Kita selalu dengar ahli politik yang membeli sijil palsu, pernah dengar tak anugerah palsu?

Thread ini adalah senarai institusi di Malaysia yang pernah menerima "anugerah" antarabangsa yang disyaki palsu.
Organized Crime and Corruption Reporting Project (OCCRP) pernah membongkarkan pertubuhan yang menjual "anugerah". Antaranya ialah European Society for Quality Research (ESQR) dan Business Initiative Directions (BID) yang selalu memberi "anugerah" kepada institusi di Malaysia.
Ingat Mini Stadium Ffira Mikah yang viral baru-baru ini?

Hakim Ariff tu pernah mewakili Majlis Bandaraya Alor Setar ke London untuk menerima "anugerah" ESQR pada tahun 2017.

Adakah Majlis Bandaraya Alor Setar membayar ESQR untuk membeli "anugerah" ini?
Prasarana Malaysia Bhd, sebuah GLC di bawah @MOFmalaysia juga menerima "anugerah" oleh ESQR pada 2016 di Berlin, Jerman.

Prasarana menerima"anugerah" ESQR sekali lagi pada 2017 di Vienna, Austria.
Pada tahun 2016, FELDA juga mendapat "anugerah" yang diberi oleh ESQR. Pengerusi FELDA ketika itu, Isa Samad juga hadir ke majlis penyampaian anugerah di Berlin, Jerman.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), sebuah GLC di bawah Khazanah Nasional juga menang "anugerah" oleh ESQR pada tahun 2016. Malaysia ni hebat kan?

Selain 2016, MAHB juga pernah menang "anugerah" ESQR pada 2015 dan 2019.
Pada 2015, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) menerima "anugerah" yang diberi oleh ESQR.

Yang turut hadir ke majlis penyampaian anugerah di London termasuk menteri Shafie Apdal dan isteri, Pengerusi KPTM Azis Jamman, Ketua Pengarah MARA Ibrahim Ahmad dan CEO KPTM Azali Mohamed.
Pada 2013 dan 2014, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menang "anugerah" yang diberi oleh ESQR sebanyak 2 kali.

Yang peliknya, kedua-dua sijil ada tandatangan tapi tak ada nama.
Pada 2018, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menerima "anugerah" oleh ESQR di Brussels, Belgium.

Penyampai "anugerah" yang sama tiap-tiap tahun.
Selain institusi awam, syarikat seperti Advance Pact Sdn Bhd juga mendapat "anugerah" ESQR pada tahun 2015.

Menurut website Advance Pact, syarikat tersebut memberi perkhidmatan biomedical engineering di 22 hospital kerajaan dan perkhidmatan pengurusan fasiliti di UIA.
Yang paling awal mendapat "anugerah" oleh ESQR ialah
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada tahun 2012 di Brussels, Belgium.
Satu lagi organisasi yang bernama Business Initiative Directions (BID) juga dibongkarkan menjual "anugerah antarabangsa".

BID pernah memberi "anugerah" kepada Universiti Malaysia Sarawak pada 2013.
UNITEN pula mendapat CQE Century International Quality ERA Award pada 2011, manakala University Lim Kok Wing mendapat International BID Quality Award in Frankfurt pada 2008.

Kedua-dua "anugerah" diberi oleh BID.
Pada 2013, Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga menerima "anugerah" yang diberi oleh BID.
Veteran TLDM ni paling hebat. Dia pernah mendapat "anugerah" ESQR dua kali dan "anugerah" BID.
USIM dan UniMAP pun beli anugerah palsu daripada Europe Business Assembly juga?
You can follow @azmirliberty.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.