Ini adalah thread perfume yang WAJIB ada untuk semua para wanita di luar sana. Basically perfume yang listed adalah perfume yang abang pernah beli dan pernah bau.

Thread ini dibuat bagi memudahkan sis sis semua untuk membeli tanpa rasa ragu ragu.

RT untuk rujukan diri sendiri.
Selalu tengok member member beli perfume best best tapi jarang betul ada orang share list perfume untuk perempuan. Selalu ada untuk lelaki je. Mana aci! Perempuan pon nak wangi juga!

List ini untuk semua wanita.

I got your back sis! Ini adalah thread untuk anda. Terimalah!
Tapi sebelum tu nak cakap, tak semestinya perfume yang awak suka tu takde dalam list so perfume awak tidak bagus. Tidak ya, thread ini dibuat secara personal oleh abang, bukan review dan tidak mewakili mana mana brand.

Oleh itu jangan mengamuk atau membenci okay sayang.
1. Chanel No. 5 100 ML EDP RM 670.

Ini adalah perfume paling wajib ada untuk semua para wanita didunia ini. Bau dia adalah masyaAllah dibuat untuk lady boss yang dominant yang tahu akan harga diri mereka sejenis no man no cry.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
2. Daisy Eau So Fresh Marc Jacobs 75 ML EDT RM 390.

Awak adalah wanita melayu ayu yang suka dengan bau flora flora cinta berahi dan percaya kepada cinta pandang pertama. Nah! Daisy dibuat khas untuk anda.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️
Sillage: ⭐️⭐️⭐️
3. Dior Jadore EDP 100 ML RM 620.

Ini adalah antara ikonik perfume of all time from dior. Anda adalah seorang career woman yang tahu apa yang anda mahukan dalam hidup. Nak cari lelaki pon tiada masalah sebab lelaki bukan keutamaan anda gitu.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
4. Angel by Thierry Mugler 100 ML RM 450.

Perfume ini adalah termasuk didalam kategori Oriental Vanilla dimana top notes nya adalah bergamot dan peach. Heart note adalah orchid, rose dan base notes dia adalah patchouli caramel dan vanilla.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
5. Lancome La Vie est belle 100 ML EDP RM 450.

La Vie est belle bermaksud life is beautiful dalam bahasa french. So the nose behind this perfume aim those who wear this should appreciate whatever they are doing in life with no regret.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Lady Million 50 ML EDP RM 250.

LM adalah salah satu perfume yang overrated tapi masih dalam list sebab ape? Sebab perfume ni without a doubt leave a good impression bila pakai. Potensi untuk anda di ngorat adalah sangat tinggi. Hati hati!

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️
7. Annick Goutal Petite Cherie 100 ML EDP RM 650.

Ini adalah personal favorite abang. Abang blind buy untuk ibu sekali jackpot! Bau dia wallahi terlalu sedap.

Kalau girlfriend anda memakai petite cherie ini, nikahi beliau dengan segera!

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
8 Coco Mademoiselle Chanel 100 ML EDP RM670.

Anda adalah sejenis bos yang ada 6000 pekerja dibawah dan anda tahu visi dan wawasan hidup serta direction company anda. Wanita berkaliber sejenis yang kalau jeling sedikit lelaki akan neves.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
9. Instant Crush Mancera 120 ML EDP RM 450.

Jika anda adalah fraghead, anda wajib tahu tentang kewujudan niche perfume ini.

Instant crush adalah talk of the town. Suit the name, bila pakai instantly you akan crush kepada si pemakai.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
10.Miss Dior 100 ML EDP RM 450.

Indoor outdoor dia tapaw. Awak sejenis terpaksa berjumpa ramai client dan bimbang perfume anda tidak cukup kuat? Take this. Anda seorang akauntan yang duduk bawah ekon memanjang? Take this. Ayuh!

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
11. My Burberry Blush 100 ML EDP RM 350.

Perfume ni hype dari tahun 2017 sebab ape? Senang. The nose behind this adalah Francis Kurkdjian. Superb smell, kalau pakai takut suami orang pon sangkut. Awas!

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Sillage: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
12. Chloe Nomade 75 ML EDP RM 380.

Sejenis yang mahukan bau yang tak sama dengan orang lain. Nomade dibuat untuk anda. Top notes adalah Mirabelle, peach, bergamot. Heart notes freesia dan jasmine. Base notes pula adalah patchouli dan musk.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
13.Tom Ford Bitter Peach 50 ML EDP RM 1480.

Gaji anda adalah RM 18K setiap bulan, perfume ini memang untuk anda. Tomford memang well known for overprice fragrance yet people still wanting it. Why? Sebab it’s TOM FORD! Haaa masukkk!

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
14.MFK Gentle Fluidity Gold 70 ML EDP RM 700.

Haih. Perfume ni tak boleh bawak bincang langsung. Wajib ada at least sekali dalam kehidupan awak sebab the best, the all i want from a perfume you can get it from Gentle fluidity ni.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
15.Roses Vanille Mancera 120 ML EDP RM450.

RV adalah niche perfume yang awak wajib untuk invest. Beast mode. Kalau tak tahu nak pakai ape untuk nikah, pakai ini. Jangan kan pengantin lelaki lentok, dengan tok kadi pon akan lentok sekali.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
16.Cabaret JPG 100 ML EDP RM 450.

Normally orang akan suggest beli scandal atau la belle tapi be different sis! Cabaret adalah epitome of sweetness. Bila pakai kau akan rasa kau adalah paling showgirl, paling menawan dan compliment getter.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
17.Jour D Hermes 100 ML EDP RM 650.

Good thing pasal Hermes adalah jarang bau dia sama dengan bau perfume lain. The scent is one of a kind, datin-ish gitu. Untuk first timer boleh la beli Hermes yang ni dulu.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Sillage: ⭐️⭐️⭐️⭐️
18.Omnia Amethyste Bvalgari 65 ML EDP RM 350.

Beli untuk ibu lepas tu terus suka sebab bau dia adalah floral cinta cinta nurani sejenis bila pakai kau akan sentiasa dipuji dan kalau bawak dalam beg kemungkinan kawan kawan kau akan paw perfume.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️
19.Good Girl CH 30 ML EDP RM 350.

Bang, mana nak cari perfume yang ada bau cocoa dan coffee lepas tu nak bau sexy? Nah! Inilah jawapan dia. Dan kalau awak pergi ke club dengan niat nak sangkut sorang lelaki maka ini adalah jawapannya.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
20.Flower Bomb by V&R 100 ML EDP RM450.

This is the epitome of all flowers at one go. A bit pricey but worth the money. You can go broke for this one dan bila pakai sumpah boipren awak tak cari lain. Tunggu jela rombongan meminang datang.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
21. For Her Narcisso Rodriguez EDP 100 ML RM350.

Perfume ni adalah paling disukai ramai pakai untuk reception. Hype dari tahun 2006 so kalau gf korang pakai perfume ni itu maksudnya korang dah kene get ready la sebab dia dah bagi hint hint gitu.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️
22. Black Opium 90ML EDP RM 490.

Walaupon abang tak suka botol dia kerana sedikit hodoh tapi who am i to judge gitu. Wajib ada bagi penggemar perfume. Opium jatuh dalam kategori Oriental spicy kalau awak adalah sejenis garang this is for you.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
23. Memoire Gucci 100ML EDP RM450.

Perfume ni dibuat untuk mengimbau kenangan lama bersama ex ex anda yang telah anda tinggalkan kerana perangai binatang mereka. Bila pakai anda yakin dengan keputusan yang anda buat. Kau meninggal sana please.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
24. Tiffany and Co EDP 50ML RM400.

Well known for jewelry tapi bila dia buat je perfume habislah duit para suami dan boipren. Kick start with bergamot dan black currant. Kemudian di take over oleh rose serta diakhiri oleh musk & patchouli.

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️
25.Toyboy Moschino 100 ML EDP RM 350.

This perfume was made for men tapi it was that good untuk para wanita yang sejenis dominant didalam perhubungan dan sejenis lone wolf and trust me power teruk! Hype dari tahun lepas lagi. Go get this one!

Ketahanan: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Harga: ⭐️⭐️⭐️
So ini adalah 25 perfumes untuk para wanita yang wajib ada didalam collection anda dan sekali lagi abang tegaskan, ini adalah PERSONAL CHOICE oleh itu awak boleh untuk agree to disagree okay baby kuci kuci.

Harga pula adalah berdasarkan Sephora Malaysia dan FragranceX website.
So thats all. Semoga thread ini membantu untuk memilih perfume mana yang korang nak beli & memudahkan korang. Save siap siap dalam bookmark atau RT supaya memberi manfaat kepada kawan kawan okay.

Ingat, it’s not okay to sell original reject perfume because it is never original.
Boleh follow bang janu di instagram dan facebook. Just search Januar haikal. Mostly abang akan share perfume di situ dan di twitter juga.

Boleh DM abang untuk pertanyaan pasal perfume dan kalau ada kelapangan abang akan reply dan suggest the best perfume for you gais okay!
Dan ini adalah thread panduan untuk perfume lelaki. So lelaki dan perempuan dua dua abang dah buat khas untuk korang okay. Jangan cakap abang tak sayang. Todiah! https://twitter.com/januarhaikal/status/1180813701789544450
You can follow @Januarhaikal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.