1. Apakah itu luciferase? Bahan kimia Iblis?
2. Kenapa ia dinamakan sebagai luciferase? Adakah ia berkaitan dengan Iblis?
3. Kenapa Iblis dikenali sebagai Lucifer?

Ayuh, kita teliti dan ulas syubhah ini.

P.s: Antivax kembali lagi tanpa memahami apa yang dituturkan. Adoi.
1. Apakah itu luciferase?
Luciferase satu kumpulan bahan kimia yang bertindak sebagai enzim.

Enzim? Alamak! Apa itu?
Kalau anda ambil subjek Biologi tingkatan 4, memang anda pernah belajar.

Enzim bertujuan mempercepatkan tindakbalas kimia antara bahan kimia lain.
Bahan kimia yang bertindak balas dengan bantuan enzim ialah substrat.

Enzim amat spesifik. Ia hanya percepatkan tindak balas substrat tertentu.

Contoh:
A ialah enzim. A mempercepatkan tindakbalas substrat B dan C.

Substrat D dan E? A tak percepatkan tindakbalas keduanya.
Jadi, apakah substrat bagi enzim luciferase?
Substrat bagi luciferase ialah luciferin.

Luciferin? Iblis kah?
Bukan. Ia sekumpulan bahan kimia yang bertindakbalas dengan oksigen dan hasilkan cahaya.

Ia terkandung dalam hidupan yang memancarkan cahaya seperti kelip-kelip.
Luciferin bertindakbalas dengan oksigen, dengan bantuan enzim luciferase dan membebaskan foton (cahaya).

Disebabkan tindak balas ini, haiwan seperti kelip-kelip memancarkan cahaya dari tubuhnya.

Boleh lihat rajah di bawah untuk tindak balas yang lebih mendalam.
2. Kenapa dinamakan sebagai Luciferase?

Jawapannya mudah.
Kalimah Lucifer berasal dari 2 perkataan Latin yang digabungkan iaitu:

Lex: Cahaya
Ferre: Pembawa

Ya, pembawa cahaya.
Jadi, kenapa bahan kimia luciferin dan luciferase dinamakan dengan nama 'lucifer'?
Jawapannya ialah kerana ia terkandung dalam hidupan yang memancarkan cahaya seperti kelip-kelip.

Kelip-kelip 'membawa cahaya' apabila ia terbang sambil memancarkan cahaya.

Maka, saintis menamakan bahan kimia ini dengan nama luciferin dan luciferase.

Tiada kaitan dengan Iblis.
3. Kenapa Iblis dikenali sebagai Lucifer?

Iblis dikenali sebagai Lucifer di dunia Barat melalui penulisan di Isaiah 14:12-13

Teksnya:
How you have fallen from heaven, morning star, son of the dawn!
You have been cast down to the earth, you who once laid low the nations!
Perkataan asal dalam Hebrew bagi frasa:

הילל בן שחר
Helel bin Shahar
Diterjemah kepada Morning Star, Son of the Dawn.

Namun, kalimah Helel
(הילל)
diterjemah sebagai Lucifer dalam Latin.

Ayat Isaiah 14:12 ini pada asalnya merujuk kepada raja Babylon.
Namun, ahli teologi Kristian membuat perbandingan antara Iblis yang disingkirkan dari syurga dan ayat Isaiah 14:12.

Maka, Iblis dikenali Kristian Barat sebagai Lucifer.

[P.s: Den ulas asal-usul Iblis dikenali sebagai Lucifer, bukan ulas tentang kewajaran perbandingan itu].
Jadi, adakah hubungan antara Iblis dan bahan kimia Luciferase?
Jawapannya tiada.

Adakah menyuntik vaksin bererti menyuntik jin dalam darah?
Jawapannya tak.

Adakah vaksin punca kejatuhan akhlak manusia?
Jawapannya tak. Vaksin bukan puncanya.
Punca kejatuhan akhlak ialah kerana kita meninggalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Bukan kerana mengambil/menyuntik vaksin.
Bahkan, mengikut teori konspirasi tanpa disiplin ilmu juga bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

Lihat: https://twitter.com/ahnewyear19/status/1327968992376459264
P.s:
Adapun bagi umat Islam, kita mengenali Iblis dengan nama yang ada dalam Al-Quran, iaitu Iblis.

Apa asal-usul kalimah Iblis?
Insya Allah, kita bincangkan pada bebenang lain.
Menarik sebenarnya.
9. A Latin Dictionary, Charles T. Lewis, Charles Short
10. Gesenius' Hebrew-Chaldee Lexicon
11. Strong's Concordance
12. Satan, Harold Bloom
13. Saving God's Reputation: The Theological Function of Pistis Iesou in the Cosmic Narratives of Revelation
You can follow @ahnewyear19.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.