The Call (2020) menterjemahkan idea paradoks datuk (grandfather paradox) dalam bentuk yang segar & cerita yang mantap. Memilih garis masa dunia selari (parallel universe) sebagai penyelesaian kepada paradoks tersebut.

Nak kongsi sikit apa itu paradoks datuk.

#UntaianZM
Paradoks ini muncul apabila timbulnya isu pengembara masa di zaman ini kembali ke masa lampau lalu membunuh datuknya. Tuntas menyebabkan ayahnya tak dapat lahir dan dirinya tak dapat lahir.

Apabila dia tidak wujud, maka pembunuhan itu pun tak dapat nak berlaku. Inilah paradoks.
Ini adalah makna klasik dan idea ini sebenarnya telah berkembang menjadi apa sahaja perubahan yang dibuat di masa lampau, akan jadi sebahagian daripada kepelbagaian paradoks datuk.

Apabila masa lampau berubah, akan berlaku percanggahan (paradoks) di masa depan.
Setiap paradoks yang timbul, orang akan cari jalan penyelesaian untuk runtuhkan paradoks tersebut.

Dalam paradoks garis masa, terdapat banyak jalan penyelesaiannya. Filem Predestination memilih kitaran penyebab (causal loops) sebagai jalaan penyelesaian.
Dalam kitaran penyebab, apa sahaja perubahan yang dilakukan pada masa lampau sebenarnya telah pun berlaku. Siri filem Harry Potter pun gunakan teknik ini untuk memastikan garis masa antara masa lampau dan masa kini tidak bercanggah.
The Call memilih dunia selari sebagai penyelesaian. Idea ini telah banyak diterapkan di dalam banyak karya seperti Steins; Gate dan paling popular ialah Back to the Future.
Dalam dunia selari, apabila masa lalu berubah, garis masa yang baru akan lahir yang mana garis masa yang asal tak wujud dah.

Bawah ini saya lakar sikit garis masa dalam filem The Call. Ringkas dan mudah saja sebenarnya tapi penceritaan yang buatkan konsep ini menarik.
Dunia selari ada kepelbagaian dia juga. Ada penyelesaian dibuat, walaupun masa lalu diubah, garis masa yang asal tetap wujud dan pada masa yang sama, garis masa baru pun wujud. Ini apa yang diterapkan di dalam Steins; Gate.

Ini juga salah satu tafsiran sitat dunia kuantum.
Penyelesaian-penyelesaian paradoks datuk ini memang banyak yang menarik. Tapi kalau disumbatkan semua untuk selesaikan paradoks, garis masa akan jadi lebih bercanggah.

Ini apa yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame. Boleh baca lanjut di sini; https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1121974895921864706
Konsep pengembaraan masa ini memang menarik. Tapi kalau terlalu pentingkan sangat konsep sampai abaikan jalan cerita, orang pun akan pening dan rasa cerita itu merapu. Ini sebenarnya apa yang berlaku pada TENET. Konsep gempak & segar sebab guna konsep entropi. Tapi plot terabai.
Plot dalam The Call tidak begitu rumit, mudah difahami, konsep yang menarik. Penonton pun tidak perlu rumitkan kepala apa sebenarnya yang berlaku. Ini yang orang kata, konsep yang rumit & gempak berjaya diterjemahkan dalam karya filem yang mudah. Plot terjaga, konsep terjaga.
Mungkin ada yang keliru sikit dengan pengakhiran The Call. Disebabkan pengakhirannya kurang jelas, jadi penjelasan ini cuma andaian saya sahaja. Beware of the spoiler;
Garis masa yang baru, ibu Seo-yeon masih hidup lagi menunjukkan di selamat daripada terjun tingkat atas bersama dengan Young-sook. Mereka hidup bahagia. Kita dapat lihat kesan parut pisau pada tubuh badan ibunya ketika di kubur.
Hakikatnya, selepas kejadian terjun itu, Young-sook pun hidup lagi. Tetapi mungkin Young-sook mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan untuk sembuh sebelum membunuh ibu Seo-yeon, kemudian menculik Seo-yeon masa kecil.
Setelah kejadian membunuh & menculik berlaku, garis masa berubah lagi, yang mana ibu Seo-yeon mati. Kita dapat lihat ketika Seo-yeon dewasa berjalan bersama ibunya di kubur, tiba² ibunya lesap menghilang dan Seo-yeon dibawa ke kerusi elektrik bawah rumah diseksa oleh Young-sook.
Babak akhir ini mungkin menimbulkan tanda tanya sesetengah penonton kerana tidak dipertontonkan sepenuhnya. Hanya tunjuk separuh-separuh. Tetapi kalau faham, tidaklah begitu merumitkan.
Ada yang tertanya, macam mana Young-sook dewasa boleh tahu yang dirinya masa muda akan dibunuh? Kalau baca dialog, Young-sook dewasa bagi amaran kepada dirinya masa muda, "You might get killed".

Mungkin Young-sook dewasa telah melalui peristiwa ini yang mana dia hampir dibunuh.
Tetapi dia terselamat dan dia bagi amaran kepada dirinya masa muda supaya lebih berhati-hati. Saya fikir, kedua-dua kejadian pun, Young-sook hampir dibunuh, tetapi dengan kaedah yang berbeza. Kita tahu Young-sook muda hampir dibunuh sebab ditolak dari tingkat atas.
Tetapi kita tak tahu apa yang berlaku pada Young-sook dewasa ketika zaman mudanya sehingga dia hampir dibunuh. Tapi yang pasti, dia selamat. Cumannya, Young-sook dewasa berkata, "It's the only way we can change things."

Apa maksudnya?
Young-sook dewasa mungkin mahu mengubah masa lalunya sedikit supaya dia dapat mengawal Seo-yeon dengan lebih baik. Kalau kita tengok, masa depan pun dah berubah. Masa depan sebelum ini, Seo-yeon bebas bergerak dalam rumah. Di masa depan baru, Seo-yeon diikat di kerusi.
Satu lagi butiran penting yang saya fikir perlu diutarakan, walaupun The Call gunakan konsep gangguan garis masa atau pengembaraan masa tapi filem ini tak sekali pun guna jargon sains pelik² untuk jelaskan konsep ruangmasa/garis masa. Konsep sampingan & berat ke arah plot.
Amat berbeza ya dengan TENET. Jargon sains bersepah² tapi haram plot diabaikan. Itu yang orang jadi pening. Sebab itu filem yang berjaya, plot dan penceritaan datang dulu. Konsep, nilai, ideologi datang kemudian. Kalau plot & penceritaan berjaya, benda lain senang nak masuk.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.