Keimanan kita akan teruji dengan pelbagai cara.

Hari ini bangun pagi, tengok di dalam bank ada orang tersalah masukkan duit sampai berbelas ribu ringgit.
😂😂😂

Mujur orangnya saya kenal dan mudah dihubungi.

Kita pulangkan terus tak bertangguh.
Teringat pula satu kejadian di mana saya tercalarkan kereta orang lain di kawasan parkir. Tapi tiada sesiapa melihat. Masa itu pula duit saya tengah sangat sedikit.

Ada bisikan-bisikan menyuruh saya lari sahaja. Kalau kena bayar, saya rugi. Duit sudahlah tengah tak ada.
Saya masih ingat betapa dada saya berdebar hebat ketika itu. Tambah pula, saya tunggu lebih dari sejam, pemilik kereta itu masih tak kembali ke kereta tersebut. Bisikan dalam hati sudah kata: "Kau tunggu dah lama, kira okay lah. Dah jom blah."
Tapi alhamdulillah, saya dibesarkan dengan Islam, dengan iman. Bisikan untuk bertanggungjawab, bersikap amanah, lebih tinggi.
Dahulu, warden asrama saya, Ustaz Mahadzir, bila nampak kami betulkan rambut guna cermin kereta orang lain yang di parkir di halaman sekolah pun dia tanya "Dah minta izin ke belum tu?"

Didikan itu memang membekas di dalam diri saya. Sering saya teringat-ingat ketegasan Ustaz.
Jadi saya turun dari kereta, dan bergerak ke kereta yang saya tercalarkan itu, tinggalkan nota tercatat nombor telefon saya. Minta pemilik kereta hubungi agar saya dapat bertanggungjawab.

Malam itu, saya dihubungi pemilik kereta tersebut. Seorang wanita, ibu tunggal.
Dia mengucapkan berbanyak terima kasih atas sikap amanah saya, sebab dia kata kalau tak dia tak tahu bagaimana dia nak baiki kereta tersebut.

Hati saya tersentuh, dan cakap pada diri sendiri: "Alangkah celakanya aku kalau aku lari tadi. Aku akan menzalimi seorang ibu tunggal."
Mujurlah keimanan bersuara. Saya minta dia bawa kereta ke bengkel, dan saya tanggung kosnya. Walaupun benar, selepas itu agak susah sedikit kerana wang saya semakin susut ke tahap kritikal, Allah izin tak lama kemudian rezeki mencurah-curah datang berderu.
Situasi pagi ini mengingatkan saya akan peristiwa tersebut. Kali ini tanpa bertangguh, saya terus pulangkan duitnya.

Semoga Allah merahmati Ummi Abah, Guru-Guru, yang telah membesarkan saya dengan didikan kejujuran, amanah, integriti, melalui ajaran Islam dan keimanan.
Rugi? Tak.

"Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat. Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal." Surah Asy-Syura ayat 45.
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera." Surah Asy-Syu'araa ayat 88-89.

Kesejahteraan hati itu amat mahal harganya.
Moga kita semua berusaha dan direzekikan untuk memperolehinya.
Amiin.
You can follow @HilalAsyraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.