Ramai yang gusar dengan tajuk berita ini. Ya, jika baca sekali lalu, seolah-olah ia menunjukkan yang vaksin tersebut boleh mengakibatkan kematian.

Tetapi apa cerita sebenarnya?
Berita ini hangat rentetan laporan 53 muka surat yang dikeluarkan oleh US FDA mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin keluaran Pfizer.

Benar, terdapat 6 kematian dalam kalangan sampel ujikaji fasa 3 vaksin tersebut.
Sebanyak 38,000 sampel terlibat dalam ujian tersebut. 19,000 menerima vaksin, dan 19,000 lagi menerima placebo.

2 kematian berlaku dalam kalangan penerima vaksin, manakala 4 lagi dalam kalangan penerima placebo.

Ada yang tak tahu apa makaud placebo?
Placebo adalah bahan tanpa kesan terapeutik yang diberikan kepada satu kumpulan dalam ujikaji. Ia mungkin hanyalah air.

Maksudnya, 4 kematian dalam kumpulan placebo langsung tidak boleh dikaitkan dengan vaksin yang diuji.
2 kematian dalam penerima vaksin pula disebabkan oleh:-

1. Serangan jantung 62 hari selepas suntikan
2. Arteriosclerosis (salur darah tersumbat) 3 hari selepas suntikan.

Kedua-dua mangsa ini berumur lebih dari 55 tahun.
Serangan jantung dan saluran darah tersumbat merupakan komplikasi kesihatan yang sering berlaku dengan risiko semakin tinggi mengikut umur.

Setelah dianalisa, kadar kematian ini didapati sama dengan kadar kematian di dalam populasi normal.

Jadi, ia bukanlah disebabkan vaksin.
Dalam menilai kesan sampingan vaksin, ada dua terma yang sering digunakan iaitu causal dan temporal relationship.

Causal = kesan yang berkaitan vaksin
Temporal = kesan secara kebetulan dan tidak disebabkan vaksin
Dalam kes ini, 2 kematian tersebut hanyalah boleh dikatakan sebagai mempunyai temporal relationship dengan vaksin.

2/19000 = 0.01% kematian dalam sampel dan tidak diaebabkan oleh vaksin.

Sebab itu ia dikatakan selamat untuk digunakan.
Antra kesan sampingan yang direkodkan adalah:-

Sakit di tempat suntikan
Letih
Sakit kepala
Sakit otot
Rasa sejuk menggigil
Sakit sendi
Demam

Majoriti mengalami kesan sampingan ringan sahaja.
Insyaallah jika vaksin ini ingin digunakan di Malaysia, pihak berwajib kita akan menilai sendiri keselamatan dan keberkesanannya sekali lagi sebelum digunakan.
You can follow @Fahmibinhassan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.