Mari aku ceritakan kisah kegemilangan Kerajaan Melayu Islam di Patani.
Lebih tepat, kisah Ratu2 Langkasuka

Mohon RT sebarkan sejarah bangsa Melayu ini.
Lagipun ilmu perlu disebarkan.

Bebenang Sejarah Melayu.
Mari kita mulakan dengan sekilas kehebatan Kerajaan Patani yang mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Ratu-Ratu Langkasuka;
.
Oh, ya! Menjawab persoalan sama ada Patani dijajah oleh Siam atau tidak, jawapannya YA!
Siam menyerap teknik pecah dan Perintah dalam penjajahannya di Patani. Siam perkenalkan Sistem Thesaphiban utk memecahkan Kerajaan Patani kepada tujuh bahagian. Kelak kita akan sentuh tentang itu.
Sekarang, kita jenguk dahulu kehebatan Kesultanan Patani terlebih dahulu. Sejauhmana wilayah Langkasuka (Patani) itu? Daripada Segenting Kra sehingga ke Negeri2 Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kedah dan Utara Perak.
Catatan kewujudan Kerajaan Langkasuka (oleh pedagang China) sudah bermula sejak 200 masihi lagi sebenarnya.
775M, Srivijaya berjaya menaungi Langkasuka. Agama hindu digantikan kpd Agama Buddha. Di bawah naungan Srivijaya, Langkasuka mula jadi pelabuhan perdagangan,.
Kisah panjang kita pendekkan, 1345, Langkasuka ditewaskan oleh Siam. Malah hampir lenyap Kerajaan Langkasuka ketika ini. Raja Bharubhasa menubuhkan Wurawari dan berlindung di Kota Mahligai (Kelantan). Bermula di sini, kisah semakin menarik.
Dalam Hikayat Patani, Patani ditubuhkan oleh seorang raja drpd Kota Mahligai (dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula, ditulis bhwa Langkasuka diasaskan oleh orang Kedah). Diteruskan cerita, Kota Mahligai ditinggalkan dan berpindah ke pesisir pantai Langkasuka, Patani diberi nama.
1457, dicatatkan bermula kerajaan Islam Patani (Sultan Ismail). Awal kegemilangannya, memang Patani ditadbir oleh lelaki. Tetapi selepas Sultan Bahadur (1573-1784), bermulalah pemerintahan Ratu-Ratu Pelangi Patani . Kita sentuh kisah Ratu2 Pelangi in : Golden Age of Langkasuka.
Ratu Hijau (1584-1616)
-Awal jadi Raja Patani, Ratu Hijau mmg dapat tentangan hebat (sebab dia hebat) sehingga ada Bendahara yg memberontak cuba gulingkan. Mujurlah Ratu Hijau berjaya patahkan pemberontakan tersebut. Kesannya, kekuasaan Ratu Hijau diakui oleh orang2 besar Patani
Ratu Hijau teruskan kegemilangan Patani dalam perdagangan, malah menaikkan lagi perdagangan Patani sehingga Patani terkenal sebagai Pelabuhan Kerajaan Melayu yg besar di Nusantara (selari dgn Melaka). Jika Raja2 sebelumnya, Patani lebih fokus kpd pedagang Barat,
di bawah Ratu Hijau, perdagangan Patani melebar sehingga ke Timur, Jepun dan China khususnya.

-1603, Patani diserang dan tewas oleh Siam. Tetapi Siam tidak berjaya jajah Patani. Patani bangkit kembali, dengan utamakan perdagangan (sbb sbg sumber utk mantapkan pertahanan juga)
-Oh,ya! Ratu Hijau juga tidak lupa jalinkan hubungan diplomatic dgn Kerajaan Melayu Islam yg lain di Nusantara. Antaranya, mengahwinkan Ratu Ungu dgn Putera Pahang (hasilnya, Pahang pernah membantu Patani menewaskan serangan Siam).
Ratu Biru (1616-1624)
-Selepas naik takhta, diplomasi Patani semakin hebat di bawah Ratu Biru (personally, aku sangat suka dgn Ratu Biru). Ratu Biru berjaya membaik puih hubungan dgn Siam sehingga Ratu2 Patani Siam gelar sebagai Raja Nang Cayang. (berakhir pada zaman Ratu Ungu)
-Bukan setakat itu, kegemilangan diplomasi di bawah Ratu Biru juga yg membawa kpd kewujudan tiga Meriam hebat Patani (Sri Patani, Sri Nagara, Mahalela) dan pembinaan Benteng Raja Biru.
Ratu Ungu (1624-1635)
-Sumbangan paling besar Ratu Ungu adalah apabila Ratu Ungu berjaya mengekalkan kedaulatan Patani drpd serangan Siam yg bertali arus (selepas pertukaran raja di Siam, Siam kembali cuba menjajah Patani – Ratu Ungu xmau mengahwinkan Ratu Kuning dgn Siam).
-Bijaknya, walaupun keadaan politik luar sgt kacau, perdagangan Patani masih berjalan lancar.
-Kerjasama politik dgn kerajaan lain menjadi punca Patani lebih ampuh menewaskan Siam. (Kerjasama dgn Kelantan, Pahang dan Johor)
KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM PATANI

1785, selepas Siam berjaya menewaskan Burma, Siam teruskan misi menjajah Patani. Kali ini mereka berjaya apabila Sultan Mahmud berjaya dibunuh dalam perang. Siam lantik Tengku Lamidin.
Dipendekkan lagi kisah yang panjang, lebih kurang 46 tahun Patani cuba bertahan daripada serangan Siam (selepas Tengku Lamidin, banyak lagi siri perperangan Patani-Siam yg kesemuanya berakhir dgn kemenangan Siam).
Kekalahan Patani tiba di titik jelasnya apabila dua Meriam mahsyur Patani (Sri Patani &Sri Negara) dibawa ke Bangkok. Dan Residen Siam ditempatkan di ketujuh-tujuh wilayah Patani Raya pada tahun 1832.
1.Pattani
2.Nhongchik
3.Raman (Reman)
4.Legeh
5.Saiburi
6.Yala
7.Yaring
KESIMPULANNYA,

Kisah Kesultanan Patani boleh disamakan dgn Kesultanan Melaka yg gemilang melalui perdagangan dan kerjasama yg baik dgn Barat dan Timur dunia.
Bezanya, di Patani, sifat hasad dengki sesama pemimpin dan tidak mahu bersatu membawa kepada kegagalan pemimpin selepas Ratu-Ratu Pelangi untuk membangunkan kembali Patani.
1909, rasmilah terhapus Negara Patani kerana Patani telah dimasukkan dalam wilayah Siam melalui Perjanjian Bangkok. Tidak keterlaluan jika dikatakan, sejak 1909 lagi Patani dijajah oleh Siam sehingga ke hari ini.
SUMBER :
Naskhah Melayu Patani, Jabatan Sejarah UM.
Umat Islam Patani tulisan Mohd Zamberi
Patani dahulu dan sekarang tulisan A. Bangnara
Asimilasi Bangsa Melayu Patani, USM
In shaa Allah, akan datang kelak kita ceritakan kisah kesultanan di Tanah Melayu. Yang masa terlebih dahulu?
aduhh! terlupa masukkan kisah Ratu Kuning tadi. Jadi kita sambung kisah Ratu Kuning di sini.

Ratu Kuning (1635-1651)
- Anak kepada Ratu Ungu.
-Dipendekkan, masih gemilang pada awal pemerintahannya, tetapi akhirnya merosot dihujungnya gara-gara kemelut rumah tangganya sendiri.
-Peristiwa paling penting sbg penanda kehebatan Ratu Kuning ialah Perang Patani-Siam 1638. Patani menang. Lama Siam diam cuba untuk memulihkan kekuatannya kembali.
-Namun, walaupun aman drpd ancaman Sian, dalam era pemerintahan Ratu Kuning ini juga bermula perang saudara sesama wilayah di dalam Patani Raya itu (lebih tepat 7 wilayah, sehingga digunakan oleh Siam utk melemahkan Patani).
-Kemangkatan Ratu Kuning sebagai penanda pemula kemerosotan Kerajaan Patani (satu persatu raja lelaki dilantik tetapi tidak berjaya membangunkan semula Patani) sehingga akhirnya Patani digelar sebagai “Orang Sakit di Semenanjung Melayu”
selepas Ratu Kuning, bermula pemerintahan Kesultanan Patani dari tanah Kelantan (sebab Ratu Kuning berlindung di sana selepas serangan Siam).
dan guys! Tolong sapot.. Kisah fiksyen yg menggabungkan sejarah, mitos, lagenda dan sirah. TQ. https://twitter.com/seketulawan/status/1275337692071378945?s=20
Hi guys.., saya ada tulis thread baharu ttg Johor.
.
Tolong support guys.. TQ 💕 https://twitter.com/seketulawan/status/1334051840032346112
You can follow @seketulawan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.