Aku memang bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga yang memang didik semua lelaki untuk menghormati & melindungi wanita. "Hormat wanita" adalah pesan yang selalu diulang oleh arwah nenek, makcik2, ibu aku sendiri. Tiada jantina dalam hal tanggungjawab rumah: semua dikongsi. https://twitter.com/mulwaree/status/1338053734585122818
Rumah bersepah? Sama2 kemaskan. Lapar? Sama2 masak. Nak jadi peguam? Doktor? Pelakon? Belajar tinggi2 dan kejar mimpi kau: sama ada kau lelaki atau perempuan.
Dan aku seinci pun tak rasa ini adalah feminism (yang bagi aku terlalu diover simplified oleh orang). Ini adalah basic rules kot, common sense. Semua manusia dilahirkan untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi: bukannya ditentukan oleh jantina
Dan disebabkan didikan dari kecil itu, aku memang despise gila lelaki dayus yang fikir dia raja: semua nak berhidang, semua nak dilayan, hanya semata sebab kau ketua keluarga? You want something, work for it. Kalau tak mampu, minta bantuan. Bukannya duduk je dan nganga mulut
Dan aku memang benci dengan lawak2 sexual innuendo dengan alasan, alah gurau je. Bayangkan kalau ibu, kakak, adik kau yang sedang dilondehkan maruah dengan lawak2 lucah , kau masih nak kata "Alaa melawak je"
Engkau lelaki atau wanita, bukan itu persoalannya. Kita sama-sama manusia, dan semua manusia berhak dihormati secara asasnya. Kalau kau nak lebih, work for it. Orang akan pandang merit kau, bukannya jantina kau
Aku membesar dengan melihat wanita2 dalam hidup aku berjaya dengan usaha sendiri. Dan ada lelaki dalam keluarga aku yang tak berusaha, dia hadaplah kegagalan sendiri. Merit, people. Merit. You want something, you work for it.
Aku taktaulah kalau memang notion ar-rijal qowwamun ala nisa itu benar-benar bermaksud lelaki ketua kepada wanita, hence tarafnya lebih tinggi. Aku memang berat hati nak menerima notion itu. Adakah aku kurang beragama kerana menolak?
Dan ini bukan masalah keluarga Melayu sahaja ya. Aku ada kenalan Cina, India bahkan nun di Korea, Amerika pun ada isu melebihkan lelaki ke atas wanita ini. Dan ini salah faham yang kita perlu sama-sama betulkan.
Dan kalau korang malas baca panjang2 (ni pun 1 masalah juga), boleh tonton Kdrama Because This Is My First Life. Apa yang aku pegang & syarahkan, exactly diceritakan dalam ni. Walaupun mungkin berbeza dari hal agama, budaya dll, sekurangnya ada common value yang dikongsi.
You can follow @WehNakBacaApaNi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.