Hot ya isu sunscreen PURITO haritu.. Sementara kita tunggu Purito kaji selidik masalah ni, jom kita faham secara ringkas mengenai SUNSCREEN TESTING.

-in vivo
-in vitro
-in silico methods
-water-resistant test

Thread ni sepanjang 18 tweet lebih kurang 5 minit.
Ada FAQs di bawah.
Korang mungkin perasan ramai dok sebut in vivo, in vitro.. Tapi apa tu??

Kebetulan kelmarin admin baru balik dari London utk menghadiri International Sunscreen Annual Conference selama seminggu (haha sembang kencang, jangan percaya🤣)

........

So jom kita cerita serba sedikit.
But first, why buat test?

Kita nak determine SPF & PA value sunscreen tu before declare atas label. Tanpa test, macam mana nak tahu value apa nak declare atas label?

Value SPF mewakili ratio of time to develop sunburn by UVB.
PA mewakili ratio of time to develop suntan by UVA
IN VIVO SUNSCREEN TEST

Mula diperkenalkan lebih 50 tahun lalu, test ni dijalankan ke atas kulit human volunteers. Mereka akan disapu sunscreen, didedahkan pada sinaran UV & kemudian diukur tahap sunburn/suntan mereka.

Berapa human volunteers yg digunakan?
-Biasanya 5-20 orang.
Cost?
Di US, sekitar $5000 (RM20k+) per test.

Jom compare.
Kos buat lab test (microbial & heavy metal) di Malaysia adalah sekitar RM200 - RM500 per sample/test.

Jauh beza kan?

Test method ini berdasarkan international standards for in-vivo evaluation: ISO-24442 & ISO-24444.
"Eh, diorang kena jemur bawah matahari ke waktu buat in vivo test tu?"

Taklah, test ni dibuat dlm lab guna artificial sunlight yg sama macam matahari. Kalau buat test kat tengah panas, tiba-tiba hujan, mendung, etc.. Tu semua akan affect test result. So buat dalam lab lagi elok.
IN VITRO SUNSCREEN TEST

Mula popular tahun 90-an, in vitro testing untuk sunscreen dibuat menggunakan machine dan artificial "test substrate" yg mimic permukaan kulit manusia. Substrate tersebut akan disapu dgn sunscreen dan kemudian didedahkan kepada sinar UV.
Kemudian, sebuah machine yg dipanggil spectrophotometer akan analyze berapa banyak sinar UV yg tembus substrate tersebut.

Dari analysis ini mereka boleh dapat nilai SPF & PA utk sunscreen tersebut.

Cost:
Murah sikit dari in vivo test.
IN SILICO methods.

Ia adalah "simulator tool" dimana UV filter concentrations akan dimasukkan ke dlm simulator tersebut utk dapatkan anggaran SPF.

Antara contoh simulator adalah BASF "Sunscreen Formulator" yang boleh didapati online (kene register dgn BASF dulu).
Simulator ini biasa digunakan ketika formulation phase utk mudahkan cosmetic chemist estimate SPF value formula sunscreen tersebut.

Pihak authority juga menggunakan simulator ini utk anggar SPF value produk sunscreen yg ada di pasaran. So mudahlah utk diorang nak monitor market.
Optional test: Water Resistance Efficacy Test

Test ini optional, tetapi wajib utk sunscreen yg nak guna claim "water-resistant" atas label.

TAK SEMUA SUNSCREEN WATER-RESISTANT!

So kalau nak mandi laut, pilihlah sunscreen yg ada label "water-resistant" sebab ianya telah diuji.
FAQ: "Perlu ke setiap produk sunscreen buat in vivo / in vitro test?"

Perlu. Sekiranya kita tak buat test, macam mana kita nak tahu SPF & PA value utk kita declare atas label?

Tapi, pengeluar tidak wajib publish test result itu kepada public/consumer..
Di US & Australia, sunscreen dikira sebagai OTC drug/Therapeutic Goods (bukan kategori cosmetics).
Jadi sebelum sunscreen tu dapat keluar ke pasaran, pihak pengeluar perlu submit test results kepada FDA/TGA ketika proses product registration.
Di negara lain macam Malaysia & Europe, sunscreen dikategorikan sbg kosmetik, jadi pengeluar tak wajib provide test result kepada authority.

Tapi, pengeluar perlu simpan utk rujukan. In case ada masalah macam Purito in the future, test result dah ada utk mudahkan siasatan.
FAQ: "Bagaimana saya sebagai pengguna nak pastikan sunscreen saya selamat utk saya?"

✅FAHAMI LABEL
✅Follow instructions
✅Jangan lupa reapply

Kalau anda dah buat semua ni tapi tetap dapat sunburn, then find a different sunscreen.
FAQ: "Saya ada sunscreen SPF50 PA+++. Macam mana saya nak pastikan sunscreen ni betul-betul SPF50?"

Anda boleh buat test kat lab. Sediakan $$$ je..

Btw, tak semua lab boleh buat sunscreen test ni tau. Admin pun tak pasti ada ke lab di Malaysia yg boleh buat sunscreen test.
Some good local brands formulate their sunscreens di luar negara via third-party yg akan cover bab formulation, tests & so on. Kewangan company mesti padu💪. Since kena labur $$$ yg BANYAK just for 1 product, korang rasa diorang akan buat sambil lewa tak? TAK MUNGKIN!
Okay thread dah habis...

BTW, what's your favourite sunscreen? Admin biasa pakai Biore, tukar-tukar... Sekarang tengah pakai Biore yg ni👇
You can follow @domskincare.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.