Pernah tak baca ayat Al-Quran atau belek himpunan Sunnah Nabi SAW dalam buku hadis, kemudian terjumpa nas yang tak diamalkan?

Kenapa ulama tinggalkan?
Disengajakan? atau ada hujah disebaliknya?
Disinilah pentingnya mengetahui Nasikh dan Mansukh

P.s: Belajar Fiqh guna buku Fiqh.
Ha? Nasikh wal Mansukh?

Ok, mari kita mulakan dari asas.
Apa itu nasakh?

Nasakh, dari segi bahasa bererti:
Mengangkat atau menghapuskan.

Dari segi istilah Usul Fiqh, ia bererti:
Mengangkat hukum syarie yang terkandung dalam nas syarak dengan nas syarak terkemudian.
Mansukh ialah hukum syarak yang diangkat.
Nasikh ialah hukum syarak yang batalkan mansukh.

Contoh:
نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها
Aku telah larang kalian dari ziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah
(HR Muslim)

Larangan ziarahi kubur = mansukh
Kebenaran ziarahi kubur = nasikh
Eh, sekejap.
Mana dalil?!

Allah SWT berfirman:

ما ننسخ من آية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها

Apa sahaja ayat Kami mansuhkan atau Kami tinggalkan, Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya

(Al-Baqarah:106)
Nah, ini dalilnya.
Nasakh berlaku ketika wahyu masih turun
Contoh:
A. Ayat Quran dinasakh dengan ayat Quran lain
Ayat An-Nisa:15 tentang hukuman penzina perempuan:

واللاتي يأتين الفاحشة من نسائكم فاستشهدوا عليهن أربعة منكم فإن شهدوا فأمسكوهن في البيوت حتى يتوفاهن الموت أو يجعل الله لهن سبيلا
Penzina perempuan dihukum dengan dikurung dalam rumah sehingga mati atau sehingga Allah SWT turunkan ketetapan lain.

Dan Allah SWT mansuhkan ayat ini dengan Surah An-Nur:2,
الزانية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة

Penzina lelaki dan perempuan disebat 100 kali.
Untuk penzina yang telah berkahwin pula, dihukum rejam seperti dalam hadis:

والثيب بالثيب جلد مائة والرجم
(HR Muslim)

P.s: Hukuman ini ada hal menarik dalam perbincangan nasikh wal mansukh.
Untuk tujuan bebenang ini, ia tidak akan dibincangkan agar bebenang tak menjela.
B. Ayat Quran menasakh Sunnah Nabi SAW.
Contoh:

Ketika di Madinah, umat Islam bersolat menghadap Masjid al-Aqsa.
Namun, Allah SWT mengubah kiblat ke Masjid al-Haram. FirmanNya dalam Al-Baqarah:144,

فول وجهك شطر المسجد الحرام

Maka palingkan wajahmu ke arah Masjid al-Haram.
C. Sunnah Nabi SAW menasakh Sunnah Nabi SAW yang terdahulu

Contoh:
نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها
Aku telah larang kalian dari ziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah
(HR Muslim)

Dahulu, Nabi SAW larang ziarahi kubur.
Namun, larangan ini telah diangkat.
D. Sunnah Nabi SAW menasakh hukum Al-Quran.

Dalam isu ada, ada perbincangan.
Sebahagian ulama mengharuskan Sunnah Nabi SAW menasakh hukum Al-Quran dan ada ulama yang menolak kehujahan Sunnah menasakh hukum Al-Quran.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ayuh belajar Usul Fiqh.
Bila berlakunya nasakh hukum, nasikh boleh jadi:

i. Sama sahaja dari segi perlaksanaan dengan hukum asal yang dinasakh.
Contoh: Perubahan kiblat

ii. Lebih berat daripada hukum asal yang dinasakh.
Contoh: Hukuman zina, dari dikurung kepada disebat dan direjam.
iii. Lebih ringan berbanding hukum asal yang dinasakh
Contoh: Hukum berpuasa, daripada kriteria yang ketat mengikut puasa Ahli Kitab terdahulu (Al-Baqarah:183) kepada waktu berbuka yang panjang di malam hari, memberi kemudahan kepada umat Islam (Al-Baqarah:187).
iv. Hukum yang dinasakh tiada ganti (Hilang tanpa ganti)
Contoh: Kewajipan bersedekah sebelum bertemu Nabi SAW (Mujadilah:12) diangkat tanpa ada ganti.
Maka, para Sahabat RA tak perlu bersedekah sebelum bertemu Nabi SAW.
Jadi, apakah status hadis Anon?

Benar, hadis ini ada dalam Sahih Bukhari:

يتوضأُ كما يتوضأُ للصلاة، ويغسل ذكره. قال عثمان سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم
Berwudhu sebagaimana dia berwudhu untuk solat, dan basuh kemaluannya.
Kata Uthman: Aku dengar dari Nabi SAW
Namun, hadis ini telah dinasakh dengan hadis lain yang juga sahih iaitu:

إِذا جلس بين شعبها الأربعِ ومس الختان الختان فقد وجب الغسل
Apabila seorang duduk diantara empat cabang kaki wanita dan kedua kemaluan saling bersentuhan, maka dia wajib mandi junub.

(HR Muslim)
Aada dalil sahih namun telah dinasakh dengan dalil lain.
Nak tahu, kena belajar Usul Fiqh.

P.s:
Belajar Fiqh mesti melalui disiplin Fiqh dan Usul.
Sufyan bin Uyainah ada berkata:

الحديث مضلة إلا الفقهاء
Hadis itu menyesatkan kecuali bagi Fuqaha
Ia tak bererti tak boleh belajar Hadis.
Ia bererti:
Nak belajar Hadis, mesti faham pengamalannya ikut neraca fuqaha.

Bukan nampak teks hadis sahih, terus buat hujah dan salahkan ulama terdahulu.
Ulama lebih tahu kehujahan nas syarak daripada kita, wahai Anon.
Apa kata Ibn Wahab, anak murid Imam Malik?
Kata beliau, jika tidak kerana Imam Malik dan Imam al-Laith, pasti beliau binasa.
Beliau dahulu sangka semua yang datang dari Nabi SAW mesti diamalkan.

لو لا مالك والليث لهلكت، كنت أظن أن كل ما جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم يعمل به
Rupanya kena teliti ikut neraca Fuqaha.

Belajar Fiqh bukan guna Sahih Bukhari dan Muslim.
Belajar Fiqh guna Safinatun Naja, Matan Abi Syuja, Muqaddimah Hadramiyah, Yaqut an-Nafis, Fathul Muin dsb.

Ulama dah susun hukum fiqh mengikut kaedah Usul Fiqh untuk aplikasi orang awam.
Ruj:

1. Tafsir al-Qurthubi
2. Usul Fiqh al-Islami
3. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh
4. Mabahith fi Ulum al-Quran
5. Hasyiah ala Syarah al-Mahalli ala al-Waraqat
6. Minhaj al-Wusul ila Ilm al-Usul
7. Dirasah fi Ulum al-Quran al-Karim
8. An-Naskh fi Dirasah Usuliyyin
9. An-Nasikh wa al-Mansukh fi Al-Quran
10. Al-Isyarah fi Usul al-Fiqh
11. Al-Wadhih fi Usul al-Fiqh li al-Mubtadi'in
12. Bahs fi Nasikh wa al-Mansukh
13. Tarikh Ibn Asakir
14. Al-Muwafaqat
You can follow @ahnewyear19.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.