๐—ฅ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜-๐—ฟ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—น ๐—ฎ๐—พ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต.

[Ini adalah bebenang]
Berikut adalah contoh-contoh riwayat yang dinisbahkan kepada kepada Saidina Ali, Ahl Bayt dan Imam-Imam Mazhab secara dusta.
1. Saidina Ali berkata:

โ€œSesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat,maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempatโ€.

(Al-Farq Bain al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdadi, m/s 287)

Jawapan: Tiada sanad yang dikemukakan oleh Abu Mansur al-Baghdadi
2. Saidina Ali berkata:

โ€œSesungguhnya Allah mencipta Arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya.โ€

(Al-Farq Bain al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdadi, m/s 287)

Jawapan: Tiada sanad yang dikemukakan oleh Abu Mansur al-Baghdadi
3. Saidina Ali berkata:

โ€œBarangsiapa yang menyangka bahawa Tuhan kami mempunyai saiz/ukuran, maka sesungguhnya dia jahil tentang Tuhan [al-Khaliq] yang disembahโ€.

(Hilyah al-Awliyaa, Abu Nu'aym al-Isbahaani, 1/72)
Jawapan:

Abu Nu'aym sendiri melemahkan athar ini, ditambah pula tentang wujudnya perawi-perawi lemah dalam sanad athar ini.
4. Ali bin Husain bin Ali berkata:

โ€œEngkau (Ya Allah), Yang berhak Disembah, yang tidak diliputi tempat.โ€

(Ithaaf al-Saadah al-Muttaqeen, al-Zabeedi, 4/380)

Jawapan: Sanadnya penuh dengan perawi-perawi Syiah, dan ianya ada di dalam kitab mereka al-Sahifah al-Sajjaadiyyah.
5. Ali bin Husain bin Ali berkata:

โ€œEngkau (Ya Allah), Yang berhak Disembah, Dzat yang tidak dibatasi sehingga Engkau menjadi terbatasโ€.

(Ithaaf al-Saadah al-Muttaqeen, al-Zabeedi, 4/380)
Jawapan: Sanadnya penuh dengan perawi-perawi Syiah, dan ianya ada di dalam kitab mereka al-Sahifah al-Sajjaadiyyah.
6. Ja'far al-Sadiq berkata:

โ€œBarangsiapa yang mendakwa bahawa Allah berada pada sesuatu ,atau daripada sesuatu atau berada di atas sesuatu, maka sesungguhnya dia telah syirik .
"Jika DIA (Allah) berada pada sesuatu maka dia terbatas ,jika dia berada di atas sesuatu, maka dia dikandung ,jika Dia daripada sesuatu maka Dia adalah makhluk.โ€

(Al-Risaalah al-Qushayriyyah, Abu al-Qasim al-Qushayri, m/s 35)
Jawapan:

Tiada sanad yang dikemukakan oleh Abu al-Qasim al-Qushayri.
7. Abu Hanifah berkata:

"Dan pertemuan Allah ta'aala dengan penghuni syurga tanpa kayf (bagaimana), tanpa tasybiih, dan tanpa jihah (arah) merupakan kebenaran."

(Al-Jawharah al-Munifah Sharh Kitab al-Wasiyyah, di dalam Sharh al-Fiqh al-Akbar, Abu Mansur al-Maturidi, m/s 89)
Jawapan:

Sanad bagi kata-kata Abu Hanifah yang dinukilkan ini penuh dengan perawi Majhul (tidak dikenali). Mari kita lihat perawi-perawinya:
Daripada Abu Tahir Muhammad bin al-Mahdi al-Husaini, daripada Ishaq bin Mansur al-Misyaari, daripada Ahmed bin Ali al-Sulaymani, daripada Hatim bin Aqeel al-Jawhari, daripada Abdillah bin Sammaaโ€™ah al-Tameemi, daripada Abu Yusuf, daripada Abu Hanifah.
Keempat nama pertama dalam sanad ini tidak pernah disebut dalam Tabaqat-Tabaqat Hanafiyyah, apatah lagi kitab-kitab Rijaal al-Hadith.
8. Abu Hanifah berkata:

โ€œDan kami (ulama Islam ) mengakui bahawa Allah taโ€™ala ber istiwa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak berada/menetap di atas Arasy,
"Dialah yg menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain, sudah pasti Dia tidak mampu mencipta dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk,
"Kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum dicipta Arasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikianโ€

(Al-Jawharah al-Munifah Sharh Kitab al-Wasiyyah, di dalam Sharh al-Fiqh al-Akbar, Abu Mansur al-Maturidi, m/s 62)
Jawapan: Riwayat ini mempunyai sanad yang serupa dengan riwayat no. 7, mari kita lihat perawi-perawinya:
Daripada Abu Tahir Muhammad bin al-Mahdi al-Husaini, daripada Ishaq bin Mansur al-Misyaari, daripada Ahmed bin Ali al-Sulaymani, daripada Hatim bin Aqeel al-Jawhari, daripada Abdillah bin Sammaaโ€™ah al-Tameemi, daripada Abu Yusuf, daripada Abu Hanifah.
Keempat nama pertama dalam sanad ini tidak pernah disebut dalam Tabaqaat-Tabaqaat Hanafiyyah, apatah lagi kitab-kitab Rijaal al-Hadith.
Malahan yang mensyarahkan kitab ini, Mullah Husain bin Iskandar al-Hanafi, beliau sendiri ragu-ragu apakah benar Abu Hanifah yang menulisnya dalam Muqadimahnya sendiri.
9. Imam Al-Shafi'i berkata:

โ€œSesungguhnya Dia Taโ€™ala ada (dari zaman azali) dan tempat (sewaktu) belum diciptanya (tempat), kemudian Allah menciptakan tempat dan Dia tetap dengan sifat-Nya yang azali itu sebagaimana sebelum terciptanya tempat,
"tidak mungkin Allah (mengalami) perubahan (dengan memerlukan tempat).

(Ithaaf al-Saadah al-Muttaqeen, al-Zabeedi, 4/380)

Jawapan: Tiada sanad yang dikemukakan oleh al-Zabeedi.
Murtada Az-Zabidi lahir pada tahun 1145 Hijrah, manakala Imam Syafi'i wafat pada tahun 204 Hijrah;
Maka tidak mungkin untuk Murtada Az-Zabidi bertemu dengan Imam Syafi'i. Oleh itu sebarang riwayat dari Murtada Az-Zabidi tentang Imam Syafi'i tanpa sanad yang sahih adalah batil dan tidak diterima.
10. Imam Syafi'i berkata:

โ€œSesiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk/berada di atas Arasy maka dia telah kafir."

[Ibn Muallim Al-Qurasyi, Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mutadi, m/s 155]
Tiada sanad dikemukakan oleh Ibn Muallim Al-Qurasyi; Ibn Muallim Al-Qurasyi wafat pada 725 Hijrah; beliau tidak mungkin bertemu dengan Imam Syafi'i yang wafat pada 204 Hijrah
11. Imam Syafi'i berkata:

"Tidak dikafirkan seseorang dari ahli qiblat. Dikecualikan dari itu kaum Mujassimah dan orang yang mengingkari ilmu Allah dalam perkara Juz'iyyat."

[As-Suyuti, al-Asybah wan-Nadhair, m/s 273]
Jawapan:

Fahaman Mujassimah masih belum wujud pada zaman Imam Syafi'i.
Pengasas Aqidah Mujassimah, Muhammad ibn Karram, lahir pada tahun 190 Hijrah di Herat (Afghanistan), manakala Imam Syafi'i menetap di Mesir pada 198 Hijrah, kemudian beliau tidak pernah keluar dari Mesir dan terus menetap di sana sampai beliau wafat pada 204 Hijrah.
Ini bererti Muhammad ibn Karram hanya berusia 14 tahun ketika Imam Syafi'i meninggal dunia.

Dan diketahui bahawa Muhammad ibn Karram hanya mula menyebarkan fahaman Mujassimah ketika dia berumur sekitar 20 - 30 tahun di Herat.

.
Maka Imam Syafi'i tidak sempat bertemu dengan fahaman Mujassimah, apatah lagi mengkafirkan fahaman tersebut.
12. Imam Ahmad ibn Hanbal berkata:

โ€œ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir"

[Manaqib Imam Ahmad, karangan Al-Bayhaqi; Kitab Al-Khisol, Abu Muhammad Al-Baghdadi]
Jawapan:

Sanad riwayat ini terhenti pada Abu Fadl At-Tamimi, yang lahir pada tahun 341 Hijrah, 100 tahun selepas kewafatan Imam Ahmad ibn Hanbal. Oleh itu Abu Fadl At-Tamimi tidak mendengar dari Imam Ahmad ibn Hanbal.
Harapnya tiada siapa yang menggunakan athar-athar ini lagi sebagai hujjah aqidah selepas ini.

Sekian

[Tamat bebenang]
You can follow @HosRebaj.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword โ€œunrollโ€ to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.