1. Logikkah 'Big Pharma' ingin bunuh manusia?
2. Adakah antibiotik boleh bunuh virus?
3. Benarkah vaksin punca kerintangan antibiotik?

P.s:
Ya Allah.
Nabi SAW bersabda:
لكل داء دواء فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل

Apa erti hadis ini? Kita ulas di hujung bebenang.
1. Syarikat biofarmaseutikal ialah syarikat yang hasilkan ubat-ubatan untuk penyakit/masalah kesihatan/keperluan biologi yang dihadapi manusia.

Antara syarikat farmaseutikal terkenal ialah:
-Pfizer
-Moderna
-GlaxoSmithKline

Mereka hasilkan ubatan dan jual kepada manusia.
Jika manusia mati, bilangan orang yang akan beli produk mereka akan berkurangan.
Perniagaan mereka akan terjejas.

Untuk apa 'Big Pharma' mahu bunuh manusia beramai-ramai sedangkan perbuatan itu akan menjejaskan perniagaan mereka?

Ini satu perkara yang tak logik.
2. Adakah antibiotik boleh bunuh virus?
Jawapan pendek: TAK.
Antibiotik tak pernah dihasilkan dengan tujuan bunuh virus.

Antibiotik cuma berkesan terhadap bakteria.
Antibiotik tak berkesan langsung terhadap virus.

Kenapa begitu?
Ayuh kita lihat mekanisma antibiotik.
Secara amnya, antibiotik ada 2 jenis:

a. Antibiotik yang membunuh bakteria (bactericidal)
b. Antibiotik yang menghalang/menghentikan pembiakan bakteria (bacteriostatic)

Antibiotik juga dihasilkan dengan tujuan membunuh bakteria tanpa membunuh sel manusia (selective toxicity).
Bagaimanakah antibiotik bertindak?
Ada beberapa mekanisma.

Antaranya:
i. Halang sintesis dinding sel bakteria.
Antibiotik seperti penisilin dan cefalexin menghalang pembentukan dinding sel bakteria dan membunuhnya.

VIRUS TIADA DINDING SEL. Antibiotik jenis ini TAK BUNUH VIRUS.
ii. Merosakkan struktur membran sel/membran plasma bakteria.
Terdapat antibiotik seperti polymyxin yang merosakkan struktur membran sel bakteria.

Namun, virus TIADA membran sel.
Antibiotik seperti ini TAK BERKESAN terhadap virus kerana virus TIADA membran sel.
iii. Halang sintesis asid folik.
Asid folik ialah bahan penting untuk pertumbuhan dan pembiakan bakteria.
Namun, bakteria terpaksa hasilkan asid folik kerana molekul asid folik tak dapat melepasi dinding sel bakteria.

Antibiotik seperti bactrim halang sintesis asid folik.
Virus dan sel manusia TAK HASILKAN asid folik, maka antibiotik seperti ini tak akan beri kesan terhadap virus dan sel manusia.

Maka, jika antibiotik seperti ini diambil untuk jangkitan virus - ia merupakan kerja yang sia-sia.
Partikel virus tak akan terjejas langsung.
iv. Halang sintesis protein bakteria
Terdapat antibiotik yang bertindak dengan halang sintesis protein untuk replikasi bakteria seperti linezoid.

Ia tak berkesan terhadap sel manusia dan terhadap virus.
Virus tak bereplikasi secara kendiri seperti bakteria.
v. Menghalang sintesis DNA/RNA bakteria
Terdapat antibiotik yang ganggu dan halang sintesis DNA dan RNA bakteria seperti rifamycin (RNA) dan ciprofloxacin (DNA).

Namun, virus tak terjejas dengan antibiotik seperti ini.
Persoalannya, kenapa?
Jawapan: Virus tak membiak dengan sendiri.
Sebaliknya, ia mencari sel target untuk menyuntik bahan genetiknya, seterusnya gunakan sel yang dijangkiti untuk hasilkan lebih banyak partikel virus.

Virus yang jangkiti manusia akan gunakan sel manusia untuk tujuan replikasi.
Virus gunakan molekul sel manusia untuk tujuan replikasi.

Antibiotik pula dihasilkan dengan meminimakan kesan terhadap sel manusia (selective toxicity).
Sel manusia yang dijangkiti virus takkan dibunuh antibiotik.

Partikel virus juga tak akan terjejas dengan antibiotik.
3. Adakah vaksin punca kerintangan antibiotik?

TAK. Antibiotik bertujuan membunuh bakteria.

Vaksin bertujuan memperkenalkan antigen supaya sistem imun tubuh bersedia melawan patogen/kuman (baik virus/bakteria) tertentu.

Lihat: https://twitter.com/ahnewyear19/status/1327968998617583616
Vaksin bukan punca kerintangan antibiotik.
Punca kerintangan antibiotik ialah salahguna penggunaan antibiotik.

Contoh: Guna antibiotik untuk penyakit yang disebabkan virus.
Nabi SAW bersabda:
لكل داء دواء فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل

Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah
(HR Muslim)

Apa kata Imam Nawawi?
Ia merupakan galakan untuk berubat kerana ia sunnah.
Malah, Nabi SAW suruh kita ambil ubat yang betul mengikut penyakit yang dihadapi.
Ini sunnah Baginda SAW.

Jangan ambil antibiotik untuk rawat penyakit yang disebabkan virus.
Sebaliknya, dapatkan nasihat dan rawatan dari ahli perubatan yang mengetahui penyakit yang dihadapi.
Allah SWT berfirman:
فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikr(ilmu) jika kalian tak tahu.

Bukan memandai buat spekulasi tentang perubatan.
Ini bercanggah dengan Sunnah Nabi SAW.
Ruj:
1. Minhaj syarah Sahih Muslim
2. Pharma 2020: Challenging business models
Which path will you take? (PWC, 2020)
3. Biopharma business models could look much different by 2040 (Deloitte, 2020)
4. Biotechs investments disrupt Big Pharma business model (BNP Paribas, 2019)
You can follow @ahnewyear19.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.