Ini sering kali berlaku dalam masyarakat kita:

1. Anak tunduk & patuh sahaja semua kehendak ibu bapa secara permisif sehingga terganggu kesihatan mental sebab takut jadi anak derhaka.

Bidang apa nak belajar, kerja, kahwin. Semua ditentukan tanpa ada ruang perbincangan.
2. Isteri yang mengalami keganasan rumah tangga (dipukul, dihina, tidak diberi nafkah secara berterusan) takut nak dapatkan bantuan sebab taknak jadi isteri derhaka.

Jadi dia membiarkan dirinya hidup dalam kitaran keganasan: dipukul, dipujuk, dipukul, dipujuk.
3. Suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga (dipukul, dihina, dimalukan) takut dapatkan bantuan sebab takut persepsi orang kata tidak bertanggungjawab atau lelaki lemah.

Akhirnya dibiarkan dirinya berterusan menjadi mangsa isterinya.
Saya gesa para agamawan, ahli profesional kesihatan mental, doktor2, NGO & ahli politik bincang isu2 penting ini.

Tidak mungkin agama itu begitu rigid menghukum seseorang itu derhaka semudah itu.

Tidak mungkin agama itu begitu rigid menghukum seseorang itu tak bertanggungjawab
Sekiranya persoalan ini tidak dijawab dengan fiqh yang kontemporari dengan mengambil kira aspek psikologi manusia, pemandiri (survivors) ini akan terus membiarkan diri mereka dizalimi kerana beranggapan itu adalah tuntutan agama.
Bukankah antara tujuan utama syariat Islam ialah memelihara nyawa & ‘akal manusia?

Inilah yang dituntut dalam prinsip Maqasid Syariah.
You can follow @akif_basri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.