Projek 1000 MW Solar PV di Ruicheng, Shanxi Province.
Dengan pelaburan berjumlah 8.8 billion RMB (1.28 billion USD/🇲🇾RM4.9 billion) untuk 2 fasa pembinaan dengan keluasan tanah 14 km persegi.

Bagaimana jika projek Solar PV seperti ini dibuat di Malaysia (?)
Aku teringin nak huraikan beberapa fakta menarik yang TIDAK POPULAR tentang penggunaan Solar PV berskala besar (LSS) di Msia.

Tunggu sambungan yang seterusnya...tak lama, sekejap je.👀
Bolehkah LSS berkapasiti tinggi (1GW +) seperti diatas dibuat di Malaysia?

Sebelum menjawab persoalan, kena ambil maklum tentang beberapa faktor.

Sudah diketahui bahawa tenaga Solar adalah intermittent, seperti sekut Chipsmore.
Ianya juga fluctuate seperti mood sorang belen.
Mengikut Electricity Supply Act 1990, SEDA telah menetapkan bahawa, penjanaan dari LSS mestilah disambung kepada 132kV transmission line, sementara 275kV & 500kV tidak boleh diganggu oleh LSS.

Ini kerana grid system 275kV & 500kV hanya dikhaskan untuk power plant yg besar shj.
Oleh kerana LSS sama seperti belen yang moody dan Gandalf tak bagi jalan, maka LSS perlu mempunyai backup yang mempunyai kapasiti penjanaan yg cukup utk menstabilkan power grid 132kV tadi.

Biasanya calon terbaik ialah Gas Turbine (CCGT) yang menggunakan Natural Gas fuel.
Cuba kita tengok perbandingan penjanaan Solar berbanding power demand di Msia.
Pada jam 12 tengah hari, Solar sudah berada di puncak penjanaan dan ianya mula menurun selepas dari itu dan tiada lagi penjanaan selepas jam 6~7 malam.
Penurunan penjanaan ini perlu ditampung...
..kerana power demand masih lagi tinggi bermula dari jam 1 p.m tadi. Bekalan elektrik tidak boleh terganggu ketika waktu kritikal seperti ini.

Maka, disini perlu ada satu lagi penjanaan yang akan menstabilkan power demand tadi dan ianya mestilah dari satu sumber yang pantas.
Jika LSS ingin membekal kepada power demand dengan kapasiti tinggi, power demand dari penjanaan dari Base Load power plant akan berkurangan.

Apabila penjanaan Solar berkurangan, Base Load power plant tidak boleh 'mengejar' perubahan power demand dengan pantas.
Ketidakseimbangan dari penjanaan LSS berkapasiti tinggi dengan penjanaan dari Base Load (Coal) PP ini akan mewujudkan satu Keluk itik (Duck Curve).

Bersambung selepas ini....
Apa kena mengena itik dalam penjanaan elektrik di Msia?

(Pic1)Power demand curve dalam satu hari.
Penjanaan elektrik (Base Load PP) akan mengimbangi power demand ini. Apabila penjanaan LSS berada dalam power generation mix diwaktu puncak (pic2), power demand utk Base Load..
..akan menurun.

Oleh kerana semakin banyak pertambahan LSS berkapasiti tinggi dalam power generation mix, maka demand curve tadi akan menurun dan membentuk seperti seekor itik aka Duck Curve.

Itik ini akan memberi masaalah pada Base Load PP utk mengimbangi demand tersebut.
Base Load PP tidak mampu untuk operasi penjanaan yang naik turun ini, ianya tidak economic.
Ianya juga akan mengalami pelbagai masaalah dari kestabilan power grid, regulasi, kontrak perjanjian dan juga mungkin akan mempengaruhi tariff.
Oleh kerana Base Load PP tidak boleh mengimbangi kehendak demand curve, ia terpaksa mengekalkan satu kadar penjanaan yg minimum.

Apabila penjanaan dari LSS melebihi dari power demand pula, power grid tidak boleh membenarkan LSS masuk kedalam grid system.
Overgeneration ini adalah satu pembaziran tenaga kepada LSS jika tidak digunakan.

Curtailment yang dikenakan kepada LSS ini adalah perlu utk kestabilan power grid.

* sambung esok...bye.
You can follow @PsychedeLiqque.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.