1)Kain Samping dinamakan sebagai 'Samping' kerana:
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
2)Menurut Dr Johan Iskandar,kain samping juga disebut sebagai 'Kain Sinjang' dan istilah ini masih terkenal di negara Brunei Darussalam.Perkataan 'Sinjang' boleh ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar dan maklumat ihsan saudari @UBMalaysia )
3)Kain Samping merupakan salah satu daripada lima pakaian kelengkapan dalam 'Pakai Patut Melayu' sebagaimana yang disebutkan oleh Gemulah Pak Tenas Effendy,Dr Johan Iskandar,Dr Siti Zainon Ismail,Mejar Mohd Said Sulaiman dan juga tercatat dalam Sulalatus Salatin.
4)Selain daripada pelengkap pakaian,kain samping juga membawa falsafah menutup aib (kemaluan),kerana fabrik seluar yang terkadang sedikit lembut,boleh melekap dan menonjolkan bentuk pada bahagian yang tidak sepatutnya.
5)Cara pemakaian kain samping juga boleh menggambarkan status perkahwinan pemakainya,misalnya bagi seorang teruna atau dara,kain sampingnya dipakai dengan kepala kain terletak di bahagian hadapan.Ada berberapa gaya ikatan seperti ini, antaranya:
i. Ikat Teruna
ii.Ikat Teruna Mencari Jodoh
Sebagaimana disebutkan dalam ungkapan;
"Kalau kepala sebelah muka
Duduk menutup atas pangkuan
Boleh dipakai anak dara
Bagai penyimak bujang datang
Bagai pendinding aib malu"
ii.Ikat Teruna Mencari Jodoh
Sebagaimana disebutkan dalam ungkapan;
"Kalau kepala sebelah muka
Duduk menutup atas pangkuan
Boleh dipakai anak dara
Bagai penyimak bujang datang
Bagai pendinding aib malu"
Iklan: Pada profil Abang ada ciapan tersemat (pinned tweets) tentang berberapa jenis ikatan samping yang berbeza.Sudi-sudikanlah menjengah dan sebarkan. https://twitter.com/H_Bakkaniy/status/1323975226821017605?s=19
6)Labuh pemakaian samping juga memainkan peranan dalam memberitahukan status perkahwinan pemakainya.Samping yang labuh dibawah lutut untuk mereka yang telah berkelamin,dan di atas lutut bagi yang masih bujang.Pun begitu ada pengecualian bagi hulubalang,panglima,
petarung serta mereka yang terlibat dalam urusan keselamatan untuk mengenakan samping yang singkat dan berada di atas paras lutut bagi memudahkan pergerakan.
7)Selain status perkahwinan,ikatan kain samping juga boleh menggambarkan status sosial pemakainya suatu ketika dahulu.Di dalam Hukum Kanun Melaka disebutkan gaya ikatan 'berpancung' asalnya dikhaskan buat Sultan atau mereka yang berkedudukan sahaja.
8)Di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga Sultan Ismail di Johor pula,pemakaian samping dengan gaya 'Dagang Luar' hanya dikhaskan untuk kerabat dan bangsawan,manakala untuk orang kebanyakan memakai dengan cara 'Dagang Dalam'
9)Kain Samping juga berfungsi sebagai pengalas duduk supaya seluar yang dipakai tidak kotor.Terkadang samping juga dibuka untuk dijadikan alas untuk sembahyang atau saprah makan ketika dalam perjalanan.
10)Pemakaian Samping sangat sebati dengan orang Melayu,sehinggalah awal abad ke 20,apabila pakaian cara Barat perlahan-lahan ditiru oleh orang Melayu dan kenyataan pernah disebut oleh berberapa sarjana Inggeris.
11)Antaranya,Philip C Coote dalam 'The Malay States' menyatakan:
"Orang Melayu mengikut catatan beliau juga tidak lepas dengan 'sarong' meskipun terkadang berseluar,masih memakai 'sarong' di luar(merujuk kepada pemakaian kain samping.)
"Orang Melayu mengikut catatan beliau juga tidak lepas dengan 'sarong' meskipun terkadang berseluar,masih memakai 'sarong' di luar(merujuk kepada pemakaian kain samping.)
Memakai 'sarong' sahaja tanpa seluar masih dianggap sopan,tapi tidak sebaliknya (iaitu memakai seluar tanpa bersamping) ketika itu.
Demikianlah serba sedikit ringkasan tentang fungsi serta kegunaan kain samping sebagai salah satu pakaian harian orang Melayu suatu ketika dahulu.Terima kasih kerana sudi membaca dan sudikanlah untuk mengulang ciap (RT) tulisan ini.
Rujukan:
1)Dr Johan Iskandar,Bengkel Destar,Tanjak dan Tengkolok, Universiti Malaya,November 2019
2)Tenas Effendy,Ungkapan Tradisional Melayu Riau, DBP.
3)Dr Siti Zainon Ismail,Pakaian Cara Melayu,Penerbit UKM
4)Pakai Patut Melayu,Mej.Mohd Said Sulaiman,Penerbit UKM
1)Dr Johan Iskandar,Bengkel Destar,Tanjak dan Tengkolok, Universiti Malaya,November 2019
2)Tenas Effendy,Ungkapan Tradisional Melayu Riau, DBP.
3)Dr Siti Zainon Ismail,Pakaian Cara Melayu,Penerbit UKM
4)Pakai Patut Melayu,Mej.Mohd Said Sulaiman,Penerbit UKM