Muslim di Malaysia dikecewakan oleh penemuan Daging beku haram di Johor. Benda ini bukan pertama kali berlaku. Persoalanya kenapa?

Jawapan aku adalah, Melayu Islam itu lemah disebabkan lemahnya generasi kita terdahulu.

ini adalah thread
Seperti biasa, ini adalah pendapat peribadi aku, yang jujur dan tidak bertapis, hasil penelitian bersifat empirikal menelusuri ekonomi, politik, dan sosial (termasuk yang underground). Bergaul dengan kumpulan elitis dan marhean, jadikan tulisan ini valid untuk dibaca.
1. Kenapa Melayu miskin dan Cina kaya?

Jawapan paling mudah adalah, kaum cina mewarisi perniagaan keluarga walaupun sebiji kedai runcit. 7 dari 10 keluarga kaya di Malaysia adalah dari sistem waris. Contoh, Robert Kuok waris bisnes bapanya di Johor dalam retail beras.
Dari zaman merdeka hingga hari ini, kaum cina menitikberatkan pewarisan harta kepada anak cucu. Dari sebiji kedai runcit, anak kembangkan jadi 3 kedai runcit. Next gen meneruskan legasi hingga beratus kedai runcit. Mereka di ajar untuk hustle dari muda dengan bekerja di kedai.
2. Apa yang nenek moyang kita wariskan?

Majoriti generasi muda awal 85an, bila balik kampung, bapa kita akan cakap, ini " ini dulu tanah nenek", "itu dulu tanah atuk".

Tanah yang luas itu telah dijual pada orang lain, yang mana hasil itu hilang ditelan zaman.
Disebabkan ketiadaan ilmu dan tidak nampak keperluan untuk mempertahankan aset. Selain ingin mengambil jalan mudah mendapatkan wang.

Ini adalah realiti pahit orang Melayu yang menyukarkan kita untuk bersaing dengan bagsa lain.
3. Apa kaitan aset/tanah dan legasi bisnes?

Cara mudah macam ini, jika moyang kau memulakan kebun sayur, dan kebun sayur itu diwarisi oleh atuk kau yang muda belia.
Atuk kau uruskan kebun itu, dan kemudian tambah bisnes ternakan lembu.
Ayah kau pula take over. Dalam tempoh 20 tahun, perniagaan 3 kebun dan 20 ekor lembu itu paling lekeh akan jadi berganda.

Dan tiba pula giliran kau, untuk ambil alih empayar perniagaan.
Bayangkan jika tanah atau aset itu, telah dijual awal-awal oleh datuk kau?

Terputus secara total sumber warisan, dan kau perlu bina semula empayar daripada habuk yang makan masa tujuh generasi.
4. Melayu yang kaya suka jalan mudah?

Aku perhati, mereka yang kaya ini, suka masuk ke dalam bisnes yang tidak penting, seperti kosmetik, vape, ataupun bisnes air untuk diversified. Benda ni easy money. Tarik pelanggan guna populariti yang akan malap dalam tempoh 5 tahun.
lepas dah malap? buat lagi la populariti bodoh. Duit pula habis berjoli. lepas tu bila dah tua, terlantar sakit, merayu minta bantuan. Baik artis atau pemain sukan, semua sama sahaja. Belum cerita Elitis yang suka projek pasir, projek balak, tender tender.
Kegagalan orang melayu kaya menembusi industri penting seperti food security menyebabkan bekalan makanan orang islam mudah diludah orang kafir yang fikirkan keuntungan.
aku suka tengok @Amerul_Affendi bisnes kerbau. Rasanya artis dan Atlet Malaysia sponsor kaya raya boleh mula jadi pandai bisnes benda yang Fardu Kifayah dan jangan jadi bodoh.
Aku off dulu thread ni, sebab semakin lama aku menulis, makin sedih aku rasa. Apa akan jadi pada anak cucu kita. Bangsa lain makin kaya, kita pula mengais berharap ehsan mereka.

thread tamat

Radio Silent.
You can follow @projekhitam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.