Ramai member mengadu dkt aku pernah kena tipu dgn agent sewa rumah & even owner. Sebenarnya, aku selalu tekankan beberapa perkara bila nak sewa rumah. If owner & agent langgar 10 benda ni, better korang angkat kaki blah! Protect diri.

[ 10 BENDA KENA TAHU SEBELUM SEWA RUMAH ]👇🏻
Ini semua untuk bantu jaga hak korang sebagai penyewa. Tapi if ada benda berlainan dgn cara yg diapply oleh agent/owner, please jangan terus attack.

Tanya dia, kenapa berbeza dgn common practice yg aku share ni.

Ini berdasarkan experience aku handle rumah sewa sejak 2018.
1. MESTI matikan setem hasil

Ini paling penting. Setiap instrumen undang2 perlulah dimatikan dgn setem hasil supaya perjanjian tersebut dapat dijadikan evidence dalam mahkamah. Jika berlaku apa-apa isu tapi tidak pernah dimatikan setem, perjanjian tak dapat dibawa masuk court.
Kos "stamp duty" selalunya akan disekalikan dengan kos penyediaan perjanjian oleh lawyer (+-RM300). Boleh jadi, owner & penyewa tanggung 50-50 atau penyewa tanggung 100%. Ikut persetujuan bersama.
2. Kos tersembunyi

Acap kali, agen hartanah terlupa atau sengaja tidak memberitahu kos tersembunyi spt parkir bulanan, maint. fee, gym membership etc.

Sebabnya mereka nak cepat close deal sebab penyewa teruja harga sewa murah tanpa mengetahui kos-kos tambahan sepanjang menyewa.
3. Baca & fahamkan tenancy agreement

Tolong baca sepenuhnya! Jangan terburu-buru, duduk berbincang & tanya tentang perkataan/terma yang tak faham. Jangan ambil ringan. Jangan percayakan tuan rumah atau agen sepenuhnya. Korang BERHAK tahu apa komitmen yang bakal korang hadap.
4. Rent review

Tanya agen samada dalam tempoh sewa, akan ada kenaikan sewa atau tidak. Jika dalam agreement, tiada menyebut tentang kewujudan “rent review” (atau terma seangkatan), kadar sewa tidak boleh dinaikkan sama sekali walaupun harga sewa pasaran mengalami kenaikan.
Kalau macam gitu sedaplah owner dapat trap penyewa. Ugut tak bayar, halau. Kadar sewa dinaikkan akan menyebabkan “breach of contract” kecuali mendapat persetujuan penyewa.

Nak rent review tengah-tengah tahun? KENA MENTION dari awal dalam agreement.
5. Ambil gambar rumah semasa baru masuk & sebelum keluar

Aku paling particular bab ni sebab aku tak suka dipersalahkan utk kerosakan atau kehilangan barang yg bukan salah aku. Pantang ya! Haha.

Bila dah bersetuju untuk masuk perjanjian, ambil gambar rumah dengan jelas.
Rakam video sekiranya perlu. Sentiasa letak diri dalam posisi selamat. Zaman sekarang, orang dah tak percaya cakap mulut. Perlu ada bukti fizikal & visual. Simpan gambar & video dlm laptop, jgn dalam phone nanti terdelete.
Aku stop nak solat jap. Satgi sambung tips 6-10. Kalau korang malas nak tunggu, aku dah post Tips Menyewa Rumah kat Youtube channel aku. Bagi yg malas membaca sksksk 😂

👉
6. Ganti/Tukar orang

Ni benda common. Penyewa "terpaksa" keluar sebelum tarikh tamat sewa. Korg memang boleh tukar orang tapi kena ingat, nama korg ada dalam agreement rasmi yg disetem. If penyewa substitute ada buat masalah/kerosakan, korg yang akan dicari.
7. Refund deposit

Ni masalah yg kerap jadi. Penyewa MESTI habiskan tempoh sewa terlebih dahulu, baru dapat balik deposit!

Walaupun penyewa inform agen utk keluar dari agreement 3 bulan awal dari tarikh tamat tempoh sewa, penyewa masih tidak akan dapat deposit semula kerana-
-masih dikira sebagai “breach of contract”.

8. Simpan bukti pembayaran

Snap gambar semua resit & simpan dlm folder laptop. Resit fizikal pulak simpan dlm file. Buang hanya selepas selesai semua urusan clearance rumah & selepas berjaya dapat deposit. Thank me later 😉🙌
9. Tugas penyewa & tuan rumah

Finalize tugas kedua belah pihak. Jangan dh tengah tahun, tiba2 owner cakap penyewa yg kena ganti lampu terbakar sebab wear & tear. Itu normally tugas tuan rumah. Selalunya penyewa akan bertanggungjawab utk kerosakan atas sebab kecuaian @ salahguna.
You can follow @silly_boney.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.