefer kejar harga.

What happen? Sangkut la kita dekat higher price. Ini berlaku bukan dekat pelabur baru sahaja, aku sendiri pun sama.
Bertahun dalam dunia pelaburan, aku still make same mistake.

Kenapa jadi macam ni? One of big factor adalah kita tak mengkaji dan decision kita tak rasional.
4) Another thing yang aku belajar pula pasal cutloss, if kau nak beli pegang lama sesuatu stock, buat apa kau nak cutloss?

Member aku pegang stock 2 tahun yang akhirnya bagi dia big gain 200%. Dalam saham if ko decide nak intraday, ur cutloss must be tight.t
Tapi kalau kau decide nak hold for long term or mid term..

Pegang jela, sebab dalam saham selagi kau tak jual, itu belum kira rugi. Hanya kerugian tidak nyata.

If kau jual saham kau, baru la kira realised dan duit deduct dr account saham kau.
Unless ko invest dekat company tah pape, lepas tu bankrap macam Wintoni atau Sumatec tu make sense la duit hangus.

Sebab tu nak beli stock, NTA main peranan.
Net Tangible Asset ni, adalah aset syarikat selepas hutang.

Kalau share price below mean company undervalue, tapi kalau share above NTA, kena tengok faktor lain macam project or what so ever yg mampu drive company above NTA price.
Ok kejap lagi sambung.. Balik hotel jap.. Nanti aku sambung.. ada few points lagi..
Sorry everyone, semalam balik hotel member call ajak lepak. Terus aku lupa Thread ni.

So aku sambung balik la pagi.
Jadi mistake new trader biasanya sebab point-point aku share diatas. And then member aku cakap la,

"Kalau start modal RM3k, sebulan RM20k boleh dapat"
Ni lagi satu masalah besar, always fikir nak untung besar.

Kalau modal below RM10k aim la dulu capital compounding. Fikir cara nak grow sampai jadi RM50k.
Duit akan datang kemudian, yang penting belajar how to consistent.

Zaman aku start saham, mana ada manusia yang buat YT channel ajar pasal saham. Ko kena bayar untuk belajar.
Kelas saham paling murah pun RM1,800 time dulu.

Aku cakap dekat member aku senang je, orang baru kalau blur-blur tak tahu mana nak mula trading dah tak payah pening dah sekarang.
Aku rasa ada kot yang dah kena tembak ads seri***d* buat live trade. Aku dulu every week buat. Since kaki patah aku stop.

Tapi insyaallah new year kita dah start boleh ON balik. Kaki aku pun dah kurang.
YT channel pun nanti aku update semula.

Yuran kepandaian korang tekan butan subscribe dan follow je. Bukan kena bayar pun.
Yang baru mula dengan modal RM3-5k tu, target la by end next year korang dapat capital gain sampao RM30k - RM50k.

Benda possible, cuba try bersabar dan swing la.
Last but not least,
Ni nasihat aku kenapa perlu ceburi bidang pelaburan
Part last
Korang yang nak belajar tu, rajinkan diri baca pinned message.

Aku dah share detail dekat sini. Next week kita ON live trade bursa dkt group aku..
Aku nak tambah satu point paling penting dalam saham or futures. Bila trading kita kena letak KPI realistic untuk target monthly or weekly.

Sbb biasa kita akan terbiasa over trade.
Imagine,
Dalam saham kau dah untung RM600 tapi tak nak jual. Sebab nak untung RM1,000.

Tapi kalau aku bagi CASH RM600, kau tahu amount tu BANYAK.
KPI ni penting untuk elak overtrade, honest say aku pun fail kadang2 bab ni.

Everyday KPI aku RM300 je, tapi dah capai KPI aku xreti nak stop. End up, dari untung jd rugi.
Sebab tu bursa aku decide swing, futures yang aku rempit.

So macam ni kau tak rasa berjudi dengan market. Sebab futures fcpo modal RM3k dah cukup.
Bursa nak intraday, nak best modal kena RM10k minima. Kalau below, bukan tak boleh. Tp kalau profit rasa tak puas.

Walaupun dapat RM100 sehari. Sebab manusia mmg ada perasaan tamak dan itu susah nak hilang.
You can follow @norazambudin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.