Adakah trading / invest untuk semua orang ? Atau bahasa mudah orang orang lama, main saham. So is it for everyone ?
Ok first jom kenal instrument yang popular dalam Malaysia yang orang trade / “main”. Kita ada saham, forex & commodity. Sebelum aku cerita lebih pasal benda ni.. lets stop calling it main, because this thing is serious stuffs. Kalau kau rasa nak “main” nescaya kau bakal tercyduk
Oh and 1 more, kita ada instrument baru yang semakin popular iaitu crypto currency. Tapi aku taknak cerita banyak pasal crypto. Aku nak cerita general dari segi trading. Adakah ia sesuai untuk semua orang? Ok ready
Dalam Malaysia, yang paling popular Org trade ialah 2 jenis market iaitu saham & forex. 2-2 kalau dah nama nya trading. Matlamat nya sama, nak buat duit dalam masa yang singkat. Sebab tu trading n bukan Investing. Macamana nak untung ? Beli rendah jual tinggi.
Sebab aku lebih familiar dengan saham dan tak berapa pandai kat forex, aku punya thread ni akan lebih focus pada saham lah. Idk bout u guys, But my Fb is full of trading / Investment ads that is Overpromising on the amount of money u can Make in trading
Persolannya memang Betul senang ke buat duit ? Aku pegang 1 quote ni.. trading is the hardest way to Make the easiest money. Haa macamana ? Dah hardest tiba easiest plak. Lemme tell u guys why ..
Kalau korg biasa dgn iklan tak hensem takpe, sampai bila nak hadap jam, saham is cool, kokom pun skang cerita saham.. Yg aku slalu nampak ialah kita dimomokkan dengan begitu mudah buat duit. Hanya dengan smartphone pun boleh. Tak salah pun statement tu, cuma x cukup tepat..
Of course, iklan ni satu je ayat dia. Ilmu. Kita dimomokkan lg dengan ada ilmu pasti boleh berjaya dalam trading. Jap aku bukan nak hentam ddnk or aaa. Tak dinafikan dia orang memang orang yang layak mengajar sebab qualification mereka pun power. Cuma, cuba kita fikirkan sejenak
Berapa ramai orang yang habis beribu ringgit, ada yang puluh ribu habis semata mata cari ilmu. Tapi kenapa tak ramai yang Betul2 successful. Kenapa masih banyak tak boleh achieve consistency ?
Short term success is very Easy in trading. Contoh, kita mungkin rasa happy bila kita untung dalam masa singkat. Tapi the real deal here is to maintain the success rate. Thats the hardest part. Ilmu penuh di dada dah.. tapi hakikatnya masih seorang trader rugi.. kenapa ?
Personally for me, its all about mindset dan satu sifat yang wajib ada pada setiap orang yang bercita cita nak bergelar seorang trader .. sifat SABAR. Senang sebut , senang ingat, tapi nak buat tu bukan semua orang mampu.
Kenapa SABAR? Ok nampak nya panjang lg thread aku ni.. kalau korg rajin baca lah sampai habis. 😂 aku nak cerita based on my experience . My ups n down in throughout my entire journey in trading.
Baik, first rule to be a trader. Kau kena sabar nak jadi kaya. Benda ni boleh buat kita kaya raya aku tak nafikan. Tapi sabar, for the first 1 year, kau set goal untuk trading ni every month kau nak lepas conmitment kau. Mungkin bayar Loans yang ada.Tapi semua bergantung kt modal
Tentukan a realistic goal based on ur trading Capital. Boleh tak trade dengan modal bawah RM 1000. Ini pandangan aku yang totally tak sama dgn modal RM 10 je. Atau iklan iklan Yg kata bukan pasal modal tapi pasal ilmu. Yg kata tu semua dorg nak duit kau je. 😘
For me, the lowest Capital u need to start is RM2000-3000. Then u can start swing trade and bukan invest. Again aku bercakap bukan dari perspektif Investment tapi dari segi trading. Ok before i continue on Capital. Aku selit jap kenapa trading dan bukan invest !
Invest means kau kena pegang at least 3 bulan dan seelok nya Utk long term for 1-2 years. But i cant do that. Aku trade because i got bills to pay every month. Trading plak, nak beli harini... esok/ lusa/ next week/ next month jual. Kalau boleh harini nak jual 😂
So balik pada sabar Utk tahun pertama. Kalau kau invest, and kau rasa kau nak cari duit lebih dari kerja hakiki kau macamana nak dapat nya kalau kita invest ? Sebab invest kau kena pegang Utk tempoh yang lama. Sbb tu aku cakap sabar dulu Utk kaya sebab...
Pada aku, trading ni lah yang aku guna untuk bayar loan2, dan segala commitment yang ada. Nak nak lg kalau kau ada kerja hakiki. I assume most of my Twitter Friends are 80s 90s. Maknanya umur korang dalam 30s -40s.. kebanyakannya mungkin pangkat kerja paling tinggi manager
Let say aku ambil contoh diri sendiri.. kerja sebagai seorang exec di kl. Standard gaji exect RM 2500-4000. Ada Loan kete & nak bayar rumah. Wife tak bekerja dan jaga anak di rumah. Duduk kl, mana mau nya RM 4000 nak senang senang yop.. masuk 15hb acc pun da kering
So.. balik semula pada goal kita Utk tahun pertama kita dalam dunia trading. Dulu aku ingat. Aku cakap aku nak cari sebulan 1000-2000 dari trading so aku bole la bayar rumah & kereta. So duit gaji aku ada la balance lebih sampai hujung bulan kan. (Ada lebih buat modal ler boh)
And yes, memang boleh dapat sebulan dari trading untuk bayar commitment aku. Se ingat aku modal aku masa tu dalam RM 7000. Yes bukan 2500. Gradually kau pandai2 la tambah sendiri kan.. Sebab modal ni sgt subjective. Duit korg bukan duit aku 😬
what im saying is ..niat kau nak kaya tu simpan dulu kalau masih baru dalam trading.Focus Utk kenal market,focus Utk polish ur skills, focus on how to grow ur Capital and focus on easing ur monthly commitment. Kalau modal ada RM 2.5K, target la RM 300-500 sebulan. Itu lah sabar
Ok tu cerita first year in trading. Kalau korg excited & interested nak tau, try la reply something so aku tau korg minat nak baca lg.. btw, ada pula member PM abam.. bro cuba habis kan thread ni secepat mungkin. Nak kena ambil feel ..
Alright abam nak cite apa patut korang expect bila dah cukup setahun bergaduh dengan market. On the 2nd year. Kau mula rasa kau dah terer sket. Mungkin tak perlu setahun korang dah mula rasa sehari 1000-2000.. bukan lg sebulan 1k-2k.. modal dah makin besar.. tapi di tengah jalan
Kau tercyduk lagi.. ye sebab aku dianjirkan lagi dengan market .. kenapa? Because i start to think im invincible , aku kebal dan kalis rugi dari market. 😬😬 sifat sabar dah mula pudar. Dulu nak sebulan bayar duit kete n rumah je. Pastu lupa .. kenapa lupa? Macmana boleh lupa?
Sebab aku dah mula “terbiasa” dengan kadang kadang seminggu 1k-2k. Kadang kadang sehari 1-2k.. notice My Word,, kadang kadang.. aku rasa puas rasa happy bila untung macamtu.. pastu aku lupa.. lupa dan lupa.. rupanya aku berjudi dgn market !
Sabar dah takde lagi.. cari ilmu lagi. Pergi lagi kelas, spent lagi duit terperdaya dengan kelas a’ilmu.. aku ingat, aku loss semua modal aku in my 2nd year. Sebab trade dah mula ikut perasaan. Dan benda tu jadi dalam masa beberapa minggu je.
ini cerita benar. Sebab kan aku terlampau obsess dengan benda ni. Seriously, aku belajar pasal trading tiap tiap malam sampai pukul 2-3 pagi. And my wife pinjam kan aku 10k to start all Over again. Duit asb dia beb. Pengorbanan seorang isteri oo.. Tq Allah for the greatest gift
sorry terover pulak..I remember it hard, from then aku cuba sehabis baik jaga modal aku. I got the knowledge & the skills. all I need was to control my emotion. dan yang penting sentiasa pegang pada sifat sabar dalam trade. I decided to take it slow. balik pada sbulan 1k-2k.
tapi dalam 2nd year juga, aku achieve sebulan sama gaji aku sebagai seorang exec, aku maintain benda macamtu. cuma kadang2 pasti tercyduk juga. takde nya hari hari kau untung. but if u win, u make sure u win big!
aku baca buku alexander elder, trading for a living. awal2 buku tu dia buat comparison trader n alcoholic. kalau korag rasa addicted dgn market, baca lah buku tu. try relate dgn diri sendiri, sama tak?

aku mmg sgt addicted , so apa aku buat ialah aku mengaku, aku mmg tak sabar!
this is my advice to all my friends yang cuba mencari kebebasan kewangan melalui cita cita menjadi seorang trader. once aku mengaku, aku sebenarnya berjudi je dalam market.. aku trade tah pape. untung kebanyakannya untung nasib. bukan well plan trade.
once i admit my addict & gambling issues. Then only i manage to achieve consistency. aku boleh cakap dgn diri sendiri, ini nafsu nak tekan buy button. ini fomo. ini trade gamble. all I had to do is to say.. yes im addicted & am a gambler in the market. STOP THAT DENIAL!
aku tak tau macamana nak cakap, tapi ini semua boleh overcome dengan sifat sabar. tapi dengan hanya sebut sabar, tak mudah guys. kena practise, kena kenal mana weakness korang. ingat, trading bukan pasal ilmu semata mata. kalau kerana ilmu, dah ramai jotawan kan... lek ada lg ..
Nak tau apa korang akan start dapat bila masuk tahun ke 3 kalau kau masih bertahan dalam market dan tak lenyap selama lamanya?
if u able to stay in the market for at least 3 years. after 3 years, kau akan start rasa kau dah mula sebati dengan market. macam kau dah menjiwai bursa tu. kau dah kenal perangai hampir setiap kaunter. aku suka cakap, nak kenal market, macam org perempuan kenal muka diorang..
org perempuan, kalau muka dia tiba tiba ada darkspot mmg dia perasan..kita lelaki mungkin tak hairan kot kalau setakat darkspot. ok ini bukan iklan kosmetik alep syukri .. ini alep sulaiman. ok jom sambung menjiwai market
tahun ke 3 ni lah yang betul betul aku boleh start call my self as a consistent profitable trader. menjiwai market ini takde orang boleh ajar kau. warren buffet pun tak boleh ajar kau.. hanya diri sendiri je boleh ajar. THAT MY FRIEND, IS THE MOST EXPENSIVE TEACHER, EXPERIENCE.
Dalam tahun ke 3 ni lah, satu benda yang paling berharga yang akan develop pada seorang trader. its called, INSTINCT.

teknik terpadu pada aku untuk seorang trader. u dont rely on technical analysis so much anymore. tapi tahu tak instinct ni buat apa ?
instinct ni yang bgtau korang, price is too high, u need to sell / avoid. this is time to buy, time to cut loss, yada yada yada.. tak ada siapa boleh ajar kau, hanya mr market yang dah cekau duit kau orang beribu mungkin beratus ribu untuk bagi kau satu gift "instinct" pada kau
pada aku, hanya kawan kawan yang start sama dengan aku dan bertahan sehingga tahun ke 3 dalam market lah yang masih wujud dalam market hingga ke harini. tips for u guys, kalau dah jumpa satu teknik & guru yang boleh buat korang profit, stop learning other technique. maintain je
so im going to ask u, do u think trading is for everyone? mampu tak nak tengok modal yang kita ada lenyap macamtu tanpa kita boleh sentuh dan ucap selamat tinggal. boleh ada sifat sabar level tertinggi?
orangncakap,tepuk dada tanya selera.nak atau tidak, sanggup atau tidak. of course, ilmu tu penting, tapi ingat lah, yuran terbaik adalah dari pengalaman.duduk depan pc, hanya jari jemari yang bergerak menekan mouse, mudah sangat buat duit. yet, it is the hardest!

aliffsulaiman
You can follow @aliffsulaiman6.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.