Seorang sahabat di FB ada hantarkan gambar perbezaan cukai Enterprise VS Sdn Bhd ni.

Pengiraan ni sejujurnya SALAH!

Ini kebiasaan berlaku, bila nak tunjukkan yang Enterprise tu buruk dari segi kadar cukai, inilah pengiraan mereka.

Saya hurailan dalam bahasa mudah.

#TwtCukaiMY
Sebelum pergi ke pengiraan, lebih baik kita tahu dulu, kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.

1. Kadar cukai Enterprise adalah 0% - 30% bagi tahun taksiran 2020. Makna kata, kadarnya boleh jadi 0%, 1%, 3%, 8% sehingga 30% mengikut kepada berapa amaun baki untuk dicukaikan.
Macam mana pengiraan cukai bagi Enterprise berlaku? Contoh katalahh keuntungan bisnes buat pelarasan belanja tak dibenarkan tolak cukai, tolak elaun modal, tolak pelepasan cukai individu, baki tinggal RM90,000.

Jadi baki RM90,000 jatuh dalam range ni. Range RM70k - RM100k.
Pengenaan cukai RM90,000 bukanlah terus darab dengan kadar 21% jadi RM18,900. Dah tentulah salah! Itu bukan cara pengiraannya.

Cara yang betul adalah, daripada RM90,000 sebahagian amaun RM70,000 dah tetap cukainya RM4,600. Baki RM20,000 barulah darab 21% iaitu RM4,200.
Jadi jumlah cukainya adalah RM4,600 + RM4,200, jumlah cukainya adalah RM8,800. Bukan RM90,000 darab 21% terus jadi RM18,900. Kalau buat pengiraan salah begini dah tentulah nampak cukai Enterprise tersebut tinggi.
Kita rujuk semula pada pengiraan gambar FB tadi diatas, beliau ambil contoh amaun akan dicukaikan adalah RM100,000. Cara pengiraan beliau adalah RM100,000 darab terus 24% yang dah tentulah salah. Kalau darab begitu memanglah cukai tersebut tunjuk RM24,000.
Walhal, bagi amaun akan dicukaikan RM100,000 untuk enterprise pengiraannya adalah rujuk dulu jadual. Pendapatan RM100,000 ini jatuh dalam range RM100,000 ke RM250,000. RM100,000 dah ditetapkan cukainya RM10,900.

Sekiranya ada lebihan dari RM100,000 barulah darab 24%.
2. Kadar cukai Sdn Bhd pula adalah 17%. Saya takda masalah berkenaan pengiraan cukai Sdn Bhd. Pengiraan cukai Sdn Bhd ia lebih straight forward. Amaun akan kena cukai terus darab kadar 17% seperti contoh gambar.
Lepas pengiraan kita dibuat yg mana,

Cukai income Enterprise adalah - RM10,900.

Cukai Sdn Bhd adalah - RM17,000

Perbezaan kedua-dua ni, dah tentulah Enterprise lebih jimat RM6,100. Sangkaan dan pengiraan berlegar di FB tersebut untuk burukkan Enterprise sangat tidak berfakta.
Walaupun begitu, perbandingan cukai antara Enterprise dan Sdn Bhd ni perlulah adil. Perbandingan ni saya suka untuk letak bawah tajuk perbezaan kos.

Untuk tentukan Enterprise or Sdn Bhd lebih baik dari sudut kos perlulah bandingkan kos

1. Cukai
2. Audit
3. Cosec
Selepas ketiga-tiga kos ni diambil kira, barulah buat keputusan samada wajar kekal di Enterprise ataupun convert ke Sdn Bhd jika kos adalah isunya.

Perbezaan Enterprise dan Sdn Bhd ni pelbagai. Jika faktor lain adalah isunya, jadi buat keputusan ikut faktor tersebut.
Tambahan : Ini adalah pengiraan kasar menjawab fakta. Pengiraan yang sebenar seperti mengambil kira belanja tak dibenarkan tolak cukai, elaun modal, dan keluarkan pelepasan cukai individu perlulah ada supaya perbandingan jadi lebih tepat.
You can follow @AzrulIzzaham.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.