"KALAU ABANG MATI....."

Pagi tadi lepas breakfast berbual kosong dgn wife. Mulanya topik Syafiq Ahmad excident. Pastu faraid, wasiat & macam - macam lagi

"Semua ni hukum Allah, bukannya hukum manusia. Ada hikmah Allah buat hukum ni. Cuma kita manusia je yang tak sedar" kata aku
Then, aku pun bercakap pasal diri aku. Harta tak banyak pun. Ada la sikit. Tapi tumpang cerita bab ni, meh abang nak jelaskan satu per satu

"Kalau semalam abang mati, settle lah hutang - hutang abang. Tu yang paling utama"

Dia tengok dengan serius. Lalu dia cakap "Eh abang ni"
Macam mana nak settlekan?

First sekali, guna la duit Takaful abang. Abang letak nama sayang sebagai penerima hibah. Duit tu 100% dapat kat sayang. Tak perlu dah difaraidkan.

Jangan belanja lagi duit tu. Settle semua hutang yang besar dengan bank. Dah settle semua baru belanja.
Settle loan rumah incase kalau MRTT tak bayar penuh.

Rumah kita abang letak nama sayang sbg pemilik kedua. Bermaksud bahagian yg perlu difaraidkan 50% je.

Gunakan duit Hibah Takaful abang utk ganti bahagian hak faraid Mak & ayah. Kemudian, rumah tu jadi hak sayang 100%. Okay?
Berkenaan dengan kereta pulak, rasanya ada sikit lagi hutang dekat bank. Gunakan duit Hibah takaful utk bayar baki loan kereta

Dia cakap "Eh abang ni. Lepastu duit hibah takaful tu tinggal berapa je?"

Aku pun jawap "Nak biar roh abang tergantung sebab tak settle hutang?" Huhuhu
Abang rasa sayang tahu kan kereta abang tu beli masa bujang. Kalau ikutkan sayang tak ada hak atas kereta tu sebab beli sebelum kahwin.

Tapi itulah, kalau abang tak ada nanti settle la baik - baik.

Jangan jadi macam kes artis pulak. Lagipun kereta abang tu dah lama.
Berkenaan dgn KWSP, KWSP abang tu tak banyak dah sebab bawak keluar Akaun 2 time beli rumah dulu

Tinggal Akaun 1 je la yang banyak pun. Abang dah letak sayang sebagai penama

Abang letak sebagai penama tu bukannya semua duit dalam KWSP abang tu jadi milik sayang.

Wife : 🙄😑
Aku tambah "Sayang hanya pentadbir je. Bila dah buat tuntutan mati, KWSP akan masukkan semua duit KWSP abang ke dalam akaun bank sayang. Sayang kena AMANAH, bahagikan ikut faraid ya. Bagi bahagian mak & ayah abang. Jangan lupa, ada jugak bahagian anak abang ya."

Dia angguk faham
Sama lah dengan duit dalam bank, ASB, Public Mutual & sikit saham abang semua kena faraidkan.

Alhamdulillah la kalau dah faham. Kalau jadi apa-apa kat abang, abang harap sayang dah faham apa yang perlu buat.

Untuk pengetahuan sayang, abang dah buat wasiat.
Dalam wasiat abang, abang lantik sayang sebagai wasi. Kiranya, sayang lah kena uruskan semua harta pusaka abang bila abang mati

Abang letak Abang Long sebagai wasi kedua incase sayang tak boleh nk buat

Banyak sebenarnya kalau nk cerita, abang just cerita yang penting dulu okay?
Aku bangun angkat cawan, lupa nak pesan satu lagi

"Kalau abang mati, cepat transfer duit keluar dari akaun abang. Sbb, lepas je orang report Polis, semua akaun bank abang akan dibekukan. Sayang tau kan password bank abang?"

Dia jawap "Bini mana yang taktau password bank laki?"
"Bab Hibah Takaful abang, senyap-senyap sudah lah. Guna sebaik mungkin sebab bila akaun bank dah beku, lambat nak nyahbekukan. guna dulu duit Takaful cermat-cermat."

Dia kata "Amboi abang, risau nampak. Jadi janda kaya la saya đŸ€Ł"

Ikut hang la, aku nak kesah apa. Dah mati đŸ€ŁđŸ˜‡
Kalau mana-mana isteri nak dana hibah Takaful untuk suami, kita (isteri) boleh apply untuk suami. Then hibahkan kepada kita. Duit tu dapat 100% kat kita.

Boleh mula dengan serendah RM50 sebulan. Check lah umur suami berapa & berapa pampasan yang boleh dapat
Tentang Wasiat, sy boleh bantu anda buat Wasiat secara online serendah rm300 sahaja. Buat Wasiat ni terhad utk bagi pesanan contohnya bagi tahu hutang & lantik wasi je

Kita tak boleh wasiatkan kepada wife @ anak sebab mereka adalah penerima faraid

Nak secure, buat Hibah Harta😊
Nak buat Hibah harta harga lain. Pentingnya buat hibah harta ni adalah dapat penyerahan hak harta secara hitam putih. Buat dokumen hibah ni valid ketika hidup sahaja.

Bila buat dokumen Hibah, secara automatik harta yang dihibahkan akan terkeluar daripada pembahagian ikut faraid
So, bila ambil hibah takaful itu adalah "dana pengurusan harta pusaka" & kemudian buat Hibah Harta pula sebagai Perancangan memberikan hak sepenuhnya kepada orang yang kita sayang.

Kalau sayang kepada anak, isteri dll buatlah Hibah Harta supaya ia jadi hak penuh mereka
You can follow @LuthfiMY.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.