GAYA PARENTING PENGARUHI PRESTASI AKADEMIK ANAK?

Salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi perangai kita ialah gaya parenting yang pernah dilalui sewaktu kita membesar. (Ini adalah thread)
Ada EMPAT gaya parenting yang utama dalam bidang kajian psikologi. Mula diperkenalkan pada tahun 1966 oleh pakar psikologi klinikal Diana Baumrind.
Setiap gaya ini ada ciri-ciri dan kesan-kesannya kepada karektor, tingkah laku dan prestasi akademik anak.
1. Gaya AUTHORITARIAN
Gaya yang “highly demanding” tetapi “not responsive”. Banyak peraturan namun tiada penjelasan rasional disebalik peraturan itu.
Kenapa kena buat? “Sebab ayah/mak suruh!” Period. Tiada ruang untuk pendapat dan perasaan anak-anak didengari.
Pelanggaran peraturan sering dihukum, dengan memukul atau marah dengan label-label negatif yang merendahkan & mempersalahkan.
Akademik lemah atau gagal, dilabel “pemalas, lembap, tak pandai” Kesannya, anak-anak jadi rendah self esteem, selalu takut buat salah dan takut dihukum.
Anak-anak juga suka menipu atau cipta alasan bagi elak hukuman. Tinggi risiko memberontak, terlibat dangan dadah dan jenayah.
Tinggi juga risiko mengalami masalah anxiety dan depression. Sukar nak bina dan kekal hubungan (relationships). Prestasi akademik merudum dan lemah!
2. Gaya PERMISSIVE
Gaya yang “less demanding” tetapi “highly responsive”. Tiada atau terlalu sedikit peraturan di rumah. Jika ada peraturan, ianya sering tidak dipatuhi.
Fokus kepada memenuhi segala kehendak anak-anak, walaupun memudaratkan. Tiada displin kawalan makanan dan masa skrin.
Anak-anak tidak dilibatkan di dalam proses menyelesaikan masalah atau mengendalikan kegagalan. Pencapaian akademik tidak menjadi keutamaan.
Kesannya anak-anak menjadi egoistik. Sentiasa rasa diri betul dan tidak pandai ikut peraturan. Tinggi risiko obesiti dan kencing manis.
Anak-anak yang dibesarkan “spoiled” begini tinggi risiko mengalami tekanan emosi seperti stress, anxiety dan depression apabila berdepan kesukaran dan kegagalan dalam hidup. Mereka dah biasa jadi RAJA di rumah. Apa nak, semua dapat!
3. NEGLECTFUL
Gaya “not demanding” dan “not responsive”. Tiada peraturan mahupun panduan untuk anak-anak. Tiada komunikasi bermakna antara ibubapa dan anak.
Hanya jaga keperluan asas makan minum dan tempat tinggal. Tiada bonding, “secure attachment” dan sentuhan kasih sayang.
Tiada atau terlalu sedikit masa yang diluangkan bersama anak-anak. Tidak ambil berat langsung soal akademik.
Sama ada ibubapa terlalu sibuk bekerja, kurang kesedaran parenting, mengalami masalah kesihatan mental atau konflik rumah tangga. Kesannya anak-anak kesunyian & kemurungan
Tinggi risiko anak-anak menghidap pelbagai masalah kesihatan mental seperti anxiety dan depression.
Mudah terjebak dengan aktiviti negatif seperti dadah, seks bebas dan jenayah lain. Prestasi akademik lemah dan terabai. Tinggi risiko timbul keinginan atau cubaan membunuh diri.
4. AUTHORITATIVE
Gaya yang “highly demanding” dan “highly responsive”. Terdapat peraturan dan rasional yang jelas ditetapkan. Ibubapa tegas tapi lembut.
Pendapat dan perasaan anak-anak didengari. Tinggi empati dan supportive. Anak-anak dilibatkan di dalam proses membuat keputusan
Prestasi akademik menjadi keutamaan tetapi usaha kesungguhan anak menjadi fokus, bukan keputusan semata. Jika lemah atau gagal, tiada label-label negatif seperti “malas, bebal, lembap” dll.
Pandai membina dan memelihara hubungan (relationships). Prestasi akademik lebih cemerlang. Tidak mudah berputus asa. Pandai mengendalikan emosi dan kegagalan.
Gaya Authoritative adalah “Golden Style of Parenting” menurut pakar. Apakah gaya parenting anda? #RaisingOurFuture
You can follow @azlanshahnk.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.