perbezaan antara ‘IALAH’ dan ‘ADALAH’

— thread
Ialah

1. Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama.

2. Ia digunakan apabila ayat itu menunjukkan definisi.
3. Ia menghubungkan subjek dan predikat yang mempunyai makna yang sama, oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat.

4. Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan di hadapan kata komplemen 'bahawa'.
5. Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan di hadapan kata hubung 'yang' yang berfungsi sebagai frasa nama.

6. Kata pemeri 'ialah' juga boleh digunakan di hadapan frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.
Adalah

1.  Kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2. Ia menghubungkan subjek ayat dan predikat ayat dengan memberi huraian lanjut berkenaan subjek yang disebut sebelum itu.
3. Kata pemeri 'adalah' menunjukkan penerangan.

4. Kata pemeri 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
Nota:

Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' tidak boleh digunakan bersama kata nafi, kecuali dalam bentuk 'adalah + kata nafi 'tidak' + frasa adjektif.'
Penggunaan kata pemeri amat terhad dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat. Malah dalam sesetengah ayat ia dapat digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat itu.
You can follow @iscreamjelly.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.