REVIU: MENCABAR TEORI KONSPIRASI

Buku ini merupakan gugusan hujah yang sesuai diberikan kepada pendukung teori konspirasi. Bukan semua teori konspirasi itu tidak boleh dipercayai, ada saja konspirasi yang boleh dipercayai. Penulis memberi panduan untuk menyemak maklumat mengikut
disiplin ilmu yang melalui proses terperinci. Yang menyedihkan ada segelintir umat islam yang taksub dengan teori yahudi-freemason-rothschild sehingga meletakkan kuasa dunia kepada puak-puak barat seperti kita tidak boleh buat apa dah. Sikap begini yang perlu ditolak kerana kita
perlu menguasai sistem. Kita, umat Islam kena la mahir dulu baru boleh lawan, bukannya secara ekstrim menolak terus pendidikan yang mengikut sistem barat kononnya.
Apa yang saya dapat tahu dari buku ini:

1. Mata pada segi tiga lambang Freemason itu bukanlah mata dajjal tapi mata ilahi.

2. Perang Dunia 1&2 berlaku bukanlah kerana ingin menguasai dunia tapi atas faktor geopolitik masing2. Tak masuk akal jika Amerika mengawal segala-galanya.
3. Idea-idea dari buku The New World Order oleh Pat Robertson disebarkan oleh peminat teori konspirasi. Kebanyakan teori dicedok dari situ. Kalau nak tahu, Pat Robertson ini merupakan seorang mubaligh Kristian yang fanatik, yang suka memberi komen negatif terhadap Islam. Inikah
orang yang boleh dijadikan rujukan?

4. Teori konspirasi dimomok dengan kehebatan Amerika Syarikat yang mampu untuk menawan dunia. Kalau ikut logik, dengan Covid 19 pun haru-biru malah kita yang negara membangun pun lagi bagus melawan Covid. Ingatlah Allah maha kuasa.
5. Freemason secara sejarahnya tidak la hebat sangat macam digembar-gemburkan oleh pendukung teori konspirasi. Tiada kaitan pun dengan Yahudi malah gerakan ini menganggap yahudi ialah golongan bawahan yang tidak layak menyertai Freemason.
Tunku Abdul Rahman juga seorang ahli Freemason tapi bukanlah beliau menyokong 100% pergerakan tersebut, cuma ingin menjalinkan persahabatan. Tidak bermakna Freemason itu tidak bahaya namun fakta yang pendukung teori konspirasi ini sebarkan telah ditokok tambah.
Bahaya pemikiran yang sudah ekstrim dengan konspirasi ni sebab dia tolak vaksin (kesian anak), menganggap doktor sebagai ahli Freemason (lebih percaya penjual produk yang ada kepentingan peribadi).

Saya sangat sarankan buku ini kepada para pembaca kerana perbincangan besar
dibicara dengan santai. Bacaan yang menguntungkan!! Saya bagi 5/5
You can follow @escapedsoulll.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.