"Doktor, boleh terangkan pasal penyakit yang Faye Kusairi (artis) kena tu?"
Sejak semalam ramai yang minta jelaskan tentang Bell’s Palsy ni selepas artis berkenaan siarkan video mengenainya. Jadi hari ni kita lihat thread, apa itu Bell’s Palsy.
Sejak semalam ramai yang minta jelaskan tentang Bell’s Palsy ni selepas artis berkenaan siarkan video mengenainya. Jadi hari ni kita lihat thread, apa itu Bell’s Palsy.
Bell's palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.
Gejala-gejala Bell’s Palsy adalah:
Muka senget / tak simetri
Kebas pada muka
Air liur meleleh tak terkawal
Mata sukar ditutup dan berair
Pertuturan tak jelas
Kurang deria rasa pada lidah
Sakit telinga







Punca sebenar Bell’s Palsy masih lagi tidak jelas. Namun ada beberapa kemungkinan:
Jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami keradangan dan membengkak menyebabkan ia tersepit.
Pengaktifan semula virus herpes zoster pada saraf di bahagian geniculate ganglion.


Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko terkena Bell’s Palsy?
Kehamilan
Pre-eklampsia
Obesiti
Darah tinggi
Kencing manis
Stress






Bell's palsy boleh dirawat dengan beberapa cara dan ia mempunyai prognosis(jangkaan pemulihan) yang baik. Rawatannya seperti berikut:
Oral steroid
Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada saraf CNVII. Ini dapat mengurangkan CNVII daripada tersepit.

Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada saraf CNVII. Ini dapat mengurangkan CNVII daripada tersepit.

Memandangkan ada kemungkinan jangkitan virus yang menjadi punca berlakunya Bell’s Palsy, maka ubat antiviral digunakan.

Kadang-kadang mata tak bole ditutup rapat, ini akan menyebabkan mata menjadi kering. Maka mata akan ditutup/ditampal.

Fisioterapi akan ajar senaman muka dan gunakan modaliti elektrik pada saraf muka untuk merangsang pemulihan.

Ini adalah rawatan komplementari(tambahan) yang boleh dicuba. Keberkesanannya dalam proses kajian lanjut.
Jika jalani rawatan, Bell's Palsy ni lazimnya boleh pulih dalam masa 2-4 minggu. Namun ada juga yang pulih lebih lambat, dan ada juga yang tidak pulih sepenuhnya. Jangan putus asa!