Apa itu "Anxiety Disorder"?

(Thread)
Wht is anxiety?

➡️The distinction between an anxiety disorder and just having normal anxiety is whether your emotions is causing a lot of of suffering and dysfunction," Sally Winston, PsyD, co-director of the Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland in Towson.
Tanda ii ANXIETY DISORDER

#1 Gangguan tidur

Apabila anda menghadapi sesuatu masalah, anda akan rasa tidak tenang dan susah untuk memejamkan mata kerana anda selalu terbayangkan masalah tersebut setiap masa. Selagi tak selesaikan selagi itu anda sentiasa berasa risau dan cemas.
#2 PERASAAN TAKUT TANPA SEBAB

Selalunya kita kalau rasa takut mesti bersebabkan? Takut dengan ular sebab kemungkinan ular itu berbisa. Tetapi, bagi anda yang tiada sebab langsung untuk rasa takut ini sangat membimbangkan. Tetiba anda rasa takut dengan hujan, ketinggian.
#3 KEKEJANGAN OTOT

Ramai orang berasa panik tanpa mereka sedar. Oleh sebab itu, ramai yang mengalami kekejangan otot tanpa sebab yang jelas. Hal ini terjadi kerana perasaan cemas yang anda rasa ketika itu kerana anda tidak dapat tenangkan diri seketika.
#4 GANGGUAN PENCERNAAN

Jika terlalu berasa cemas, ia juga dapat menganggu proses pencernaan anda seperti mengalami 'diarrhea', 'cramp' atau gas yang berlebihan. Ia menyebabkan perut anda berasa sangat tidak selesa dan boleh menjejaskan aktiviti harian anda
#5 DEMAM GEMENTAR

Normal bagi anda untuk berasa gementar sebelum bercakap di hadapan orang ramai tetapi selepas bercakap, automatik perasaan itu akan hilang. Bagi golongan tersebut, mereka sering berasa gementar dan menyebabkan mereka berpeluh banyak di samping kaki dan tangan.
#6 RENDAH DIRI
Golongan ini juga sering berasa malu jika masuk ke dalam lingkungan yang baru. Perasaan malu ini membuatkan mereka ingin berjauh diri untuk berbual dengan orang di sekelilingnya. Selain itu, ia juga membuatkan seseorang itu tidak suka berada dalam tempat yang sesak
#7 PANIK
Rasa panik yang berlebihan amat berbahaya bagi golongan ini. Hal ini disebabkan oleh perasaan cemas itu sendiri yang akan menyebabkan anda mengalami rasa sesak nafas, jantung yang berdegup kencang, berpeluh yang banyak atau kepanasan. namun, tidak semua orangmengalaminya
#8 TRAUMA
mengikut kajian pada tahun 2006 yang terdapat dalam 'Journal of Anxiety Disorder', ia menunjukkan bahawa orang yang mengalami PTSD ini kebiasaannya juga akan diikuti oleh anxiety disorder juga. Hal ini kerana perasaan cemas yang berlebihan disebabkan trauma .
#9 KESEMPURNAAN
Sebenarnya golongan 'perfectionst' biasanya disebut sebagai "obsessive compulssive disorder" (OCD). Orang yang mengalami ini biasanya akan berasa sangat risau dan cemas jika berasa belum sempurna kerjanya dan dia akan Kerap ulangi kerjanya
#10 OVERTHINKING

Adakah anda selalu meragu akan diri sendiri tentang sesuatu dan menjadi panik disebabkannya? Winston menjelaskan bahawa orang yang mengalami 'anxiety disorder' ini akan sering meragukan dirinya seperti menyoalkan persoalan "Am i good enough?"
Jika anda tidak mampu mengawal kebimbangan anda akan sesuatu hal, hati-hatilah agar anda bukan tergolong dalam "anxiety disorder" ini.anda boleh merujuk kepada pakar psikiatri jika anda tidak pasti sama anda and mengalaminya ataupun tidak.Ini bukanbermaksud anda seorang yang gila
Tidak semua orang yang berjumpa dengan pakar ini disebabkan itu. Bukalah minda anda. Kalau anda boleh mengawal perasaan cemas, tahniah untuk anda. Bagi yang belum, berusahalah agar ia tidak menjadi semakin serius sampaikan mengganggu kehidupan harian anda.
Yang ni ringkasan je yng aku ksi ni
If nk share anything slide to my dm
You can follow @Adxm_harry.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.